Sunday, August 17, 2014

Khasiat 8 jenis Buah-buahan

buah-buahan1
Serat yang tinggi dalam buah-buahan tertentumempunyai khasiatnya yang tersendiri selain membantu pencernaan. Tanpa serat, makanan mengambil masa 70 – 80 jam untuk melalui saluran penghadaman. Artikel ringkas ini menyenaraikan 8 jenis buah yang sangat berkhasiat untuk meningkatkan kecerdasan dan kesihatan secara menyeluruh.


>> 1 Limau Gedang


Limau ini mengandungi antioksidan dinamakan naringenin yang boleh membantu membaiki kerosakan DNA disebabkan mutasi berpunca daripada sel barah prostat. Antioksidan ini meransang enzim yang membaiki tisu DNA.

[ Baca - Nenas: Antara Enak dan Kesan Sampingan ]

Semua jenis limau gedang mengandungi antioksidan limonoid. Kajian menunjukkan limonoid mempunyai ciri-ciri antibarah terutama paru-paru, payudara dan usus.


>> 2 Plum

Plum adalah sumber vitamin C, K, A (beta karotena), serat, kalium dan kumpulan antioksidan fenol. Plum kaya dengan antioksidan, terbukti dapat memulihkan penyakit mata. Kandungan kalori dalam plum adalah sangat rendah menjadikannya pilihan baik untuk menurunkan berat badan.
>> 3 Manggis

Manggis adalah sumber antioksidan yang mujarab dinamakan polifenol. Hasil kajian menunjukkan ciri-ciri antioksidan polifenol jauh lebih mujarab daripada vitamin C, E dan karetonoid.

Antioksidan yang mujarab dan berkualiti ini menjadikan manggis buah untuk mencegah kerosakan akibat radikal bebas dan menguatkan daya tahan melawan penyakit.

[Baca - Rahsia Buah Mangga untuk Seks dan Kecantikan]

Pakar penyelidik berminat dengan kulit manggis kerana ia kaya khasiat xanthone dan kesannya terhadap barah, masalah pernafasan, sistem imun dan kesihatan usus.
>> 4 Buah Naga

Pakar sains Jerman menerbitkan satu kajian pada 2007 mengenai kandungan antioksidan magenta buah naga.

Buah ini juga mengandungi kalsium diperlukan untuk menguatkan tulang dan gigi selain menstabilkan tekanan darah. Ia juga mengandungi vitamin B, zat besi, fosforus, vitaminC dan A. Semua nutrien ini menyokong proses metabolisme penting untuk kesihatan.
>> 5 Nektarin

Nektarin sama dengan buah pic, tetapi kulit luarnya licin berbanding pic yang berbulu gebu. Ia mengandungi banyak vitamin penting dan zat galian. Satu cawan nektarin membekalkan 186 mg lutein sejenis antioksidan yang semakin mendapat perhatian dalam penyelidikan kesihatan mata.
Satu lagi nutrien memainkan peranan antioksidan ialah vitamin C bertindak menguatkan sistem imun badan

 >> 6 Durian Belanda

Satu kelebihan durian belanda dari segi pemakanan ialah kandungan seratnya yang tinggi. Hidangan 1 cawan durian belanda membekalkan 7 gm serat. Ini bersamaan 1/3 serat diperlukan orang dewasa.

Jika anda mengalami tekanan darah tinggi, anda boleh mengambil buah ini. Kalium juga membantu mencegah kekejangan otot kerana itu ia juga baik untuk dijadikan snek sebelum bersenam.

>> 7 Ceri

Kaya dengan antioksidan penting dalam pencegahan penyakit berpunca daripada radang seperti penyakit jantung, artritis dan gout. Ini kerana ceri mengandungi sebatian terhasil secara semulajadi iaitu antosianin berfungsi untuk menyekat peningkatan enzim yang menyebabkan kesakitan berpunca daripada keradangan.

Selain antioksidan, ceri kaya dengan sumber vitamin B, khususnya tiamin (B1), riboflavin (B2), asid pantotenik (B5), B6 dan B12. Vitamin B memainkan peranan aktif bagi metabolisme tenaga. Vitamin B6 dan B12 khususnya amat penting dalam mengekalkan tahap homosisteina yang sihat.

Ceri juga mengandungi melatonin. Bahan ini dihasilkan secara semulajadi oleh manusia dalam otak, khususnya semasa gelap untuk membantu mendapat ketenangan dan tidur lena.
Pakar mengesyorkan pengambilan ceri sebelum tidur untuk membantu menaikkan tahap melatonin bagi memberi ketenangan dan memudahkan anda tidur
>> 8 Pisang kaki (Persimon)

Dari segi pemakanan, pisang kaki baik untuk pertumbuhan dan kesihatan sel dalam mata khususnya untuk menjaga penglihatan.

Buah ini kaya dengan antioksidan Zeaxantin baik dalam penjagaan lapisan retina mata.

 Sumber – Berita Harian

Thursday, August 7, 2014

Dapatkan Produk-produk IMP (Islamic Manufacturing Practice) Di Sini

Antara produk lain yang boleh anda dapatkan dari kami juga, beli banyak untuk lebih jimat dengan kos penghantaran terendah. Dapatkan sekarang =)

>>> Produk Susu Halib's
>>> Makanan & Minuman Kesihatan
>>> Kosmetik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...