Thursday, February 21, 2013

Susu Khadim - Susu untuk Dewasa

Susu Rendah Lemak untuk Dewasa

~ Minuman berkhasiat yang dirumus dengan susu rendah lemak dan kalsium daripada rumpai laut

~ Membantu dalam menyelesaikan masalah kesakitan anda.

~ Mengandungi Manna, Bijirin, Malt, Rumpai laut, Mahkota Dewa, Biji Apricot, Goji dan Madu.


Fakta Pemakanan:

Nutrien dan vitamin yang baik  seperti protein, vitamin B12, phosporus, vitamin D dan riboflavin.

Khasiat: 

- Sesuai untuk pengidap sakit Gout, Sendi tulang dan seumpamanya

- Diperkaya dengan pre-biotik yang menyediakan makanan untuk bakteria bermanfaat dalam usus, membantu untuk membersihkan usus kita dan meningkatkan kualiti

- Salah satu sumber yang baik untuk kalsium dalam produk tenusu

Harga: RM 29.00 (400gm)

Wednesday, February 20, 2013

Halalan Toyyiba Asas Keutuhan Ummah

Perkataan 'HALAL' membawa maksud yang luas mengenai tatacara hidup orang Islam yang menitikberatkan aspek halalan thoyyiba iaitu kesucian, amalan kebersihan dan kehidupan yang sihat serta halal. Dari sudut pandangan Islam, makanan yang baik lagi halal mampu membentuk ketrampilan peribadi seseorang yang akhirnya akan menyumbang kepada pembentukan ummah. Sebagai umat Islam kita wajib memastikan sumber makanan dan minuman adalah halal dan memenuhi panduan pemakanan syariat Islam.

Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 168: 


Bermaksud: “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu”.

Ibn Kathir di dalam kitabnya Tafsir Ibn Kathir menyatakan bahawa: perkataan toyyiba itu membawa maksud baik, bermanfaat dan elok dari segi tabiat dan syarak . Thoyyiba merangkumi dua perkara iaitu soal fizikal dan kerohanian. Ia mestilah selari dengan syariat, tidak bercanggah dan disertai dengan keikhlasan kepada Allah SWT.

Makanan yang halal di sisi syara’ adalah makanan yang bersih zatnya, suci kaedah perolehannya serta bebas dari sebarang kemudharatan, sebaliknya sesuatu makanan yang haram sekalipun lazat rasanya, harum baunya tetap keji di sisi Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Wahai orang yang beriman, makanlah barang yang bersih daripada apa yang kami kurniakan kepada kamu (Hadith Riwayat Muslim).

Oleh yang demikian sebagai seorang Islam samada pengusaha makanan halal dan individu hendaklah mengambil kira setiap perkara samada dari segi modal perniagaan, pelaburan, hasil pendapatan dan hendaklah dijauhi dari unsur-unsur yang haram seperti judi, riba, rasuah dan sebagainya.

Ajaran Islam amat menitikberatkan persoalan makanan yang halal dan bersih kepada umatnya. sesuatu makanan yang haram dimasukkan ke dalam tubuh seseorang akan membawa kepada kesan yang mendalam kepada tingkah laku, budi pekerti, kejernihan hati nurani dan penerimaan doa yang dipanjatkan kehadrat Allah SWT.

Panduan pemakanan di dalam Islam adalah berlandaskan konsep “memberi kemudahan, menjaga nyawa, menjamin kesihatan tubuh badan dan akal ”. Kerana itu setiap makanan yang memberi manfaat kepada tubuh badan dan akal fikiran adalah dibenarkan oleh syarak, manakala yang haram dan memudharatkan fikiran serta badan diharamkan dan ditegah.

Firman Allah SWT di dalam surah al-Nahl ayat 114-115:
Bermaksud: “Oleh itu, makanlah dari apa yang dikurniakan Allah kepadamu dari yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu menyembah-NYA Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa sedang ia tidak dianiaya dan tidak melampaui batas; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani ”.

Oleh kerana itu, agama Islam telah meletakkan garis panduan dalam pemakanan. Makanan yang hendak dimakan, dipilih atau diproses mestilah berasaskan halalan toyyiba. Kita wajib memilih makanan yang halal, yang mempunyai unsur baik samada dari sudut kesihatan dan keselamatan serta menjauhi makanan yang haram, kerana di sebalik perkara yang haram itu terdapatnya bahaya dan kemudharatan.

Dalam Tafsir Fi Zilalil Quran, Syed Qutb menyatakan: Sama ada ilmu manusia dapat mengetahui hikmah pengharaman sesuatu perkara atau tidak, namun yang pasti, Allah Maha Mengetahui dan amat mengatasi keupayaan kita untuk mengetahui sesuatu perkara. Allah tidak mengharamkan sesuatu, kecuali pasti perkara tersebut mempunyai bahaya dan kemudaratannya.

