Kebaikan Oat
Apakah oat?
Oat adalah tanaman bijirin yang tahan lasak dalam keadaan tanah yang tidak subur dan cuaca yang buruk, tidak seperti tanaman lain. Bila dituai, sekam keras daripada oat perlulah dibuang sebelum ianya boleh dijual sebagai oat sepenuhnya, samada oat yang telah diproses atau berbiji. Selain sumber protein, oat tinggi kandungan mineral penting (mangan, selenium dan magnesium (yang merangsang penyerapan kalsium), Serat dan Vitamin B1 menjadikannya makanan tambahan yang baik untuk diet seharian. Oat bukan sahaja bagus untuk jantung kerana kandungan fibernya, tetapi juga sebagai pelindung yang bagus untuk saluran penghadaman. Oleh kerana semua nutrien penting terkandung di dalamnya, oat dikira penting untuk kesihatan secara keseluruhannya.
Manfaat Oat
Kerap makan oat boleh membantu menurunkan kadar kolesterol di dalam darah anda. Oat mengandungi Beta Glukan yang merupakan serat larut yang membantu menyerap kolesterol daripada badan semasa penghadaman. Kandungan karbohidratnya digelar "Frukto-oligosakarida" mampu merangsang pertumbuhan bakteria baik yang penting untuk merangsang kesihatan usus.
Dengan jantung dan saluran penghadaman yang dijaga dengan baik, kita mengambil langkah yang lebih sihat berbanding mereka yang mengambil kurang bijirin penuh. Oat boleh dinikmati di dalam pelbagai cara, tetapi cara yang lebih mudah adalah dengan menikmati biskut Jacob's Oatmeal, yang penuh dengan kebaikan oat.
Tahukah Anda?
- Makanan yang berserat tinggi ini juga merangsang pengeluran air liur, yang memudahkan kita menguyah dan lebih mudah dihadam selain membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan.
- Mengamalkan pemakanan oat secara tetap dapat menurun dan memperbaiki tahap kolesterol ke tahap yang lebih baik.
- Bagi penghidap diabetis, oat membantu mengatur kadar gula dalam darah. Hasil penelitian yang tercantum pada Asia Pacific Journal of Clinical Nutrition menunjukkan bahwa beta-glucan pada oat dapat membantu mencegah terjadinya peningkatan kadar gula darah secara drastis pada penhidap diabetes.
- Pengambilan oat di dalam menu harian juga mampu memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Sekaligus mengurangkan pengambilan makanan harian dan menurunkan berat badan.
- Oat juga mampu mengurangkan kadar tekanan(hypertension) mereka yang mempunyai kadar kolesterol yang tinggi.
- Oat juga sesuai dijadikan makanan pepejal permulaan untuk bayi.
- Pemakanan oat dan barli juga akan merangsang sistem imuniti badan.

















