Showing posts with label Inspirasi. Show all posts
Showing posts with label Inspirasi. Show all posts

Saturday, March 9, 2013

Miskin Tetapi Kaya




Dari Abu Hurairah r.a katanya: "Yang disebut orang miskin itu bukanlah peminta-peminta yang diberi orang satu atau dua buji kurma atau sesuap atau dua suap makanan. Tetapi sesungguhnya orang miskin itu ialah orang yang tahu menjaga diri (dari meminta-minta). Jika kamu mahu bacalah firman Allah SWT "…. mereka tidak meminta-minta kepada orang ramai dengan mendesak-desak …”(al-Baqarah:273) (Muslim)

Huraian:
Setiap insan di dunia ini bercita-cita untuk menjadi kaya raya. Dalam Islam seseorang itu tidak dianggap kaya hanya dengan memiliki harta yang banyak, tetapi kaya yang sebenar di samping ia mempunyai harta ialah bila memiliki jiwa dan hati yang jauh lebih mulia dari hartanya itu.

Orang yang miskin tetapi kaya maruah tidak bergantung harap dan belas kasihan daripada orang lain. Sekalipun tidak berharta ia tidak menunjukkan kelemahan dan kekurangannya itu dengan cara mendesak, meminta-minta sedekah daripada orang lain tetapi berusaha memperbaiki nasib dirinya dengan segala tenaga dan upaya, melakukan sebarang pekerjaan yang halal untuk mencari rezeki. Al-Quran ada menyebutkan sebagaimana yang disebutkan dalam hadith di atas maksudnya:

"(Pemberian sedekah itu adalah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam) yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka; orang kaya-oleh orang yang mengetahui halnya kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta,. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. Dan (ketahuilah) apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya." (al-Baqarah: 273)

Islam amat membenci kemiskinan kerana ia boleh membawa kepada kekufuran. Malah bagi sebuah negara yang kaya, maju dan membangun rakyatnya harus dididik untuk menabur kebajikan, sebagai tempat si kaya berbudi, si miskin dirai dan dibantu bukan tempat di mana kesenangan hanya berkisar pada si kaya manakala si miskin terus merana.

Friday, March 8, 2013

Tazkirah ~ Kebijaksanaan Saidina Ali

ilmu
Sumber: Dunia Muslim

Suatu hari semasa Saidina Ali memberi syarahan dalam suatu majlis ilmu, datang 10 orang lelaki yang hendak menguji kehebatan ilmunya.

“Wahai Ali, benarkah Rasulullah s.a.w berkata, saya (Rasulullah) adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya?” tanya salah seorang daripada lelaki itu.
“Memang benar.” Jawab Saidina Ali.
Lelaki pertama bertanya, “Wahai Ali, manakah yang lebih baik antara ilmu dengan harta?”
“Sudah tentu ilmu itu lebih baik daripada harta.” Jawab Saidina Ali.
“Apa dalilnya, wahai Ali?” tanya lelaki itu.

Setiap lelaki telah bertanya soalan yang sama tetapi Khalifah Ali bin Abi Talib dapat memberi 10 jawapan yang berbeza. 

Ilmu itu adalah warisan para nabi dan rasul tetapi harta itu warisan Qarun, Firaun dan Syaddad.

Ilmu itu menjaga kamu tetapi harta itu kamu yang menjaganya.

Orang yang mempunyai banyak harta, ramai musuhnya tetapi orang yang mempunyai banyak ilmu, ramai kawannya.

Ilmu itu tidak boleh dicuri tetapi harta boleh dicuri dan dirampas.

Harta itu akan berkurang apabila dibelanjakan tetapi ilmu jika diamalkan akan bertambah.

Orang yang banyak harta biasanya kedekut dan tidak dihormati tetapi mereka yang banyak ilmu itu pemurah dan disanjungi.

Pemilik harta akan dihisab di hari kiamat tetapi ilmu pula akan memberi syafaat kepada pemiliknya pada hari tersebut.

Harta menjadikan pemiliknya keras hati tetapi ilmu menjadikan pemiliknya terang hati.

Harta semakin lama disimpan ia semakin usang tetapi ilmu tidak usang dan tidak lapuk.

Pemilik harta akan berkata harta itu miliknya tetapi pemilik ilmu berkata ilmu itu milik Allah.

Orang ramai merasa kagum dengan jawapan yang diberi oleh Saidina Ali.