Seorang ulama terkenal Abdullah Sahl al-Tusturi berkata: “Sesiapa yang makan makanan haram, maka akan bermaksiatlah anggota tubuhnya sama ada atas kehendaknya atau tidak, sama ada dia tahu atau tidak dan sesiapa yang makan makanan yang halal, maka seluruh anggota tubuhnya akan tunduk taat dan mudah melaksanakan kebajikan.

Berdasarkan kepada pandangan ini menunjukkan bahawa pemakanan halal mempunyai kedudukan yang penting dalam kehidupan di dunia ini dan berkait rapat dengan balasan hari akhirat. Sabda Rasulullah SAW:
Mafhumnya: “ Mana-mana hamba, dagingnya itu tumbuh dari perkara yang haram dan amalan riba, api nerakalah yang patut(untuk membakar dan menghilangkan) daging tersebut”. (Hadith Riwayat Ibn Marduiah)

Di dalam mengharungi perkembangan semasa di era global dunia hari ini, banyak makanan dan minuman yang ditawarkan kepada kita perlu diperiksa dan diteliti dengan sebaiknya. Dalam hal ini perkara yang halal lagi baik hendaklah menjadi keutamaan kita, manakala yang haram dan tidak baik semestinya dihindari. Kita juga dituntut agar menjauhi barang-barang syubhah yang mengelirukan dan tidak jelas hukumnya, kita sepatutnya berwaspada supaya tidak mengambil atau mencubanya melainkan setelah dipastikan kehalalannya dan kebaikannya. Ini kerana pengambilan makanan dan minuman yang syubhah boleh mengheret kepada penggunaan barangan yang haram secara tidak disangka-sangka.

Dalam perkembangan semasa juga ada dari kalangan peniaga yang tidak bertanggungjawab dengan memperdayakan pengguna seperti permalsuan logo halal, menggunakan logo halal pada produk yang haram. Walaupun matlamat perniagaan untuk mencari rezeki dan mendapat keuntungan namun soal keberkatan dan keikhlasan tidak boleh diketepikan atau dipandang remeh. Mereka yang melakukan penipuan ini sebenarnya telah mengkhanati masyarakat Islam dan telah melakukan amalan syaitan yang menyesatkan.

Laporkanlah sebarang keraguan yang tidak munasabah kepada pihak yang berwajib. Marilah sama-sama kita meletakkan keutamaan untuk memilih hanya yang halal dalam setiap urusan kehidupan kita khususnya dalam aspek pemakanan. Sebagai umat Islam kita juga harus berwaspada produk-produk yang ada di pasaran. Pilihlah produk yang disahkan halal oleh badan-badan yang diiktiraf seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Agama Islam Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri. Marilah sama-sama kita bekerjasama dalam menjayakan program pemakan halal demi pembangunan dan kesejahteraan ummah. 

Bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan kenderaan di darat dan di laut; dan Kami berikan rezeki kepada mereka dari yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan”.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Tuesday, February 19, 2013

Rasulullah Sebagai Perintis Usahawan Muslim Dunia



Sejarah keusahawanan Islam bermula semenjak Nabi Muhammad S.A.W di usia muda lagi. Ketika itu, Baginda bekerja sebagai pengembala kambing. Setelah dewasa beliau menjadi saudagar dan di lantik oleh Saidatina Siti Khadijah selaku pengarah urusan kepada syarikat perdagangannya. Sewaktu itu umur Baginda berusia lingkungan 24 tahun. Kepercayaan Siti Khadijah kepada Nabi Muhammad S.A.W. terbukti setelah mendapati Nabi Muhammad S.A.W mempunyai pengalaman di dalam bidang perniagaan sejak berumur 12 tahun lagi.

Sewaktu datuk Nabi Muhammad S.A.W., Abdul Mutalib meninggal dunia, Baginda di pelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib (bapa kepada Saidina Ali). Abu Talib ialah seorang tokoh korporat dan ahli perniagaan yang terkenal di Semenanjung Tanah Arab. Beliau telah melatih Nabi Muhammad S.A.W. di dalam bidang perniagaan, membawa ke Syria, Iraq dan lain-lain negara di Timur Tengah.

Kepandaian dan kehebatan Nabi Muhammad S.A.W. dalam hal-hal yang berkaitan dengan perniagaan dan perdagangan telah menyebabkan beberapa orang bapa saudaranya yang terdiri daripada tokoh-tokoh korporat jahiliah seperti Abu Lahab, Abu Sufian dan beberapa orang lagi ahli lembaga pengarah syarikat milik keluarga Bani Hashim telah bermesyuarat dan memutuskan menawarkan modal kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Apabila tawaran itu dikemukakan, Baginda menolaknya, kerana tawaran itu mempunyai motif eksploitasi terhadap Baginda dan mensyaratkan Nabi Muhammad S.A.W. mengakui berhala Latta dan Uzza sebagai tuhan. Penolakan itu dilakukan kerana Nabi Muhammad S.A.W. tidak mahu diperalatkan oleh para korporat feudalis untuk keuntungan peribadi mereka.

