Showing posts with label susu kanak-kanak. Show all posts
Showing posts with label susu kanak-kanak. Show all posts

Thursday, May 4, 2017

Susu Puremil TIADA GULA

Jika dikatakan tiada gula langsung, itu tidak adil namanya kerana di dalam istilah pemakanan, LAKTOSA yang terdapat di dalam susu merupakan salah satu daripada kategori gula. Bukan susu namanya kalau tiada LAKTOSA.

Kategori gula (ataupun gula ringkas);
i) Glukosa (sumber karbohidrat seperti nasi)
ii) Laktosa (sumber drp susu, laktosa ini yang memberikan rasa susu dan manis susu)
iii) Fruktosa (sumber buah-buahan)
iv) Sukrosa (sumber gula tebu, ataupun gula putih yang semua orang guna untuk bancuh air teh kat rumah tu)

Mana satu gula yang tak elok? Gula yang dekat rumah tu tak elok. Tu namanya gula SUKROSA. Antara penyumbang terbesar kepada masalah DIE BETIS (sudah tentu), GO OUT, OBESITI dan DARAH TINGGI.

Sekali lagi Susu Puremil tiada gula sukrosa.

Tulisan ini bukan untuk menakutkan, tetapi untuk beri kesedaran bahayanya gula putih sukrosa yang berada di dalam susu kanak2. Kan sekarang ni ada iklan di tv pasal GULA TAMBAHAN

Masalah bagi kanak2 pula boleh menyebabkan hyperactive kerana mereka mendapat lebihan tenaga sehingga anda sendiri tidak boleh duduk diam melayan karenah anak.

Susu tanpa laktosa?

Ya ada susu tanpa laktosa. Umumnya susu soya. Susu kategori ini adalah untuk kanak-kanak yang ada masalah “lactose intolerant”.

Saturday, April 29, 2017

Salah faham GULA TAMBAHAN di dalam susu

Di dalam susu sememangnya sudah ada gula iaitu gula laktosa. Sama seperti di dalam buah ada gula fruktosa.

Gula tambahan di dalam susu merujuk kepada gula yang selain daripada gula laktosa. Contoh gula tambahan ialah:

Gula halus (gula sukrosa)
Stevia
Gula tiruan (aspartame)
Sucralose
Glucose


Anda ibu bapa prihatin?

Semak kandungan bahan pada kotak susu.
Jangan lupa untuk semak kandungan protein sekali

Dengan mengetahui nilai kandungan protein yang terdapat di dalam susu, kita boleh tahu berapa banyak sebenarnya susu asli yang terdapat di dalam susu tersebut. Kalau susu tersebut tidak asli, apakah agaknya bahan tersebut?

Wednesday, April 12, 2017

Susu yang dibiarkan semalaman dengan bancuhan skop dan air yang sama


Susu Kambing jenama Y
Susu Kambing Asli
Susu Lembu Puremil
Susu Lembu jenama X


Sifat semulajadi susu mengental (seperti dadih) apabila dibiarkan semalaman, atau dimasukkan bahan berasid seperti cuka atau lemon (mengental dengan segera)

Thursday, March 23, 2017

Apa terjadi bila susu dididihkan?


Anda boleh cuba dan buat sendiri di rumah.

1. Bila susu asli dididihkan akan terdapat satu lapisan nipis seperti plastik berada di permukaan susu. Lapisan ini dipanggil filem.

2. Tempoh masa dididihkan lebih lama, air susu menggelegak dan berbuih atau meruap sehingga boleh terkeluar daripada periuk.

Keputusan di atas menunjukkan susu tepung tersebut adalah susu sebenar/susu asli (susu lembu/susu kambing)

Kalau susu yang dididihkan tidak meruap, sila periksa kandungan protein susu tersebut. Lihat fakta nutrisi pada kotak seperti yang kami beritahu dalam artikel sebelum ini.

Tuesday, March 7, 2017

Video ujian ringkas dalam mengenalpasti tindakbalas susu asli, krimer, maltodextrin, whey protein dan susu tidak asli yang dibiarkan semalaman


Video ujian ringkas dalam mengenalpasti tindakbalas susu asli, krimer, maltodextrin, whey protein dan susu tiruan yang dibiarkan semalaman.

Hasil :
Susu asli akan membentuk seperti dadih dan berbau masam serta melekat pada bekas.

Ada juga susu tiruan yang membentuk seperti dadih apabila kandungannya mengandungi tepung dadih. Macamana nak kenalpasti? Lihat pada label kandungan susu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...