Showing posts with label Sunnah. Show all posts
Showing posts with label Sunnah. Show all posts

Monday, September 8, 2014

Testimoni Suffy Goat

Pn Ila, Perak

"Salam, anak sy fully bf dah umur setahun 6bulan. Tidak suka pada susu formula. Saya ambil Suffy Goat utk diri sendiri kerana perlukan nutrien bagi meneruskan penyusuan anak sehingga 2 tahun. Alhamdulillah rezeki susu anak sentiasa cukup. Saya nak kongsi pasal anak saya yang tiba2 demam selsema selama seminggu kerana perubahan cuaca. Kahak dan batuk juga selsema tak hilang-hilang. Saya pun cuba beri Suffy Goat tp abahnya yg bagi. Minum pula dia bila demam. Saya bagi taknak minum. Habis segelas Suffy Goat. Dalam setengah jam lepas tu tiba2 dia muntah. Keluar lendir kahak panjang2. Alhamdulillah lepas muntah tu suhu badan dia pun turun, dah tak batuk lagi. Selsema pun kering. Alhamdulillah Allah sembuhkan selepas beri Suffy Goat. Syukur.. :)"



Pn Ida, Kulim

"Salam dik, alhamdulillah akak bagi Suffy Goat pada anak akk yg abang tu ada masalah alergik, gatal-gatal pada mata, alah dengan habuk. Bila balik sekolah mesti mata merah bengkak2. Sebelum ni minum susu lembu je. Dah sebulan minum Suffy Goat nampak perubahan ketara sampai cikgu pun tegur kata mata dia dah makin ok. Alhamdulillah badan pun sihat. Nanti akak nak beli borong sekarton terus untuk sebulan ye "
 


 Pn Zila, Perlis

" Alhamdulillah anak sy lepas minum susu kambing ni ekzema dekat pipi dia dah kurang tak merah-merah dah. Sebelum ni minum susu ****** lepas minum terus merah pipi dia sampai ke mulut, nangis-nangis sampai tak boleh minum susu, sakit.. Dia tak tahan dengan susu tu. Minum Suffy Goat ni dah tam kerah, biji-biji dekat tepi bibir pun dah makin berkurang, lega sangat.. "


Pn Shima, Alor Setar

" Anak akk yg kecil tu suka sembelit, lepas minum susu ni dah tak sembelit lagi, kesihatan pun baik jarang demam, akak nak order lebih ni sebab kawan akak pun nak :) "


Puan Nur Khalida, Selangor

"Anak saya dulunya kerap selsema dan batuk berkahak sehingga sebulan sekali pasti ke hospital untuk ambik nebulizer bagi cairkan kahak. Pantang ada orang lain selsema atau batuk pasti anak saya turut berjangkit, sampai saya risau untuk bawa dia bergaul dengan orang lain. Sehinggalah saya memberi anak saya minum susu SUFFY GOAT selepas tengok di internet menyatakan kebaikan susu kambing dimana salah satunya meningkatkan imunisasi badan. Alhamdulilah..saya dapati antibodi anak saya sekarang semakin baik dan jarang sekali selsema. Dia juga semakin aktif dan saya juga tidak risau atau takut-takut untuk bawa dia bermain di luar. Kini saya mengandung anak kedua dan turut juga minum susu SUFFY GOAT untuk memberi khasiat yang terbaik untuk anak yang saya kandungkan ini, insyallah....."












 


   



Kredit : Dealer Johor Bahru, MySuffy Marketing , Susu Halib's, Susu Kanak-kanak Eksklusif, Stokis Susu Halib's Pahang,

Tuesday, January 28, 2014

Sinar Harian: Susu formulasi makanan sunnah

Jika dilihat dari segi pasaran susu di Malaysia khususnya, semua produk susu dihasilkan dari kalangan orang bukan Islam sehingga menimbulkan persoalan kenapa orang Islam tidak menghasilkannya sendiri sedangkan 60 peratus penduduk Malaysia adalah orang Islam.

Sehubungan itu, My Suffy Marketing mengeluarkan produk susu jenama Suffy yang dicampurkan dengan formulasi makanan sunnah.
 
Sofian mencipta susu Suffy yang dicampurkan dengan formulasi makanan sunnah memberi kebaikan dan khasiat tinggi kepada kanak-kanak.
 
Pengarah Urusannya, Sofian Tajuddin, 41, berkata, susu Suffy berasal daripada bahan berkualiti dan berkhasiat tinggi, seterusnya memberi kebaikan kepada kanak-kanak.
“Kita hendak lihat pemakanan bagi generasi baru ini terkawal sejak dari dalam perut ibu lagi, seterusnya akan melahirkan insan yang berakhlak Muslim sejati,” katanya pada InfoAgro.