Berbeza dengan Siti Khadijah yang telah memberi kebebasan kepada Baginda menguruskan perniagaan tanpa syarat. Nabi Muhammad S.A.W. menerima tawaran itu kerana sifatnya selaku seorang yang jujur dan mempunyai tanggungjawab kemanusiaan. Lantaran kejujuran Baginda dengan dasar kemanusiaan itulah akhirnya Baginda terkenal bukan sahaja di Mekah dan semenanjung tanah Arab, bahkan di peringkat antarabangsa selaku tokoh korporat 'al-Amin' (yang dipercayai).

Justeru itulah nama, keturunan dan peribadi Baginda terkenal sehingga mendapat gelaran dan 
bintang selaku 'al-Amin' iaitu orang berwatak aman dan menyenangkan semua pihak.  Setelah di lantik 
sebagai Rasul, lalu menjadi mudahlah masyarakat dunia menerimanya dan mengakui kebenaran yang 
di bawa.  Demikianlah antara hikmah sebagai Rasul dan pemimpin.

Oleh itu jelas bagi penulis bagaimana pemasaran secara Islam iaitu ‘al-Amin’ ataupun jujur telah menjadikan Rasulullah S.A.W.  terkenal dan berjaya sebagai ikon usahawan Muslim dunia sehingga hari ini.

Monday, February 18, 2013

List of Non-halal


  1. Alcohol
    • Alcohol is a colorless liquid, produced by the fermentation of sugar or starch, that is the intoxicating agent in fermented drinks and is used as a solvent. Also called ethanol and ethyl alcohol.
  2. Animal Shortening*
    • Shortening is a type of fat such as lard that is solid at room temperature, and is used for making pastry.
    • Vegetable shortening is halal.
  3. Animal Fat*
    • May be consumed if from Halal, Zabihah, animals.
  4. Bacon
    • Meat from the back and sides of a hog that has been salted, dried, and often smoked.
  5. Broth* (from animals)
    • A liquid made by cooking vegetables, meat, seafood, or poultry in water for a long time, used as a base for soups and sauces.
  6. Enzymes* (Microbial Enzymes are okay)
    • A protein substance produced in living cells, that influences a chemical reaction within a plant or animal without being changed itself; an organic catalyst. Enzymes help break down food so that it can be digested. Pepsin is an enzyme.
  7. Ethanol
    • Alcohol is a colorless liquid, produced by the fermentation of sugar or starch, that is the intoxicating agent in fermented drinks and is used as a solvent. Also called ethanol and ethyl alcohol.
  8. Ethyl Alcohol
    • Alcohol is a colorless liquid, produced by the fermentation of sugar or starch, that is the intoxicating agent in fermented drinks and is used as a solvent. Also called ethanol and ethyl alcohol.
  9. Gelatin*
    • An odorless, tasteless, protein substance like glue or jelly, obtained by boiling the bones, hoofs, and other waste parts of animals. It dissolves easily in hot water and is used in making jellied salads and desserts, camera film, and glue.
  10. Gin
    • A strong colorless alcoholic drink distilled from grain and flavored with juniper berries.
  11. Ham
    • Meat cut from the thigh of the hind leg of a hog after curing by salting or smoking.
  12. L-cysteine (if from human hair)
    • L-cysteine is an ingredient which is used in bakery products as a dough conditioner. It is often used in pizza crusts, pita breads and in bagels. It is made from human hair, chicken/duck feathers and synthetic materials. L-cysteine from human hair is Haram and must always be avoided. Synthetic and chicken/duck feather L-cysteine is Halal and may be consumed.
  13. Lard
    • The fat of pigs or hogs, melted down and made clear. Lard is made especially of the internal fat of the abdomen and is used in cooking.
  14. Lipase* (Only animal lipase should be avoided)
    • An enzyme produced by the liver, pancreas, or stomach, or by plant seeds, that breaks down fats.
    • Animal lipase should be avoided.
  15. Pepsin
    • An enzyme in the gastric juice of the stomach that helps to digest meat, eggs, cheese, and other proteins.
  16. Rennet* All forms should be avoided except for plant/microbial/synthetic.
    • Substance containing rennin, obtained from the stomach of a calf or other ruminant, used for curdling milk in making cheese and junket.
  17. Rum
    • An alcoholic liquor made from sugar cane or molasses. It can be clear but is usually colored brownish-red by storage in oak casks or by the addition of caramel.
  18. Stock* (from animals)
    • A liquid made by simmering meat, fish, bones, or vegetables with herbs in water, used in soups, stews, and sauces.
  19. Wine
    • Alcohol fermented from grapes: an alcoholic drink made by fermenting the juice of grapes.
    • Alcohol fermented from other fruit: an alcoholic drink made by fermenting the juice of fruit other than grapes, or the juice of other plants.
  20. Tallow*
    • A hard fatty substance extracted from the fat of sheep and cattle.
  21. Vanilla Extract/Flavour
    • A flavouring extract made from the vanilla bean and used in candy, ice cream, and perfumes.
    • The flavour extracted from vanilla beans is most commonly dissolved in alcohol. Documentation from a distributor of vanilla extract showed that the ingredient contained 50% alcohol.
  22. Whey (Should be avoided unless the rennet used in its production is plant/microbial/synthetic.)
    • The watery part of milk that separates from the curd when milk sours and becomes coagulated, or when cheese is made.
    • Rennet is used to curd the milk. Whey should be avoided because the rennet used to curd the milk could be from a haram or non-Zabihah animal.

