Abdur Rahman Bin Auf atau nama sebenar beliau Abu Amr merupakan seorang sahabat Rasulullah S.A.W (selawat ke atas baginda) yang dijamin syurga.
Abdur Rahman merupakan lambang kejayaan umat Islam di dalam bidang urusniaga dan perdagangan terutama ketika bidang ekonomi ketika itu dimonopoli oleh orang Yahudi.
Antara sumbangan Abdur Rahman Bin Auf:
1. Menyumbangkan barang-barang keperluan yang dimuatkan di atas 700 ekor unta penduduk Madinah.
2. Menjual tanahnya dengan harga 40,000 dinar dan membahagikan harta tersebut kapada kaumnya Bani Zuhrah, isteri-isteri nabi dan fakir miskin.
3. Memberi sumbangan 200 tahil emas, 500 ekor kuda perang dan dan 1500 ekor unta tunggangan Perang Tabuk iaitu sebanyak
4. Menyedekahkan 400 dinar kepada setiap bekas tentera Perang Badar yang masih hidup iaitu seramai 100 orang.
Di dalam buku Rahsia Jutawan Islam Abdul Rahman Bin Auf terbitan PTS, beliau dianggarkan memiliki kekayaan bernilai RM 107 juta!
Strategi bisnes kencang gaya Abdul Rahman Bin Auf:
1. Jual unta harga kos.
2. Syukur walau untung sedikit.
3. Jangan seksa pelanggan
4. Bayar secara tunai.
Baca lanjut huraian setiap poin di atas dengan membaca artikel di bawah.
Dia lah (Allah) Yang menjadikan untuk kamu Segala Yang ada di bumi, (al-Baqarah : 29)
Ia termasuk dalam keluarga mamalia dari spesies Artiodactyla. Ia hidup di semua benua kecuali Antartika. Terdapat beberapa baka ternakan babi dalam dunia, antaranya; Baka Berkshire, Baka Duroc, Baka Hampshire dan Baka Yorkshire atau Large White.
Dari segi linguistik dalam bahasa Melayu disebut babi dan ia dikatakan salah satu daripada tiga kosa kata asli Bahasa Melayu babi, padi, besi. Perkataan lain Bahasa Melayu merupakan kata-kata pinjaman dari Bahasa Arab yang pernah dipopularkan satu masa ialah khinzir.
Anak babi disebut nangoi. Babi hutan disebut juga babi baran.Tetapi babi alu ialah sebutan lain bagi tenuk. Ia tidak termasuk haiwan najis seperti babi laut.
Dalam bahasa Arab mufradnya (singular-kata tunggal ) disebut Khinzir manakala jamaknya (plural- kata jamak ) Khanazir. Dalam bahasa Inggeris pada umumnya disebut pig atau swine . Bahasa saintifiknya Suidae Babi betina dewasa disebut sow manakala yang jantan disebut boar.
Wild boar pula bermaksud babi hutan. Anak babi disebut piglet, manakala daging babi disebut pork. Bacon ialah bahagian daging yang banyak daripada belakang atau sisinya yang digaramkan atau kadang-kadang diperasap. Lard bermaksud lemak babi. Bulunya dipanggil bristle.
DALIL-DALIL TENTANG BABI DALAM AL-QURAN
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang Yang disembelih tidak kerana Allah. (al-Baqarah : 173)
Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang Yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatangbinatang Yang disembelih kerana Yang lain dari Allah, dan Yang mati tercekik, dan Yang mati dipukul, dan Yang mati jatuh dari tempat Yang tinggi, dan Yang mati ditanduk, dan Yang mati dimakan binatang buas, kecuali Yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan Yang disembelih atas nama berhala;
(al-Maidah : 3)
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang Yang disembelih tidak kerana Allah. (an-Nahl: 115)
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku tidak dapati Dalam apa Yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu Yang diharamkan bagi orang Yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah Yang mengalir, atau daging babi - kerana Sesungguhnya ia adalah kotor - atau sesuatu Yang dilakukan secara fasik, Iaitu binatang Yang disembelih atas nama Yang lain dari Allah". kemudian sesiapa Yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka Sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-An'am : 145)
DALIL TENTANG BABI DALAM AL-HADIS
Hadis Jabir bin Abdullah r.a: Ketika pembukaan Kota Mekah, beliau mendengar Rasulullah s.a.w yang ketika itu berada di Mekah bersabda: Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya telah mengharamkan penjualan arak, bangkai, babi dan berhala. Kemudian baginda ditanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana dengan lemak bangkai yang digunakan untuk mengecat perahu, untuk dilumurkan di kulit supaya berminyak dan untuk menyalakan lampu? Baginda menjawab: Tidak boleh. Ianya tetap haram. Lalu baginda meneruskan kata-kata: Semoga Allah membinasakan orang-orang Yahudi. Sesungguhnya Allah s.w.t ketika mengharamkan lemak bangkai kepada mereka, mereka beralasan lalu menjualnya dan memakan hasil penjualan tersebut ( HR Muslim )
HUKUM DAGING BABI
Babi adalah satu-satunya haiwan dari spesies mamalia artiodactyla yang satu keluarga dengan haiwan domestik lainnya ( haiwan ternakan ) seperti unta, lembu, kambing dan kerbau yang dnyatakan dengan jelas oleh Allah SWT tentang hukum memakan dagingnya. Kesemua dalil daripada al-Quran seperti yang telah disebutkan di atas menerangkan bahawa lahm al-Khinzir atau daging babi itu diharamkan untuk kita umat Islam.
