Friday, January 4, 2013

FALSAFAH PEMAKANAN ISLAM

Islam merupakan agama yang syumul (menyeluruh). Ia mengajar umatnya dalam segala aspek kehidupan samada di dunia mahupun di akhirat. Dalam hal pemakanan, Islam telah menggariskan beberapa etika yang perlu diamalkan oleh umat manusia seperti berikut: 

Makan Apabila Lapar Dan Berhenti Sebelum Kenyang 
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan kecuali apabila lapar dan apabila kami makan tidak sampai terlalu kenyang” (Hadith Riwayat Abu Dawud). 

Memilih Makanan Yang Halal Lagi Baik 
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Hak anak ke atas bapa ialah bapa itu hendaklah memberi nama yang elok, mengasuhnya dengan budi pekerti yang baik, mengajarnya menulis, berenang dan memanah. Janganlah berikan kepadanya rezeki selain yang baik (halal) dan hendaklah mengahwinkannya apabila telah layak berkahwin" (Hadith Riwayat Hakim). 

Membaca Bismillah, Ambil Dengan Tangan Kanan & Makanan Yang Terdekat 
Sabda Rasulullah S.A.W.: “Bacalah Bismillah (jika kamu hendak makan), dan makanlah dengan tangan kananmu, dan ambillah makanan yang terdekat” (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim). 

Menghormati Orang Lain 
Diriwayatkan oleh al-Baihaqi, sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Jikalau seseorang daripada kamu makan bersama-sama dengan orang ramai dan sudah berasa kenyang, maka janganlah kamu mengangkat tangan (berhenti dahulu), sehingga orang ramai sama berhenti (iaitu berhenti makan bersama-sama), ini kerana jika kamu berhenti dahulu sebelum orang lain, hal itu dapat memalukan kawanmu". 

Tidak Membazir 
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan" (Surah al-A'raaf, 7:31). Maksud berlebih-lebihan di sini ialah janganlah melampaui batas dalam mengambil makanan. Makanan perlu diambil berdasarkan keperluan tubuh badan dan dipastikan ianya adalah halal.

Sumber: KOEDAR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...