         


      Source: Halal Guide

Saturday, February 16, 2013

Rasulullah S.A.W. Usahawan Dunia & Akhirat


Sumber: Dunia Muslim

Berniaga adalah satu sunnah yang sering dipandang serong oleh sesetengah orang. Disebabkan sudah biasa dengan makan gaji, apabila ingin memulakan perniagaan, pelbagai tanggapan akan muncul seperti :
“Hidup sederhana sajalah, buat apa nak kejar kekayaan…”
“Bersyukurlah dengan apa yang ada…”
“Kalau kaya tapi hati tak tenang, lupa Tuhan buat apa…”
“Cukuplah dengan harta yang ada, bukan boleh bawa mati…”
“Berniaga tu sebab nak kaya cepatlah tu…”
Menjadi usahawan itu adalah salah satu karier yang dijalankan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Beliau merupakan seorang usahawan yang berjaya, tapi disebabkan tidak ramai yang mengetahui sirah Baginda, maka tidak ramai yang tahu akan kerjaya Baginda sebagai Businessman disamping seorang pemimpin agama, negarawan, pendakwah dan sebagainya.
Rasulullah S.A.W. telah didedahkan dengan ilmu perniagaan sejak kecil lagi. Baginda sering mengikuti Abu Talib berniaga, malah pernah dibawa ke Negeri Syam (Syria), Semasa berusia 12 tahun. Dari situ Rasulullah S.A.W. berlajar selok-belok perniagaan sehingga baginda diberi kepercayaan untuk mengendalikan perniagaan bapa saudaranya dan juga orang Quraisy yang lain.
Perniagaan adalah perkara yang penting dalam Islam , malah ia sering disebut dalam Al-Qur’an contohnya :


“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan Solat serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara sembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian.” (35:29)


“Wahai orang-orang yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan Ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik dari kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (61:10-11)
Kenapa Allah menyebut perniagaan dan bukan pekerjaan? Kerana perniagaan itu ialah sesuatu yang menguntungkan dan memerlukan usaha sendiri, dan juga merugikan sekiranya tidak dijalankan dengan betul.
“9/10 daripada harta ialah dari hasil berniaga” (HR Tirmizi).
Ramai yang salah faham tentang konsep berniaga.. Berniaga bukan bertujuan untuk mengumpul harta (ia menjadi begitu sekiranya peniat berniat begitu)


"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang bathil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku atas dasar suka sama suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu” (4:29)
Bermakna berniaga itu adalah sesuatu yang mesti dilakukan atas dasar suka sama suka dan tidak menipu atau menindas orang lain. Nyatalah Islam sendiri menyuruh kita menjalankan perniagaan.


“(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (Kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan” (24:37)
Rasulullah S.A.W. bersabda: “Peniaga yang jujur akan ditempatkan di kalangan para Nabi, Para Syuhada dan Siddiqin” (HR Tirmizi)
Di sini dinyatakan bahawa sifat yang tercela ialah bila dilalaikan oleh [erniagaan hingga lupa Allah, dan tidak membayar Zakat. Bermakna berniaga adalah salah satru perkara yang utama selagi tidak melupakan Allah dan tanggungjawab sebagai orang Islam seperti menunaikan zakat. Memang menjadi masalah kalau dah mula meniaga, dah untung mula rasakan diri best, nak keluarjkan zakat rasa sayang, takut habis pula harta. Sedangkan Allah sudah berjanji dalam ayat seterusnya dalam surah di atas.


“(Mereka mengerjakan semua itu) supaya Allah membalas mereka dengan ysebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung.” (24:38)
Bermakna semakin kita jujur dalam perniagaan, semakin kuat pergantungan kita kepada Allah, semakin banyak kita infak harta, semakin banyak kurniaan-Nya kepada kita.
Mencari dan memiliki harta adalah dituntut dalam Islam. Buktinya  banyak surah yang menyebut tentang jihat dengan harta dan jiwaJiwa memang sedia kita miliki selagi kita belum mati. Harta?


“Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan jarta benda dan jiwa meraka pada jalan Allah; Mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).”(49:15)


“Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada keuzuran- dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah(untuk membela Islam) dengan hartadan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan pahala yang amat besar.” (4:95).
Berjuang yang dimaksudkan dalam ayat-ayat di atas bukanlah tertakluk kepada jihar berperang semata-mata, malah mencukupi setiap sudut kehidupan (rujuk Ibnu Kathir).
Kenapa kita perlu memiliki harta?
  • Dengan harta kita boleh mengeluarkan zakat, sedekah dan membantu sesama Islam.harta boleh digunakan untuk membangunkan agama. Rasulullah bersabda : “Ketiadaan harta (fakir) boleh mendekatkan kita kepada kekafiran”. Ia memeng benar-benar terjadi. Apabila terjebak dalam desakan hidup, manusia sanggup buat apa saja, malah sanggup jadi pelacur untuk sesuap nasi.

  • Harta untuk penyebaran dakwah Islam. Pemilikan harta membolehkan kita beribadah dengan tenang. sebagai contoh pemilikan rumah yang membolehkan kita beribadah di dalamnya.

  • Suara kita tidak didengar bila kita miskin. bayangkan kita dengan niat nak berdakwah tetapi tiada duit. Pergi ke rumah orang akan disangka nak minta derma. Bila ada kes kecurian, orang mudah menuduh kita oleh sebab kita miskin. Bila nak beri pendapat dalam “mesyuarat” orang taknak dengar sbb kita tak ada pengaruh.
Rasulullah pernah bersabda tentang pemilikan harta : ” Harta itu merupakan kekayaan terpuji tetapi hanya bagi orang yang soleh, kerana orang yang soleh akan menggunakan hartanya secara bijaksana, tidak dikotori rasa angkuh yang menghilangkan keberkatan dari Allah”
Jadi ternyata amat besar perkaitan antara ketakwaan dan pemilikan harta. harta itu boleh menjadi satu medium yang sangat kuat dalam perjuangan dan boleh juga jadi punca kemurkaan Allah seperti yang terjadi kepada Firaun dan Qarun.
Jika diteliti sunnah-sunnah Rasulullah S.A.W. dan ayat -ayat Al-Qur’an harta dan hasil perniagaan adalah alatalat untuk menyampaikan kita kepada Allah. Namun itu tertakluk kepada sejauh mana hubungan kita dengan-Nya pada peringkat awal. Harta dan perniagaan juga boleh menjadi pintu ke Neraka sekiranya ia makin menjauhkan kita dengan-Nya.
Jadi penuhilah tuntutan agama untuk berjihad dengan sebenar-benar jihad. Jihad itu bukannya dengan menawarkan diri untuk menjadi suicide bomber. Kita lihat kebangkitan Islam di zaman Rasulullah S.A.W. bermula dengan pembinaan akidah, bukan terus memerangi orang kafir Quraisy. Zaman sekarang ini lebih teruk lagi dari zaman Jahiliyah. Orang Jahiliahsekurang-kurangnya ada pedoman hidup juga dari ‘Tuhan’ mereka (yang dipanggil Latta dan Uzza) tapi sekarang ramai orang tidak bertuhan. Orang Jahiliyah bunuh anak perempuan kerana peraturan dalam bangsa mereka, orang sekarang bunuh anak sebab hasil zina. Orang Jahiliyah kuat ikatan kekeluargaannya mengikut kabilah-kabilah tertentu. Orang sekarang, mak bapak pun di buat musuh.
Akhir zaman, itu satu. Tapi selagi dunia belum kiamat, kita tak boleh tunggu aje. Ingat kiamat itu datang esok ke? Kita kene buat sesuatu sebelum semua yang kita makan /pakai/guna adalah ‘agenda Yahudi’.

Friday, February 15, 2013

Halal dan Haram Mempengaruhi Keperibadian Muslim

jakim01

Pengenalan

Halal berasal daripada perkataan Arab yang membawa makna 'dibenarkan' atau 'dibolehkan' oleh hukum Syarak. Di Malaysia isu makanan halal dan haram menjadi agenda yang begitu hangat diperkatakan. Isu ini bukan hanya memberi kesan kepada masyarakat beragama Islam sahaja, malahan turut mendapat perhatian daripada penganut-penganut agama lain kerana pengusaha makanan di Malaysia terdiri dari pelbagai kaum. 

Sebagai umat Islam adalah menjadi kewajipan kepada kita semua untuk memastikan makanan yang dimakan adalah halal, iaitu bebas daripada sumber najis dan haram bermula dari proses penyediaan bahan mentah, proses pembuatan, penyimpanan, masakan, pengilangan, pembungkusan dan pengangkutan. Masyarakat Islam di negara ini kadang kala digemparkan dengan dakwaan sesuatu produk itu diragui status halalnya.