Saidina Ali berkata, “Seandainya 100 orang yang datang bertanya soalan itu, aku dapat memberi 100 jawapan yang juga berbeza.”

Saturday, February 16, 2013

Rasulullah S.A.W. Usahawan Dunia & Akhirat


Sumber: Dunia Muslim

Berniaga adalah satu sunnah yang sering dipandang serong oleh sesetengah orang. Disebabkan sudah biasa dengan makan gaji, apabila ingin memulakan perniagaan, pelbagai tanggapan akan muncul seperti :
“Hidup sederhana sajalah, buat apa nak kejar kekayaan…”
“Bersyukurlah dengan apa yang ada…”
“Kalau kaya tapi hati tak tenang, lupa Tuhan buat apa…”
“Cukuplah dengan harta yang ada, bukan boleh bawa mati…”
“Berniaga tu sebab nak kaya cepatlah tu…”
Menjadi usahawan itu adalah salah satu karier yang dijalankan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Beliau merupakan seorang usahawan yang berjaya, tapi disebabkan tidak ramai yang mengetahui sirah Baginda, maka tidak ramai yang tahu akan kerjaya Baginda sebagai Businessman disamping seorang pemimpin agama, negarawan, pendakwah dan sebagainya.
Rasulullah S.A.W. telah didedahkan dengan ilmu perniagaan sejak kecil lagi. Baginda sering mengikuti Abu Talib berniaga, malah pernah dibawa ke Negeri Syam (Syria), Semasa berusia 12 tahun. Dari situ Rasulullah S.A.W. berlajar selok-belok perniagaan sehingga baginda diberi kepercayaan untuk mengendalikan perniagaan bapa saudaranya dan juga orang Quraisy yang lain.
Perniagaan adalah perkara yang penting dalam Islam , malah ia sering disebut dalam Al-Qur’an contohnya :


“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan Solat serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara sembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian.” (35:29)


“Wahai orang-orang yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan Ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik dari kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (61:10-11)
Kenapa Allah menyebut perniagaan dan bukan pekerjaan? Kerana perniagaan itu ialah sesuatu yang menguntungkan dan memerlukan usaha sendiri, dan juga merugikan sekiranya tidak dijalankan dengan betul.
“9/10 daripada harta ialah dari hasil berniaga” (HR Tirmizi).
Ramai yang salah faham tentang konsep berniaga.. Berniaga bukan bertujuan untuk mengumpul harta (ia menjadi begitu sekiranya peniat berniat begitu)


"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang bathil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku atas dasar suka sama suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu” (4:29)
Bermakna berniaga itu adalah sesuatu yang mesti dilakukan atas dasar suka sama suka dan tidak menipu atau menindas orang lain. Nyatalah Islam sendiri menyuruh kita menjalankan perniagaan.


“(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (Kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan” (24:37)
Rasulullah S.A.W. bersabda: “Peniaga yang jujur akan ditempatkan di kalangan para Nabi, Para Syuhada dan Siddiqin” (HR Tirmizi)
Di sini dinyatakan bahawa sifat yang tercela ialah bila dilalaikan oleh [erniagaan hingga lupa Allah, dan tidak membayar Zakat. Bermakna berniaga adalah salah satru perkara yang utama selagi tidak melupakan Allah dan tanggungjawab sebagai orang Islam seperti menunaikan zakat. Memang menjadi masalah kalau dah mula meniaga, dah untung mula rasakan diri best, nak keluarjkan zakat rasa sayang, takut habis pula harta. Sedangkan Allah sudah berjanji dalam ayat seterusnya dalam surah di atas.


“(Mereka mengerjakan semua itu) supaya Allah membalas mereka dengan ysebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung.” (24:38)
Bermakna semakin kita jujur dalam perniagaan, semakin kuat pergantungan kita kepada Allah, semakin banyak kita infak harta, semakin banyak kurniaan-Nya kepada kita.
Mencari dan memiliki harta adalah dituntut dalam Islam. Buktinya  banyak surah yang menyebut tentang jihat dengan harta dan jiwa. Jiwa memang sedia kita miliki selagi kita belum mati. Harta?


“Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan jarta benda dan jiwa meraka pada jalan Allah; Mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).”(49:15)


“Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada keuzuran- dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah(untuk membela Islam) dengan hartadan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan pahala yang amat besar.” (4:95).
Berjuang yang dimaksudkan dalam ayat-ayat di atas bukanlah tertakluk kepada jihar berperang semata-mata, malah mencukupi setiap sudut kehidupan (rujuk Ibnu Kathir).
Kenapa kita perlu memiliki harta?
  • Dengan harta kita boleh mengeluarkan zakat, sedekah dan membantu sesama Islam.harta boleh digunakan untuk membangunkan agama. Rasulullah bersabda : “Ketiadaan harta (fakir) boleh mendekatkan kita kepada kekafiran”. Ia memeng benar-benar terjadi. Apabila terjebak dalam desakan hidup, manusia sanggup buat apa saja, malah sanggup jadi pelacur untuk sesuap nasi.

  • Harta untuk penyebaran dakwah Islam. Pemilikan harta membolehkan kita beribadah dengan tenang. sebagai contoh pemilikan rumah yang membolehkan kita beribadah di dalamnya.

  • Suara kita tidak didengar bila kita miskin. bayangkan kita dengan niat nak berdakwah tetapi tiada duit. Pergi ke rumah orang akan disangka nak minta derma. Bila ada kes kecurian, orang mudah menuduh kita oleh sebab kita miskin. Bila nak beri pendapat dalam “mesyuarat” orang taknak dengar sbb kita tak ada pengaruh.
Rasulullah pernah bersabda tentang pemilikan harta : ” Harta itu merupakan kekayaan terpuji tetapi hanya bagi orang yang soleh, kerana orang yang soleh akan menggunakan hartanya secara bijaksana, tidak dikotori rasa angkuh yang menghilangkan keberkatan dari Allah”
Jadi ternyata amat besar perkaitan antara ketakwaan dan pemilikan harta. harta itu boleh menjadi satu medium yang sangat kuat dalam perjuangan dan boleh juga jadi punca kemurkaan Allah seperti yang terjadi kepada Firaun dan Qarun.
Jika diteliti sunnah-sunnah Rasulullah S.A.W. dan ayat -ayat Al-Qur’an harta dan hasil perniagaan adalah alatalat untuk menyampaikan kita kepada Allah. Namun itu tertakluk kepada sejauh mana hubungan kita dengan-Nya pada peringkat awal. Harta dan perniagaan juga boleh menjadi pintu ke Neraka sekiranya ia makin menjauhkan kita dengan-Nya.
Jadi penuhilah tuntutan agama untuk berjihad dengan sebenar-benar jihad. Jihad itu bukannya dengan menawarkan diri untuk menjadi suicide bomber. Kita lihat kebangkitan Islam di zaman Rasulullah S.A.W. bermula dengan pembinaan akidah, bukan terus memerangi orang kafir Quraisy. Zaman sekarang ini lebih teruk lagi dari zaman Jahiliyah. Orang Jahiliahsekurang-kurangnya ada pedoman hidup juga dari ‘Tuhan’ mereka (yang dipanggil Latta dan Uzza) tapi sekarang ramai orang tidak bertuhan. Orang Jahiliyah bunuh anak perempuan kerana peraturan dalam bangsa mereka, orang sekarang bunuh anak sebab hasil zina. Orang Jahiliyah kuat ikatan kekeluargaannya mengikut kabilah-kabilah tertentu. Orang sekarang, mak bapak pun di buat musuh.
Akhir zaman, itu satu. Tapi selagi dunia belum kiamat, kita tak boleh tunggu aje. Ingat kiamat itu datang esok ke? Kita kene buat sesuatu sebelum semua yang kita makan /pakai/guna adalah ‘agenda Yahudi’.