Berdasarkan nas ini, jumhur ulama menghukumkan semua yang ada pada babi itu, atau daripada keturunannya adalah haram dimakan termasuklah tulangnya, lemaknya, jeroannya dan lain-lain. Demikian pendapat keempat-empat imam mazhab yang masyhur, Hanafi, Maliki, Syafi'I dan Hanbali. Demikian juga menurut mazhab Ja’fariah ( Syiah ) dan Ibadhiah.
Namun, di sana ada pandangan yang syaz (ganjil) daripada sesetengah golongan al-Zahiriah yang berpendapat bahawa yang diharamkan hanya daging babi, bukan lemaknya kerana Allah secara khusus dalam ayat-ayat terzsebut menyatakan lahm al-Khinzir. Walaupun begitu, salah seorang pemuka mazhab al-Zahiri iaitu al-Imam Abu Muhammad bin Said bin Hazm al-Andalusi menganggap babi itu najis samada seluruh atau sebahagian. Dengan erti kata lain beliau juga bersetuju dengan jumhur bahawa apa sahaja daripada babi adalah haram.
Al-Imam Qurtubi dalam tafsirnya ketika mentafsirkan ayat ini, mengatakan, "Tiada perselisihan pendapat bahawa tubuh babi dan segala sudut daripadanya adalah haram." Demikian susunya dan apa sahaja Keturunan daripadanya. Samada disembelih atau tidak. Demikianlah pendapat jumhur ulama.
HUKUM KENAJISAN BABI
Di dalam al-Quran, Allah SWT menyatakan tentang hukum haramnya memakan daging babi sebagaimana dalam surah al-Baqarah: 173, al-Maidah : 3, al-An'am : 145, dan al-Nahl : 115. Hanya ayat 145 surah al-An'am sahaja yang menjelaskan bahawa ia adalah haiwan yang kotor. Firman Allah SWT dalam ayat tersebut ;
.. atau daging babi - kerana Sesungguhnya ia adalah ’rijsun’ - (al-An'am : 145.)
Perkataan al-rijsu bermaksud; Kekotoran, benda-benda yang kotor, perlakuan yang buruk, perkara yang
haram, laknat, kekufuran, siksaan, godaan (syaitan). Rijsun ialah perkara keji yang dijauhkan oleh akal yang sihat. Al-Zajjaj mengatakan al-rijsu ialah nama bagi segala yang dianggap kotor dan buruk.Maka segala sesuatu yang berbau busuk, tahi dan segala kekotoran disebut rijsun kerana semuanya adalah kotor dan najis. Kata Imam Tabari dalam Tafsirnya, ianya (babi) itu qazrun ( kotor) dan najasatun ( najis ).
Dalam Al-Fiqh wa Adillatuh, Dr.wahbah Zuhaili menyatakan kesepakatan para fuqaha tentang kenajisan daging babi walaupun disembelih mengikut syara' tetap najis, demikian bulu, tulang dan kulitnya walaupun kulitnya disamak.
Abdul Rahman Al-Jaziri dalam Kitabul Fiqh 'Ala Mazahibil-Arba'ah telah menukilkan pandangan keempat-empat Imam dalam masalah ini. Menurut Syafi'iah dan Hanabilah babi dan apa yang lahir daripadanya walaupun hasil kacukan dengan haiwan lain yang halal adalah najis. Demikian juga menurut pandangan al-Hanafiah. Dengan ini bermaksud kulit babi dan keturunannya tetap najis walaupun disamak.
Manakala menurut Malikiyah babi dan apa yang lahir daripadanya semasa hidup adalah suci keseluruhannya. Namun kulitnya tidak suci. Muhammad Jawad Mughniyah dalam kitabnya al-Fiqhu 'ala Mazahib al-Khamsah menukilkan pandangan Mazhab Ja'fariyah iaitu fikah pegangan Syiah Imamiah yang juga memandang najis pada babi.