Katanya, kebanyakan testimoni daripada pengguna mengenai susu Suffy menyatakan bahawa susu ini telah menyelesaikan masalah kanak-kanak seperti kembung perut, sembelit, cirit-birit, hiper aktif, kurang aktif, kurang berat badan dan degil.

“Susu Suffy juga bagus untuk ibu mengandung yang mana ia memberi tenaga dan menghalang anak dalam kandungan dari terkena penyakit kuning,” katanya.

Tambahnya, produk keluaran syarikatnya ialah susu Suffy berperisa coklat dan vanila dengan tambahan kurma, kismis, madu, delima, AHA, DHA, rumpai laut dan air zamzam.

“Kita juga mengeluarkan Suffy Goat ++ iaitu susu kambing asli dengan tambahan kurma, madu, delima, rumpai laut serta air zamzam,” katanya.


Sofian berkata, produk susu Suffy mendapat pengiktirafan dari IMP (Islamic Manufacturing Practice) dan berstatus halalan thoyibba.

Menurutnya lagi, dari sudut kepenggunaan, purata penduduk di negara kita merupakan masyarakat Melayu beragama Islam dan kini tahap kesedaran mereka mengenai produk halal amat tinggi.

“Sejak setahun lalu, susu Suffy telah berada di pasaran di seluruh Semenanjung Malaysia dan sambutannya amat menggalakkan.

“Produk susu Suffy banyak terdapat di farmasi orang Islam, kedai runcit, toko jamu dan rangkaian kedai halal Muslim,” katanya.

Dalam pada itu, Sofian berharap syarikatnya menjadi sebuah syarikat bumiputera berjaya dalam bidang perniagaan dan pemasaran yang berlandaskan syariah Islam dengan cara menjana ekonomi umat Islam serta mewujudkan masyarakat yang sihat dan ceria.

“Kita berhasrat untuk membina remaja atau masyarakat yang taat dan patuh pada perintah ALLAH SWT melalui pemakanan sunnah,” katanya.
 
 
 

Thursday, September 12, 2013

Rahsia Garam... Amalan sunnah yang tak diketahui...

Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam .Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka .

.Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam .Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.

Dari Abdullah Bin Umar

” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam”

Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .

Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam .

Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya:

1. Penyakit Ghaut – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut.

2. Kalau tinggal di bandar seperti , goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian yang bengkak atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain.

3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada tapak kaki.

4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan

5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat seperti bertani, bersukan dan seumpamanya – minum air suam dan sedikit garam.

6. Cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.

Petua berdasarkan kajian

Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.

Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.
Sumber : Kami Sayang Rasulullah S.A.W

Saturday, July 13, 2013

Berbuka ikut Sunnah

Dalam sunah, kita disunatkan berbuka puasa dengan rutab, jika tidak ada dengan tamar, jika tidak dengan air. Rutab ialah buah kurma yang masak sebelum menjadi tamar kering, ianya lembut dan manis. Adapun tamar adalah kurma yang sudah kering. (lihat: al-Mu‘jam al-Wasit 1/88). Faedah kesihatan juga terbukti secara saintifik berbuka dengan rutab atau tamar.

Sesetengah menganggap jika ada air zamzam itu lebih baik. Sebenarnya, dakwaan seperti ini tidak berteraskan hadis. Anas katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka dengan puasa sebelum bersolat dengan beberapa biji rutab, sekiranya tiada rutab maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar maka baginda minum beberapa teguk air. (Riwayat al-Imam Ahmad dan al-Tirmizi, Al-Diya al-Maqdisi menilai hadis ini sebagai sahih).

Kata al-Mubarakfuri (meninggal 1353H): Hadis ini menjadi dalil disunatkan berbuka puasa dengan rutab, sekiranya tiada maka dengan tamar, dan sekiranya tiada maka dengan air… Adapun pendapat yang menyatakan di Mekah disunatkan didahulukan air zamzam sebelum tamar, atau mencampurkan tamar dengan air zamzam adalah ditolak. Ini kerana ia menyanggahi sunah.

Adapun Nabi telah berpuasa (di Mekah) banyak hari pada tahun pembukaan kota Mekah namun tidak pernah diriwayatkan baginda menyalahi adat kebiasaannya mendahulukan tamar sebelum air. (al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi, 3/311, Beirut: Dar al- Kutub al-‘Ilmiyyah).