Friday, February 8, 2013

Berniaga cara Saidina Abdul Rahman bin Auf

Sumber: Dunia Muslim


Abdul Rahman bin Auf merupakan salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang hartawan namun tetap zuhud. Beliau telah banyak  membelanjakan harta kekayaannya ke jalan agama. Beliau adalah seorang usahawan yang termasyhur ketika itu (seorang bilionair jika dibandingkan dengan zaman sekarang). Abdul Rahman bin Auf juga adalah seorang saudagar dan usahawan termasyur yang telah dijanjikan syurga. Beliau sangat banyak menyumbangkan hartanya pada jalan Allah. Apabila diminta untuk menderma, pasti tidak akan ditolaknya.
Berikut adalah tips perniagaan yang boleh kita ambil dari seorang korporat Islam yang amat tersohor dalam bidang perniagaan iaitu Saidina Abdul Rahman Bin Auf:
Sikit, tapi untung
Salah satu perniagaan yang dijalankan oleh beliau adalah perniagaan unta. Beliau berjaya mendominasi perniagaan unta ini yang sebelum itu telah pun didominasi oleh kaum Yahudi. Persoalannya, bagaimana Abdul Rahman bin Auf mampu mematahkan strategi kaum Yahudi?
Konsepnya mudah, untung sedikit tetapi dalam kuantiti yang banyak. Setibanya Saidina Abdul Rahman berhijrah dari Mekah ke Madinah, beliau ditawarkan oleh seorang saudaranya yang baru sama ada mahu memiliki kekayaan atau isterinya, namun beliau lantas memilih agar ditunjukkan sahaja di mana letaknya pasar.
Dari situ, beliau memulakan perniagaan menjual unta. Harga unta yang dijual hanya 1000 dirham (tiada untung kerana harga kos unta adalah 1000 dirham juga!).  Beliau hanya mengambil untung atas jualan tali yang mengikat unta tersebut! Bayangkan beliau dapat menjual 1000 ekor unta dalam masa sehari sahaja.
Beliau langsung tidak mengambil keuntungan dengan hasil jualan unta, namun apabila ditanya kepada beliau, beliau menjawab:
Keuntungan tidak diambil dari hasil penjualan unta. Unta dijual pada harga kos. Tetapi, keuntungan diambil dari menjual “tali pengikat unta”.
Dari situlah datangnya keuntungan beliau berniaga. Tali-tali yang dijual adalah cantik dan bermacam- macam warna. Jarang orang lain yang berniaga unta dapat menandingi kelebihan beliau berniaga.