Pemuka Mazhab Zahiri, al-Imam Abu Muhammad bin Said bin Hazm al-Andalusi dalam kitabnya al-Muhalla menyatakan, Babi adalah najis pada dirinya dan keseluruhannya adalah najis dan najis wajib dijauhi.Walau bagaimanapun beliau menyatakan kulit babi suci dengan disamak berdasarkan keumuman hadis Rasulallah
SAW tentang sucinya kulit bangkai dengan disamak. Demikian pendapat al-Syaukani dan sebahagian Malikiah menganggap boleh diguna setelah melalui proses dibagh (samak).
Abu Hanifah dan Malik membenarkan penggunaan bulu babi sebagai tali manik / butang, manakala Syafe’i melarang sedangkan Ahmad memakruhkannya. Menurut pendapat yang zahir dalam mazhab Syafi’i, najis babi dipanggil najis mughallazah, iaitu najis berat. Cara menyucikan najis tersebut adalah khusus.
PERANGAI BABI MEMPENGARUHI PERANGAI MANUSIA?
Satu masa ketika Imam Muhammad Abduh mengunjungi Perancis. Mereka bertanya kepadanya mengenai rahsia diharamkannya babi dalam Islam. Tanya mereka, "Kalian (umat Islam) mengatakan bahwa babi haram, karena ia memakan sampah yang mengandung cacing pita, mikrob-mikrob dan bakteria-bakteria lainnya. Hal itu sekarang ini sudah tidak ada. Karena babi diternak dalam peternakan modern, dengan
kebersihan terjamin, dan proses sterilisasi yang mencukupi. Bagaimana mungkin babi-babi itu terjangkit cacing pita atau bakteria dan mikrob lainnya.?"
Imam Muhammad Abduh tidak langsung menjawab pertanyaan itu, dan dengan kecerdikannya beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor ayam jantan beserta satu ayam betina, dan dua ekor babi jantan beserta satu babi betina. Mengetahui hal itu, mereka bertanya, "Untuk apa semua ini?" Beliau menjawab, "Penuhi apa yang saya pinta, maka akan saya perlihatkan suatu rahsia."
Mereka memenuhi apa yang beliau pinta. Kemudian beliau memerintahkan agar dilepaskan dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina dalam satu kandang. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling membunuh, untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri, hingga salah satu dari keduanya hampir tewas. Beliau lalu memerintahkan agar mengurung kedua ayam tersebut.
Kemudian beliau memerintahkan mereka untuk melepaskan dua ekor babijantan bersama dengan satu babi betina. Kali ini mereka menyaksikan keanehan. Babi jantan yang satu membantu temannya sesama jantan untuk melaksanakan hajat seksualnya, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri atau keinginan untuk menjaga babi betina dari temannya.
Selanjutnya beliau berkata, "Saudara-saudara, daging babi membunuh 'ghirah' orang yang memakannya. Itulah yang terjadi pada kalian. Seorang lelaki dari kalian melihat isterinya bersama lelaki lain, dan membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan seorang bapak di antara kalian melihat anak perempuannya bersama lelaki asing, dan kalian membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan was-was, karena daging babi itu menularkan sifat-sifatnya pada orang yang memakannya."
Kemudian beliau memberikan contoh yang baik sekali dalam syariat Islam. Iaitu Islam mengharamkan beberapa jenis ternak dan unggas yang berkeliaran di sekitar kita, yang memakan kotorannya sendiri. Syariah memerintahkan bagi orang yang ingin menyembelih ayam, itik atau angsa yang memakan kotorannya sendiri agar mengurungnya selama tiga hari, memberinya makan dan memperhatikan apa yang ditelan oleh haiwan itu. Hinggalah perutnya bersih dari kotoran-kotoran yang mengandung bakteria dan mikrob. Karena penyakit ini akan berpindah kepada manusia, tanpa diketahui dan dirasakan oleh orang yang memakannya. Itulah hukum Allah, seperti itulah hikmah Allah.
Diriwayatkan oleh Jabir, Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan Muawiyah, Rasulullah pernah bersabda "Air zam zam itu diminum mengikut apa yang diniatkan dan dikehendaki".
Diriwayatkan juga Rasulullah meminum air zam zam dan tangan baginda yang mulia dan penuh barakah dicelupkan ke dalam perigi air zam zam.
Al-Munawa (ahli ilmuan) berkata "Air zam zam adalah penghulu segala air, air yang paling mulia, berharga dan disukai".
Air zam zam mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan berbanding air lain. Perkara ini diakui oleh banyak kajian saintifik, termasuk sarjana Barat.
Air zam-zam mempunyai banyak khasiat dan kelebihan seperti sabda Nabi muhammad S.A.W. bermaksud: "Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zam-zam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit".