Hadis Yang Berkaitan Halal dan Haram

Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya.
(Surah 2 - Al Baqarah : Ayat 172)

Dan janganlah kamu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya, kerana sesungguhnya yang sedemikian itu adalah perbuatan fasik (berdosa) dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutnya, supaya mereka membantah (menghasut) kamu dan jika kamu menurut hasutan mereka (untuk menghalalkan yang haram itu), sesungguhnya kamu tetap menjadi orang-orang musyrik.
(Surah 6 – Al An’nam : Ayat 121) 

Status Halal Haram

Sejak kebelakangan ini ramai tidak lagi memberatkan status halal haram dan kadang kala makan apa sahaja yang sedap pada tekak meskipun di premis yang tidak memaparkan logo atau sijil halal. Mereka juga membeli apa yang menarik perhatian tanpa ada rasa tanggung jawab untuk meluangkan masa, membaca label produk, meneliti kandungan ramuan mahu pun memeriksa nama atau identiti pengilang!

Pengaruh halal kepada peribadi
  • Kehalalan makanan mengikut syariat agama mempunyai pengaruh besar kepada pembentukan serta perkembangan peribadi seseorang Muslim.
  • Ini bermakna setiap makanan yang tidak halal yang dimakan oleh seseorang Muslim akan menjadi menjadi darah daging dan akan memberi kesan kepada pembentukan serta perkembangan peribadinya.
  • Keperibadian seseorang Muslim itu ternyata bersandar kuat kepada halal atau haram makanan yang masuk ke dalam perutnya.
  • Jika haram makanan yang dimakan, ia bukan sahaja akan menjejaskan ketakwaan dan nilai ibadat seseorang individu Muslim itu tetapi juga akan mengakibatkannya dicampak ke dalam api neraka.

Kenapa Kita Perlu Kepada Makanan Halal?
  • Makanan merupakan keperluan asas dalam kehidupan manusia. Tanpa makanan kesihatan manusia akan terjejas. Makanan dapat membekalkan haba dan tenaga bagi tujuan menjaga serta mengekalkan suhu badan.
  • Makanan juga berfungsi dalam aktiviti pernafasan dan aliran darah bagi semua kerja otot dalam badan serta terlibat bagi proses penggantian zat dalam badan (metabolisme). Selain itu, umat Islam memerlukan makanan untuk tujuan beribadat kepada Allah SWT.
  • Pemakanan dapat ditakrifkan sebagai sains yang berkenaan dengan zat, khasiat dan nutrien dalam makanan. Ia merupakan kombinasi satu proses di mana organisma mengambil, menghadam, menyerap, mengangkut, mengguna dan mengkumuh bahan makanan untuk tujuan pembuatan serta membaik pulih komponen dalam badan.
  • Aktiviti pemakanan yang baik akan membolehkan seseorang itu mendapat faedah daripada pengambilan sesuatu makanan. Ia dapat mengawal aktiviti organ-organ tubuh badan dengan baik (mata, jantung, peparu dan sebagainya) serta membolehkan seseorang bergerak, berjalan, berlari, bekerja dan bermain.

Doa Dimakbulkan

Persoalan yang mungkin timbul kepada manusia ialah mengapa Allah S.W.T. dan Nabi Muhammad S.A.W. menyeru agar umat Islam memilih makanan yang halal dalam kehidupan seharian. Sudah tentu adanya hikmah dan kelebihan yang dapat membantu manusia menjalani kehidupan sebagai hamba Allah S.W.T. dengan lebih baik sebagaimana berikut:

Supaya Doa Dimakbulkan Oleh Allah SWT Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Seorang lelaki bermusafir sehingga rambutnya menjadi kusut dan mukanya di penuhi debu. Dia menadah tangannya dan berdoa kepada Allah sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan mulutnya disuapi dengan sesuatu yang haram, Bagaimana akan diperkenankan permohonannya. 
(Hadis Riwayat Muslim, Ahmad dan Tirmizi).

Peranan JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia peka kepada masalah ini. Sehubungan ini makmal tiga tingkat yang akan dibina akan memulakan operasinya pada 2013 yang akan menganalisa makanan, menguji pelbagai produk atau bahan termasuk peralatan yang digunakan dalam pembedahan klinikal. Fasa kedua pembinaan pula akan melibatkan pembinaan bangunan latihan untuk membolehkan Jakim melatih pegawai dan kakitangan tempatan serta dari luar negara. Kewujudan makmal ini kelak akan melambangkan kesungguhan pihak Kerajaan dalam memajukan Malaysia sebagai hub halal yang diiktiraf di seluruh dunia.


Wednesday, February 13, 2013

Halib's Prebiotic

BORANG PESANAN

~ Susu Penuh Krim

~ Susu dengan khasiat makanan sunnah


Bahan-bahan:
Susu tepung penuh krim, Kalsium, AHA, DHA, Kurma, dan Kismis.

Khasiat:

  • Memperbaiki dan memperkuatkan daya ingatan
  • Memperkuatkan sistem usus
  • Mengatasi masalah sembelit dan cirit-birit
  • Menambah tenaga dan mengurangakan keletihan
  • Memperkuatkan sistem usus untuk ibu mengandung yang menyusukan anak.


Cara Penyediaan:
Campurkan 4 (30gm) sudu dengan 200ml air suam. 