Sebenarnya, pada zaman ini ramai peniaga-peniaga yang menggunakan strategi ini, lebih-lebih lagi peniaga yang mempunyai modal pusingan yang besar.
Ramai peniaga-peniaga terutamanya kedai-kedai borong yang menjual pada harga rendah bagi barangan yang biasa dibeli pengguna, namun secara ‘tersembunyi’ menaikkan harga bagi sesetengah barangan mereka.
Pembeli yang sudah ‘kerasukan’ membeli barangan mereka pasti akan tidak sedar bahawa sesetengah barangan mahal pula harganya, namun tetap berbelanja dengan alasan ‘malas’ untuk pergi ke kedai lain.
Strategi ini jarang sekali dilakukan oleh para peniaga. Tidak ramai yang berani mengambil risiko ini kerana jika tersilap langkah, kerugian besar yang menanti peniaga.
Selain itu, Saidina Abdul Rahman bin Auf pernah ditanya tentang apakah strategi perniagaannya yang lain sehinggakan menjadi hartawan yang terkemuka pada zaman itu?
Syukur Walau Untung Sedikit
“Aku tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit.”
Frasa di atas sangat memberikan kesan yang positif bagi para usahawan dalam mengatur strategi perniagaan. Jangan sesekali ambil mudah soal keuntungan yang bakal diambil dari pembeli, dan jangan pula mengambil mudah soal halal dan haram dalam perniagaan.
Sebagai contoh, sekiranya kita mempunyai kos tanggungan seperti kos penghantaran, kita harus bijak mengira kos supayakeuntungan dapat ditampung walaupun kos penghantaran produk biasanya tidaklah seberapa. Dari segi halal haramnya, jangan pula ada unsur-unsur riba dalam menguruskan perniagaan.
Jangan Seksa Pelanggan
“Aku tidak pernah melambatkan penjualan barangan daripada yang meminta.”
Sekiranya ada permintaan, beliau akan sedaya upaya mendapatkan barangan yang diminta oleh pelanggan. Strategi ini boleh diaplikasikan dalam perniagaan yang dijalankan. Ada segelintir usahawan yang bersikap ‘malas’ dan mengambil mudah perkara ini.
Sekiranya pelanggan bertanyakan tentang sesuatu barangan, peniaga hanya membiarkan pelanggan berlalu pergi dengan menyatakan, “Barang yang diingini tidak dijual disini”.
Peniaga yang bijak tidak akan mudah ‘melepaskan’ pelanggan seperti ini, sebaliknya akan berusaha sedaya upaya mendapatkan bekalan barangan yang diminta dari jaringan rakan-rakan perniagaannya yang lain.
Sila Bayar Tunai
“Aku tidak menjual secara tangguhan bayaran.”
Abdul Rahman bin Auf tidak mengamalkan cara tangguhan bayaran yang rata-rata ramai dikalangan para peniaga yang mengamalkan teknik ini. Beliau menjalankan urusniaga dalam bentuk tunai.
Sebenarnya dengan mempercepatkan bayaran, peniaga akan mendapat pusingan modal dengan lebih cepat, dan mudah untuk digunakan bagi membeli barangan yang baru untuk dijual.
Seterusnya timbul pula persoalan mengapa Pasar Ansar kepunyaan Rasulullah SAW di Madinah mencipta sejarah menang besar dalam persaingan perniagaan dengan peniaga yahudi atau orang bukan Islam Madinah?
Rahsianya penting yang harus peniaga Islam ketahui ialah setiap malam yang sepi waktu dinihari, para pelaksana perniagaan diketuai oleh Saidina Abdul Rahman bin ‘Auf r.a. sendiri akan bermunajat kepada Allah dan Rasul, untuk menyokong dan memberi kerjasama dalam perniagaan mereka.
Mereka semua melakukan solat hajat, berdoa, taubat, zikir wirid, membaca Al-Quran, selawat dan lain-lain ibadah sampingan demi mendapatkan Tuhan sebagai penolong dan pemimpin. Maka jatuhlah ke hati mereka mukjizat Rasulullah SAW mengajarkan bagaimana perniagaan menurut Islam atau cara berniaga yang disuruh Allah SWT.
Mereka akhirnya dapat menawan hati penduduk kota Madinah. Para penduduk mula beralih daripada peniaga yahudi kepada peniaga pimpinan Abdul Rahman bin auf r.a. Beliau memupukkan rasa kasih sayang sesama peniaga dan para pelanggan.
Rindu untuk duduk bersama Rasul dan para sahabat membuatkan orang Madinah akhirnya berpusu-pusu membeli di Pasar Ansar. Maka akhirnya peniaga yahudi mula meninggalkan kota Madinah.
Begitulah kehebatan strategi perniagaan yang diamalkan Abdul Rahman bin Auf yang harus dijadikan contoh kepada kita lebih-lebih lagi sebagai peniaga. Hamka amat tertarik dengan jawapan yang telah diberikan oleh Abdul Rahman bin Auf.
Jika ada yang bertanya tentang rahsia perniagaannya, Abdul Rahman bin Auf menjawab;
“Aku tidak menjual barang-barang cacat, aku merasa cukup dengan untung yang sedikit kerana aku tahu Allah memberkati..”
Kehebatan beliau dalam perniagaan tidak dapat disangkal lagi. Sejarah pernah merekodkan bahawa beliau pernah menjual seribu ekor unta dalam masa sehari sahaja. Beliau menjualnya dengan harga yang murah, beliau hanya mengambil untung atas tali yang mengikat unta sahaja
 Usaha secara berterusan
Kita lihat kekuatan jiwa yang dimiliki oleh Saidina Abdul Rahman dalam berniaga. Dalam peristiwa Hijrah, beliau sanggup tinggalkan kekayaan semata-mata menyahut seruan Hijrah. Namun, beliau cepat-cepat berusaha mengubah nasib diri setibanya di Madinah berbekalkan modal yang ada. Kita juga harus bersikap sedemikian, jangan mudah mengalah jika bankrup atau gulung tikar.
Keyakinan yang jitu kepada Allah
Orang beriman dan bertakwa yang kaya adalah mereka yang senantiasa memiliki keyakinan bahawa segala usaha yang mereka kerjakan pasti mendapat keberhasilan tidak kira cepat atau lambat, sedikit atau banyaknya untung.
Kesimpulan ringkas yang dapat dibuat daripada strategi perniagaan Abdul Rahman bin Auf:
  1. Jangan menolak rezeki walaupun sedikit. Adakalanya kita terpaksa menurunkan keuntungan perniagaan kita. Dengan itu, keuntungan masih kita perolehi. Rezeki masih menyebelahi kita walaupun sedikit.
  2. Percepatkan segala urusan jual beli. Percepatkan segala layanan pelanggan. Terbukti dari zaman dahulu sehingga kini, kelajuan dan kepantasan menangani masalah dan pelanggan dalam perniagaan akan memberi pulangan yang tinggi. Pelanggan pula akan suka kepada peniaga sebegini. Dengan memudahkan urusan pelanggan, besar kemungkinan pelanggan akan melanggan buat kali kedua dan seterusnya.
  3. Urus niaga haruslah dijalankan dalam tunai sahaja. Di mana ia akan menguntungkan kedua belah pihak samada pelanggan mahupun peniaga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...