Tuesday, January 28, 2014

Sinar Harian: Susu formulasi makanan sunnah

Jika dilihat dari segi pasaran susu di Malaysia khususnya, semua produk susu dihasilkan dari kalangan orang bukan Islam sehingga menimbulkan persoalan kenapa orang Islam tidak menghasilkannya sendiri sedangkan 60 peratus penduduk Malaysia adalah orang Islam.

Sehubungan itu, My Suffy Marketing mengeluarkan produk susu jenama Suffy yang dicampurkan dengan formulasi makanan sunnah.
 
Sofian mencipta susu Suffy yang dicampurkan dengan formulasi makanan sunnah memberi kebaikan dan khasiat tinggi kepada kanak-kanak.
 
Pengarah Urusannya, Sofian Tajuddin, 41, berkata, susu Suffy berasal daripada bahan berkualiti dan berkhasiat tinggi, seterusnya memberi kebaikan kepada kanak-kanak.
“Kita hendak lihat pemakanan bagi generasi baru ini terkawal sejak dari dalam perut ibu lagi, seterusnya akan melahirkan insan yang berakhlak Muslim sejati,” katanya pada InfoAgro.

Katanya, kebanyakan testimoni daripada pengguna mengenai susu Suffy menyatakan bahawa susu ini telah menyelesaikan masalah kanak-kanak seperti kembung perut, sembelit, cirit-birit, hiper aktif, kurang aktif, kurang berat badan dan degil.

“Susu Suffy juga bagus untuk ibu mengandung yang mana ia memberi tenaga dan menghalang anak dalam kandungan dari terkena penyakit kuning,” katanya.

Tambahnya, produk keluaran syarikatnya ialah susu Suffy berperisa coklat dan vanila dengan tambahan kurma, kismis, madu, delima, AHA, DHA, rumpai laut dan air zamzam.

“Kita juga mengeluarkan Suffy Goat ++ iaitu susu kambing asli dengan tambahan kurma, madu, delima, rumpai laut serta air zamzam,” katanya.


Sofian berkata, produk susu Suffy mendapat pengiktirafan dari IMP (Islamic Manufacturing Practice) dan berstatus halalan thoyibba.

Menurutnya lagi, dari sudut kepenggunaan, purata penduduk di negara kita merupakan masyarakat Melayu beragama Islam dan kini tahap kesedaran mereka mengenai produk halal amat tinggi.

“Sejak setahun lalu, susu Suffy telah berada di pasaran di seluruh Semenanjung Malaysia dan sambutannya amat menggalakkan.

“Produk susu Suffy banyak terdapat di farmasi orang Islam, kedai runcit, toko jamu dan rangkaian kedai halal Muslim,” katanya.

Dalam pada itu, Sofian berharap syarikatnya menjadi sebuah syarikat bumiputera berjaya dalam bidang perniagaan dan pemasaran yang berlandaskan syariah Islam dengan cara menjana ekonomi umat Islam serta mewujudkan masyarakat yang sihat dan ceria.

“Kita berhasrat untuk membina remaja atau masyarakat yang taat dan patuh pada perintah ALLAH SWT melalui pemakanan sunnah,” katanya.
 
 
 

Tuesday, November 19, 2013

Tonik Rambut Raban Extra ~ Terbaik untuk rawatan rambut BOTAK, GUGUR, KELEMUMUR & BERUBAN

Anda mengalami masalah rambut BOTAK, GUGUR, KELEMUMUR & BERUBAN???


KINI PENYELESAIANNYA ===> Tonik Rambut RABAN EXTRA :)


Raban Extra diperkaya dengan ekstrak herba semulajadi yang kaya dengan pelbagai jenis vitamin dan galian yang diperlukan untuk kesihatan rambut. Ia adalah minyak pelembab terbaik kerana ia mampu untuk menembusi ke bahagian dalam kulit kepala sehingga ke akar rambut..

Mengatasi:

✔ Psirosis pada kulit kepala
✔ Masalah kelemumur yang tebal
✔ Masalah rambut gugur dan botak
✔ Rambut berbuah
✔ Rambut perang dan kemerahan

Berminat???

FB Official Tonik Raban Extra :
https://www.facebook.com/tonik.rambut.raban.xtra

atau

SMS PN. MARIAM 019-5689346

BORANG PESANAN
 HARGA: RM14.00

Wednesday, October 30, 2013

Abdur Rahman Bin Auf - Hartawan Islam Terulung

Abdur Rahman Bin Auf atau nama sebenar beliau Abu Amr merupakan seorang sahabat Rasulullah S.A.W (selawat ke atas baginda) yang dijamin syurga.

Abdur Rahman merupakan lambang kejayaan umat Islam di dalam bidang urusniaga dan perdagangan terutama ketika bidang ekonomi ketika itu dimonopoli oleh orang Yahudi.

Antara sumbangan Abdur Rahman Bin Auf:

1. Menyumbangkan barang-barang keperluan yang dimuatkan di atas 700 ekor unta penduduk Madinah.

2. Menjual tanahnya dengan harga 40,000 dinar dan membahagikan harta tersebut kapada kaumnya Bani Zuhrah, isteri-isteri nabi dan fakir miskin.