Dari Abu Hurairah r.a katanya: "Yang disebut orang miskin itu bukanlah peminta-peminta yang diberi orang satu atau dua buji kurma atau sesuap atau dua suap makanan. Tetapi sesungguhnya orang miskin itu ialah orang yang tahu menjaga diri (dari meminta-minta). Jika kamu mahu bacalah firman Allah SWT "…. mereka tidak meminta-minta kepada orang ramai dengan mendesak-desak …”(al-Baqarah:273) (Muslim)
Huraian:
Setiap insan di dunia ini bercita-cita untuk menjadi kaya raya. Dalam Islam seseorang itu tidak dianggap kaya hanya dengan memiliki harta yang banyak, tetapi kaya yang sebenar di samping ia mempunyai harta ialah bila memiliki jiwa dan hati yang jauh lebih mulia dari hartanya itu.
Orang yang miskin tetapi kaya maruah tidak bergantung harap dan belas kasihan daripada orang lain. Sekalipun tidak berharta ia tidak menunjukkan kelemahan dan kekurangannya itu dengan cara mendesak, meminta-minta sedekah daripada orang lain tetapi berusaha memperbaiki nasib dirinya dengan segala tenaga dan upaya, melakukan sebarang pekerjaan yang halal untuk mencari rezeki. Al-Quran ada menyebutkan sebagaimana yang disebutkan dalam hadith di atas maksudnya:
"(Pemberian sedekah itu adalah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam) yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka; orang kaya-oleh orang yang mengetahui halnya kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta,. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. Dan (ketahuilah) apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya." (al-Baqarah: 273)
Islam amat membenci kemiskinan kerana ia boleh membawa kepada kekufuran. Malah bagi sebuah negara yang kaya, maju dan membangun rakyatnya harus dididik untuk menabur kebajikan, sebagai tempat si kaya berbudi, si miskin dirai dan dibantu bukan tempat di mana kesenangan hanya berkisar pada si kaya manakala si miskin terus merana.
Islam merupakan agama yang syumul (menyeluruh). Ia mengajar umatnya dalam segala aspek kehidupan samada di dunia mahupun di akhirat. Dalam hal pemakanan, Islam telah menggariskan beberapa etika yang perlu diamalkan oleh umat manusia seperti berikut:
Makan Apabila Lapar Dan Berhenti Sebelum Kenyang
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan kecuali apabila lapar dan apabila kami makan tidak sampai terlalu kenyang” (Hadith Riwayat Abu Dawud).
Memilih Makanan Yang Halal Lagi Baik
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Hak anak ke atas bapa ialah bapa itu hendaklah memberi nama yang elok, mengasuhnya dengan budi pekerti yang baik, mengajarnya menulis, berenang dan memanah. Janganlah berikan kepadanya rezeki selain yang baik (halal) dan hendaklah mengahwinkannya apabila telah layak berkahwin" (Hadith Riwayat Hakim).
Membaca Bismillah, Ambil Dengan Tangan Kanan & Makanan Yang Terdekat
Sabda Rasulullah S.A.W.: “Bacalah Bismillah (jika kamu hendak makan), dan makanlah dengan tangan kananmu, dan ambillah makanan yang terdekat” (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim).
Menghormati Orang Lain
Diriwayatkan oleh al-Baihaqi, sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Jikalau seseorang daripada kamu makan bersama-sama dengan orang ramai dan sudah berasa kenyang, maka janganlah kamu mengangkat tangan (berhenti dahulu), sehingga orang ramai sama berhenti (iaitu berhenti makan bersama-sama), ini kerana jika kamu berhenti dahulu sebelum orang lain, hal itu dapat memalukan kawanmu".
Tidak Membazir
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan" (Surah al-A'raaf, 7:31). Maksud berlebih-lebihan di sini ialah janganlah melampaui batas dalam mengambil makanan. Makanan perlu diambil berdasarkan keperluan tubuh badan dan dipastikan ianya adalah halal.
Apa Kata Ibubapa Yang Telah Menukar Susu Anak Mereka Kepada Susu HALIB’S?
Testimoni 1 – Ibu Haziq (Sg. Petani)
Anak saya, Haziq mengalami masalah kerap batuk dan selsema apabila minum ais. Tetapi setelah meminum Susu Halib’s, Alhamdulillah Haziq kini boleh minum ais tanpa batuk dan selsema. Dia juga amat gemar rasa Susu Halib’s yang sedap. Saya juga sebagai ibu amat mengharapkan anak saya mendapat susu yang berkhasiat dan juga terbaik untuk anak saya.
Setelah diperkenalkan dan diterangkan tentang khasiat susu Halib’s yang dihasilkan melalui Amalan Pengilangan Islam, saya semakin yakin dan terus mencuba. Alhamdulillah, saya amat berpuas hati kerana anak saya semakin sihat dan cergas. Susu ini bukan sahaja sesuai untuk anak-anak saya tapi saya dan suami juga turut meminumnya. Saya syorkan kepada semua bertukarlah kepada susu Halib’s...