Demikian sesetengah kita, akan berhenti memakan sahur apabila melihat jadual waktu imsak yang disebarkan oleh kebanyakan pihak. Jadual itu biasanya akan menetapkan waktu berpuasa lebih awal dari masuknya waktu solat subuh. Padahal al-Quran menyebut: (maksudnya): Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putih dari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam (surah al-Baqarah: 187).

Dalam hadis al-Bukhari dan Muslim, Nabi menyebut dengan jelas: Makan dan minumlah sehingga azan Ibn Ummi Maktum, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh). Ibn Ummi Maktum adalah muazzin Nabi. Baginda mengajar kita dalam hadis ini agar kita boleh bersahur sehingga masuknya waktu solat subuh. Apabila waktu solat subuh, bererti waktu sahur berakhir.

Baginda tidak pula menyebut beberapa ketika atau setengah jam sebelum subuh. Bahkan dalam hadis Abu Daud dan Ahmad baginda memberikan kelonggaran yang lebih luas untuk umatnya. Baginda bersabda: Apabila seseorang kamu mendengar azan sedangkan bekas minuman berada di tangannya, maka janganlah dia meletakkannya sehingga selesai hajatnya (dinilai sahih oleh al-Albani).

Baginda tidak menyuruh seseorang meludah atau memuntahkan apa yang ada dalam mulut apabila mendengar azan seperti pendapat sesetengah orang. Islam itu mudah dan praktikal. Ada orang kata, dia tidak dapat terima pendapat ini. Saya katakan kepadanya: Ini hadis bukan pendapat. Dia kata: Saya pakai pendapat orang ramai. Saya katakan: Agama berdasarkan dalil, bukan emosi.

Dalam hadis disebut “Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah dengan makanan sebelum kamu menunaikan solat maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Dalam hadis yang lain baginda bersabda: Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesai. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Tujuan hadis ini agar solat tidak diganggu oleh ingatan kepada makanan. Makanlah dengan sederhana kemudian bersolatlah.

Namun ramai yang apabila hidangan berbuka puasa di hadapan matanya dan keinginannya pula tinggi, lalu dia meninggalkan hidangan pergi menunaikan solat dengan hati yang tidak fokus. Seakan itu petunjuk agama. Sebenarnya petunjuk Nabi bukan demikian. Baginda lebih memahami jiwa insan. Kata al-Nawawi (meninggal 676H): Di dalam hadis-hadis tersebut menunjukkan dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ianya boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk. (al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 4/208, Beirut: Dar al-Khair).

Apa yang ingin saya jelaskan, betapa pentingnya agama ini dibina di atas dalil. Sesiapa sahaja yang berbicara tentang agama, sehebat mana dia, mintalah kemukakan dalil syarak. Agar agama tidak menjadi jualan murah yang diberi lesen kepada sesiapa sahaja untuk mewakili Allah dan Rasul-Nya tanpa bukti. Contoh-contoh puasa adalah sempena Ramadan yang masih kita lalui. Banyak lagi contoh lain jika ingin dibicarakan. Semoga puasa kita mendekatkan kita kepada sumber yang agung; al-Quran dan al-sunah.

Jom hargai qiyamullail & tarawih dgn petua berbuka ikut sunnah..

Sumber: Ustaz Zahazan Mohamed

Friday, June 21, 2013

Kelebihan Hari Jumaat


Hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.



Rasulullah bersabda: 

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”



Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.



Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W  mengutuskan  malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.



Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. 



Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah SAW pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan. Hadith Rasulullah SAW daripada Jabar r.a pula mengatakan ianya adalah pada hari Juma’at, akhir waktu Asar. (Riwayat Abu Daud, An Nasa’iy dan Al Haakim)



“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).




Sabda Rasulullah SAW :



“Solat lima waktu (sehari semalam) dan jumaat hingga jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)


Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: 
“Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”


Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

“Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”



Sumber: islamwords

Friday, June 14, 2013

SUSU SUFFY GOAT

 
Harga: RM40.00 

Berat kandungan: 500gm

SUSU SUFFY GOAT DENGAN TERAPI AL-QURAN

DIADUN BERSAMA KURMA, MADU, DELIMA DAN MANNA

Mengandungi terapi Ruqyah dan bacaan ayat-ayat Syifa'

TANPA GULA


Susu kambing kaya dengan protin, enzim, mineral, vitamin-vitamin dan berbagai lagi, faktor inilah yang diperlukan dalam kita merawat dan mencegah penyakit (Insha Allah).


APA KELEBIHAN SUSU SUFFY GOAT DENGAN SUSU KAMBING YANG SEDIA ADA.