Harga:
RM 19 (300gm)

Friday, February 8, 2013

Berniaga cara Saidina Abdul Rahman bin Auf

Sumber: Dunia Muslim


Abdul Rahman bin Auf merupakan salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang hartawan namun tetap zuhud. Beliau telah banyak  membelanjakan harta kekayaannya ke jalan agama. Beliau adalah seorang usahawan yang termasyhur ketika itu (seorang bilionair jika dibandingkan dengan zaman sekarang). Abdul Rahman bin Auf juga adalah seorang saudagar dan usahawan termasyur yang telah dijanjikan syurga. Beliau sangat banyak menyumbangkan hartanya pada jalan Allah. Apabila diminta untuk menderma, pasti tidak akan ditolaknya.
Berikut adalah tips perniagaan yang boleh kita ambil dari seorang korporat Islam yang amat tersohor dalam bidang perniagaan iaitu Saidina Abdul Rahman Bin Auf:
Sikit, tapi untung
Salah satu perniagaan yang dijalankan oleh beliau adalah perniagaan unta. Beliau berjaya mendominasi perniagaan unta ini yang sebelum itu telah pun didominasi oleh kaum Yahudi. Persoalannya, bagaimana Abdul Rahman bin Auf mampu mematahkan strategi kaum Yahudi?
Konsepnya mudah, untung sedikit tetapi dalam kuantiti yang banyak. Setibanya Saidina Abdul Rahman berhijrah dari Mekah ke Madinah, beliau ditawarkan oleh seorang saudaranya yang baru sama ada mahu memiliki kekayaan atau isterinya, namun beliau lantas memilih agar ditunjukkan sahaja di mana letaknya pasar.
Dari situ, beliau memulakan perniagaan menjual unta. Harga unta yang dijual hanya 1000 dirham (tiada untung kerana harga kos unta adalah 1000 dirham juga!).  Beliau hanya mengambil untung atas jualan tali yang mengikat unta tersebut! Bayangkan beliau dapat menjual 1000 ekor unta dalam masa sehari sahaja.
Beliau langsung tidak mengambil keuntungan dengan hasil jualan unta, namun apabila ditanya kepada beliau, beliau menjawab:
Keuntungan tidak diambil dari hasil penjualan unta. Unta dijual pada harga kos. Tetapi, keuntungan diambil dari menjual “tali pengikat unta”.
Dari situlah datangnya keuntungan beliau berniaga. Tali-tali yang dijual adalah cantik dan bermacam- macam warna. Jarang orang lain yang berniaga unta dapat menandingi kelebihan beliau berniaga.