Suffy goat merupakan susu kambing organik di mana penternakan serta pengawalan makanannya adalah terkawal dari segi sumbernya dan tanpa sebarang bahan kimia atau suplemen tambahan. Susu kambing ini juga tidak mengandungi sebarang bau. Suffy goat istimewanya diproses tanpa gula, menjadikannya sangat sesuai untuk bayi, kanak-kanak, juga orang dewasa termasuk ibu mengandung dan menyusu.

Susu kambing dapat membantu merawat dan mencegah penyakit kronik seperti:

Gastrik, Migrain, Lelah, Sengugut, Darah Tinggi, Masalah penyakit kulit, Ulcer, Hepatitis A, Sakit kuning, Radang sendi, Lemah tulang, Pemulihan selepas pembedahan, Memulih tenaga batin, Membantu pembentukan tulang, otot, gigi dan sebagainya (Insha Allah) jika kita yakin dan tawakal.

Susu Suffy Goat sesuai untuk kanak-kanak bermula setahun ke atas dan dewasa (termasuk ibu mengandung/menyusu).

Boleh juga diambil bagi bawah setahun (6 bulan ke atas) sebagai alternatif menggantikan susu ibu namun bancuhan perlulah dicairkan mengikut kesesuaian anak.

Cadangan bancuhan:
1 skop 50ml utk setahun ke atas 
1 skop 60ml utk bwh setahun

Kos penghantaran
Semenanjung : Sekotak RM7, 2 kotak ke atas RM10
Sabah & Sarawak : Sekotak RM12, 2 kotak ke atas ikut timbangan berat dan jenis pos

T&C pos Semenanjung sahaja
Diskaun untuk pembelian 3 kotak ke atas
1 karton 15 kotak RM535 (termasuk kos penghantaran skynet)
1 karton 15 kotak RM530 (termasuk kos penghantaran Felda Hari Selasa/Khamis sahaja)

Tuesday, May 28, 2013

Cara Makan Sunnah Nabi SAW Terbukti Secara Saintifik

Tertarik dengan kenyataan Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa "perut adalah punca penyakit". Bagi orang Islam, Nabi SAW adalah contoh terbaik, setiap perbuatan Nabi SAW mempunyai sebab tersendiri, dilakukan atas jagaan ilmu Maha Mengetahui.

Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari.

1. Jangan Makan/Minum

Susu bersama salah satu (atau semua) berikut; Daging, Ikan, Ayam, Cuka, Buah

Ikan bersama salah satu (atau semua) berikut; Daging, Telur, Daun salad.


2. Cara Makan


Makan hanya cukup sekadar untuk menghilangkan lapar. Jika mahu makan lebih: sediakan 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk cecair/air, 1/3 untuk udara/bernafas.

Tidak makan buah selepas hidangan berat (eg: nasi, gandum, roti). Hanya makan buah sebelum menjamah makanan lain. Buah segar merupakan makanan pra-cerna,boleh masuk terus dari perut ke usus. Jika dimakan bersama makanan lain (eg: buah bertemu makanan lain dalam perut), buah akan terperangkap, bercampur dalam perut, biasanya mengakibatkan fermentasi (proses menghasilkan tenaga tanpa oksigen) buah dan segala makanan dalam perut berlaku secara sendiri.

Tidur sejam setelah makan tengahari (sebelum waktu zohor)

Dilarang meninggalkan makan malam. Jika abaikan? Kekurangan nutrisi menambah risiko penuaan (dimakan usia/aging) dan peningkatan berganda kolesterol dalam badan.

Kitab-kitab perubatan Islam melarang makan bersama/mencampur makanan darat (ion positif) bersama makanan laut (ion negatif). Menurut kajian, ion+ dan ion- menghasilkan tindakan biokimia yang boleh memudaratkan usus manusia.

Makan menggunakan tangan kanan dan dijilat jari. Jari menghasilkan enzim 10 kali ganda lebih banyak berbanding air liur dalam membantu dalam proses pencernaan makanan.

Tunggu makanan dimasak sejuk sedikit sebelum dimakan. Tiada keberkatan dalam makanan yang dimakan panas-panas.

Mengambil sedikit/secubit garam sebelum makan. Garam (NaCl) terdiri dari Natrium (sodium) klorida (chloride). Klorida yang terdapat dalam garam merupakan klorida yang sama dirembeskan dalam perut (klorida dalam asid hidroklorik, yang penting untuk pencernaan makanan). Jadi, pengambilan garam sebelum makan membolehkan badan menghasilkan hidroklorik asid mencukupi bagi mencernakan makanan. Kebanyakan efek negatif garam seperti diwarwarkan dunia kini adalah berpunca dari lebihan natrium, bukan klorida.