Sebenarnya, pada zaman ini ramai peniaga-peniaga yang menggunakan strategi ini, lebih-lebih lagi peniaga yang mempunyai modal pusingan yang besar.
Ramai peniaga-peniaga terutamanya kedai-kedai borong yang menjual pada harga rendah bagi barangan yang biasa dibeli pengguna, namun secara ‘tersembunyi’ menaikkan harga bagi sesetengah barangan mereka.
Pembeli yang sudah ‘kerasukan’ membeli barangan mereka pasti akan tidak sedar bahawa sesetengah barangan mahal pula harganya, namun tetap berbelanja dengan alasan ‘malas’ untuk pergi ke kedai lain.
Strategi ini jarang sekali dilakukan oleh para peniaga. Tidak ramai yang berani mengambil risiko ini kerana jika tersilap langkah, kerugian besar yang menanti peniaga.
Selain itu, Saidina Abdul Rahman bin Auf pernah ditanya tentang apakah strategi perniagaannya yang lain sehinggakan menjadi hartawan yang terkemuka pada zaman itu?
Syukur Walau Untung Sedikit
“Aku tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit.”
Frasa di atas sangat memberikan kesan yang positif bagi para usahawan dalam mengatur strategi perniagaan. Jangan sesekali ambil mudah soal keuntungan yang bakal diambil dari pembeli, dan jangan pula mengambil mudah soal halal dan haram dalam perniagaan.
Sebagai contoh, sekiranya kita mempunyai kos tanggungan seperti kos penghantaran, kita harus bijak mengira kos supayakeuntungan dapat ditampung walaupun kos penghantaran produk biasanya tidaklah seberapa. Dari segi halal haramnya, jangan pula ada unsur-unsur riba dalam menguruskan perniagaan.
Jangan Seksa Pelanggan
“Aku tidak pernah melambatkan penjualan barangan daripada yang meminta.”
Sekiranya ada permintaan, beliau akan sedaya upaya mendapatkan barangan yang diminta oleh pelanggan. Strategi ini boleh diaplikasikan dalam perniagaan yang dijalankan. Ada segelintir usahawan yang bersikap ‘malas’ dan mengambil mudah perkara ini.
Sekiranya pelanggan bertanyakan tentang sesuatu barangan, peniaga hanya membiarkan pelanggan berlalu pergi dengan menyatakan, “Barang yang diingini tidak dijual disini”.
Peniaga yang bijak tidak akan mudah ‘melepaskan’ pelanggan seperti ini, sebaliknya akan berusaha sedaya upaya mendapatkan bekalan barangan yang diminta dari jaringan rakan-rakan perniagaannya yang lain.
Sila Bayar Tunai
“Aku tidak menjual secara tangguhan bayaran.”
Abdul Rahman bin Auf tidak mengamalkan cara tangguhan bayaran yang rata-rata ramai dikalangan para peniaga yang mengamalkan teknik ini. Beliau menjalankan urusniaga dalam bentuk tunai.
Sebenarnya dengan mempercepatkan bayaran, peniaga akan mendapat pusingan modal dengan lebih cepat, dan mudah untuk digunakan bagi membeli barangan yang baru untuk dijual.
Seterusnya timbul pula persoalan mengapa Pasar Ansar kepunyaan Rasulullah SAW di Madinah mencipta sejarah menang besar dalam persaingan perniagaan dengan peniaga yahudi atau orang bukan Islam Madinah?
Rahsianya penting yang harus peniaga Islam ketahui ialah setiap malam yang sepi waktu dinihari, para pelaksana perniagaan diketuai oleh Saidina Abdul Rahman bin ‘Auf r.a. sendiri akan bermunajat kepada Allah dan Rasul, untuk menyokong dan memberi kerjasama dalam perniagaan mereka.
Mereka semua melakukan solat hajat, berdoa, taubat, zikir wirid, membaca Al-Quran, selawat dan lain-lain ibadah sampingan demi mendapatkan Tuhan sebagai penolong dan pemimpin. Maka jatuhlah ke hati mereka mukjizat Rasulullah SAW mengajarkan bagaimana perniagaan menurut Islam atau cara berniaga yang disuruh Allah SWT.
Mereka akhirnya dapat menawan hati penduduk kota Madinah. Para penduduk mula beralih daripada peniaga yahudi kepada peniaga pimpinan Abdul Rahman bin auf r.a. Beliau memupukkan rasa kasih sayang sesama peniaga dan para pelanggan.
Rindu untuk duduk bersama Rasul dan para sahabat membuatkan orang Madinah akhirnya berpusu-pusu membeli di Pasar Ansar. Maka akhirnya peniaga yahudi mula meninggalkan kota Madinah.
Begitulah kehebatan strategi perniagaan yang diamalkan Abdul Rahman bin Auf yang harus dijadikan contoh kepada kita lebih-lebih lagi sebagai peniaga. Hamka amat tertarik dengan jawapan yang telah diberikan oleh Abdul Rahman bin Auf.
Jika ada yang bertanya tentang rahsia perniagaannya, Abdul Rahman bin Auf menjawab;
“Aku tidak menjual barang-barang cacat, aku merasa cukup dengan untung yang sedikit kerana aku tahu Allah memberkati..”
Kehebatan beliau dalam perniagaan tidak dapat disangkal lagi. Sejarah pernah merekodkan bahawa beliau pernah menjual seribu ekor unta dalam masa sehari sahaja. Beliau menjualnya dengan harga yang murah, beliau hanya mengambil untung atas tali yang mengikat unta sahaja
 Usaha secara berterusan
Kita lihat kekuatan jiwa yang dimiliki oleh Saidina Abdul Rahman dalam berniaga. Dalam peristiwa Hijrah, beliau sanggup tinggalkan kekayaan semata-mata menyahut seruan Hijrah. Namun, beliau cepat-cepat berusaha mengubah nasib diri setibanya di Madinah berbekalkan modal yang ada. Kita juga harus bersikap sedemikian, jangan mudah mengalah jika bankrup atau gulung tikar.
Keyakinan yang jitu kepada Allah
Orang beriman dan bertakwa yang kaya adalah mereka yang senantiasa memiliki keyakinan bahawa segala usaha yang mereka kerjakan pasti mendapat keberhasilan tidak kira cepat atau lambat, sedikit atau banyaknya untung.
Kesimpulan ringkas yang dapat dibuat daripada strategi perniagaan Abdul Rahman bin Auf:
  1. Jangan menolak rezeki walaupun sedikit. Adakalanya kita terpaksa menurunkan keuntungan perniagaan kita. Dengan itu, keuntungan masih kita perolehi. Rezeki masih menyebelahi kita walaupun sedikit.
  2. Percepatkan segala urusan jual beli. Percepatkan segala layanan pelanggan. Terbukti dari zaman dahulu sehingga kini, kelajuan dan kepantasan menangani masalah dan pelanggan dalam perniagaan akan memberi pulangan yang tinggi. Pelanggan pula akan suka kepada peniaga sebegini. Dengan memudahkan urusan pelanggan, besar kemungkinan pelanggan akan melanggan buat kali kedua dan seterusnya.
  3. Urus niaga haruslah dijalankan dalam tunai sahaja. Di mana ia akan menguntungkan kedua belah pihak samada pelanggan mahupun peniaga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...