3. Cara Minum

Tidak minum air segelas dalam satu nafas sahaja. Sebaliknya minum seteguk-seteguk selang seli bernafas sambil duduk.

Tidak minum ketika sedang menjamah makanan. Sila minum sebelum/selepas makan.

Jika lalat jatuh dalam air minuman. Selamkan 100% lalat tersebut ke dalam air. Kemudian buang lalat tersebut. Terdapat sel longitudinal (sel yis) hidup menumpang (parasit) dalam badan lalat dengan sebahagian mencelah di setiap tubula (rongga) respirasi (pernafasan) lalat. Jika lalat diselam, perubahan tekanan osmosis air akan menyebabkan sel ini pecah/meletup membebaskan antidot bagi melawan patogen dalam badan lalat.


4. Lain-lain Sunnah Amalan Pemakanan Sihat

Bersugi sebelum dan selepas makan. Malah Nabi SAW juga bersugi sebelum setiap kali menunaikan solat fardhu.

Makan makanan "whole foods" (makanan yang mengekalkan sebatian asal, bukan makanan proses). Makan makanan yang ada dalam musimnya. Tidak mencampur sejenis makanan bersama sejenis makanan lain sesuka hati. Kini hanya 25% penduduk dunia yang masih makan "whole foods".

Tidak mencari kesalahan dalam hidangan. Jika suka, Nabi SAW akan makan. Jika tidak suka, Nabi SAW akan menolak dengan baik.



Monday, April 1, 2013

Khasiat dan Kebaikan Madu

Lebah adalah salah satu bukti dalam Al Quran akan ketaatan makhluk selain manusia yang patuh dan taat kepada perintah Allah. Di dalam surah An Nahl, perintah Allah kepada Sang Lebah memberi manfaat kepada manusia sebagai penawar dirakam.
 “Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan serta buah-buahan (yang engkau sukai) dan turutilah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNYA kepadamu. Dengan itu keluarlah dari badannya minuman (Madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi PENAWAR bagi manusia (dari pelbagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir”. (Surah An-NAhl: 69)

Madu dijelaskan di dalam Al Quran sebagai penawar secara rasmi. Dan ia diperkuatkan lagi dengan pesanan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan sifatnya sebagai penawar atau penyembuh dalam sabda baginda:

"Ambillah, pergunakanlah olehmu sekalian, akan dua PENAWAR yakni MADU dan AL QURAN"
(Riwayat Ibnu Majah)

Keunikan Madu Menjadi Pilihan Terbaik 

Madu antara adalah makanan yang paling popular di kalangan pakar kesihatan kerana keunikannya memberi yang terbaik untuk kesihatan manusia. 

Madu PENAWAR Barah (Cancer)

Sel-sel kanser berupaya dibunuh melalui fungsi asid retionik yang bertukar dari beta-carotene setelah melalui proses di dalam tubuh sebagai ANTIOKSIDA (antioxidant). 

Tinggi sifat ANTIOKSIDA

Madu umpama bahan pembersih untuk tubuh manusia atas sifatnya yang tinggi antioksida. Ini bermaksud ia memerangkap radikal bebas di dalam tubuh yang boleh mencetus sel rosak di dalam badan yang boleh membiak sebagai sel kanser. 


Antiseptik dan Antibiotik 

Madu berupaya menghentikan aktiviti bakteria yang menyerang luka serta menghalang jangkitan daripada terus merebak menurut kajian universiti Wales. 

Pun begitu, ujian saintifik ke atas Madu wujud di kemudian hari yakni pada masakini. Sebagai umat Islam kita perlu mendahului berpegang kepada Al Quran dan As Sunnah samada wujud fakta sains mahupun tidak. Sepertimana penulis jelaskan di atas, perintah Allah kepada Lebah di dalam Al Quran dan menjadi Sunnah baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sebagai contoh ikutan kita umat baginda. 

Adalah sesuatu yang membelakangi tuntutan Islam apabila kita mendahulukan hujah dan fakta sains melebihi hujah Al Quran dan As Sunnah. Malah ada juga di kalangan kita yang mana apabila dinasihati oleh pakar kesihatan untuk meninggalkan makanan sunnah bagi mereka yang menghidapi masalah gula di dalam badan, hanya kerana madu bersifat manis sedangkan Al Quran dan As Sunnah menyatakan sebaliknya. Pesan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam buat kita umat baginda dalam sabdanya; 

"Ambillah, pergunakanlah olehmu sekalian, akan dua PENYEMBUH yakni MADU dan AL QURAN" (Riwayat Ibnu Majah)
Sumber: Qhazanah

Produk Berkaitan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...