3. Memberi sumbangan 200 tahil emas, 500 ekor kuda perang dan dan 1500 ekor unta tunggangan Perang Tabuk iaitu sebanyak

4. Menyedekahkan 400 dinar kepada setiap bekas tentera Perang Badar yang masih hidup iaitu seramai 100 orang.

Di dalam buku Rahsia Jutawan Islam Abdul Rahman Bin Auf terbitan PTS, beliau dianggarkan memiliki kekayaan bernilai RM 107 juta!

Strategi bisnes kencang gaya Abdul Rahman Bin Auf:

1. Jual unta harga kos.

2. Syukur walau untung sedikit.

3. Jangan seksa pelanggan

4. Bayar secara tunai.

Baca lanjut huraian setiap poin di atas dengan membaca artikel di bawah.

Artikel ini ditulis oleh Tuan Hasryn Hamka.

Klik di sini ---> http://www.majalahniaga.com/strategi-perniagaan-kencang-gaya-abdul-rahman-bin-auf.html

Tuesday, October 22, 2013

Jiddhan - Rawatan Alternatif Buah Pinggang Paling Advance

BORANG PESANAN

HARGA: 
Jiddhan RM185 sekotak (30sachet x 15gm)

Promo pack RM35 (5sachet x 15gm)

Kos poslaju: RM5 (semenanjung) RM9 (sabah/sarawak)


JIDDHAN adalah produk makanan yang menguatkan tubuh manusia dengan nutrisi yang penting yang dapat memerangi berbagai penyakit dan makanan tambahan yang amat penting untuk badan dan juga sebagai makanan penting bagi bakteria baik dalam tubuh untuk menghadapi serangan bakteri yang berbahaya bagi tubuh. JIDDHAN adalah makanan prebiotik dan merupakan makanan tambahan yang penting untuk sistem tubuh badan manusia.






Allah swt berfirman:

Dan Kami menaung kamu dengan awan, dan Kami menurunkan kepadamu manna dan salwa. Makanlah (makanan) yang baik-baik dari rezeki yang telah Kami berikan kepadamu. Mereka tidak menzalimi Kami, tetapi justeru merekalah yang menzalimi diri sendiri. (QS.Albaqarah .57) dan (Surah al-A'raf:160) dan (Surah Thaha:80)

Khasiat:
Mencegah dan merawat sakit buah pinggang, kanser, diabetes, masalah prostat, darah tinggi. dan lain-lain.

Bahan-bahan:
Manna (Gum Arabic Acacia), Manggis (Gracinia mangostana), Madu, Roselle (Hibiscus sabdariffa), Buah Tunjuk Langit (Swietenia macrophylla), Mahkota dewa (Phaleria macrocarpa), Habbatussauda (Nigella sativa), Kurma (Phoenix dactylifera), Biji Apricot (Apricot kernels) B17, Padi (Oryza sativa), Stevia (Stevia rebaudiana), Pisang mas (Musa acuminata) dan Serat (Psyllium)

Cara makan:
Ambil satu sudu kecil Jiddhan dicampurkan dengan air minuman atau madu pada setiap pagi dan malam sebelum makan.

Saturday, October 19, 2013

Jom Tukar ke Pemakanan Sunnah

Susu Kambing Asli (Suffy Goat)

Susu kambing terbaik yang diformulasikan dengan tambahan makanan sunnah seperti KURMA, MADU dan DELIMA.Kemudian ditambah baik lagi dengan khasiat RUMPAI LAUT.

Sesuai untuk bayi berumur 6 bulan ke atas, ibu mengandung dan golongan dewasa.

Kebaikan SUSU KAMBING untuk anak & keluarga anda :

✔ Tidak menyebabkan alahan
✔ Sangat baik untuk kanak-kanak yang alah kepada susu lembu dan susu tepung
✔ Membantu sistem imunisasi tubuh
✔ Bersifat alkali
✔ Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan daya ingatan
✔ Membantu sistem penghadaman
✔ Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, otot, sendi, kulit & tisu saraf)
✔ Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu


HARGA : RM40 (500gm)

BORANG PESANAN

Monday, September 23, 2013

Minyak Rumpai Laut


BORANG PESANAN

Harga: RM18 (35ml)

Minyak Rumpai Laut ialah minyak hasil adunan minyak pati aromaterapi dengan ekstrak rumpai laut.

Menyegarkan dan sesuai untuk pelbagai kegunaan luaran.

Kegunaan:
Melegakan sakit kepala, selsema, kembung perut, resdung dan urutan.

Info : khasiat dan kebaikan Rumpai Laut

Vaginsoff ~ Pembersih Peribadi Wanita

Kelebihan Vaginsoff Spray:

✔ Mengetatkan faraj


✔ Membantu menyelesaikan masalah kekeringan faraj dengan membekalkan pelinciran yang mencukupi.


✔ Memulihkan kelembutan-kelembutan faraj.


✔ Bertindak sebagai agen anti radang dan mencegah bau pada bahagian miss-v.


✔ Melindungi anda dari mikrobial patogen.


 

✔ Memelihara anda dari kanser servik.

✔ Mengatasi masalah keputihan.


✔ Membantu dalam mengetatkan dinding vagina dan menghasilkan sesi seks terbaik.








CARA PENGGUNAAN (sgt mudah)

Hanya perlu spray di bahagian miss-v, tidak perlu bilas.


Spray sehari sekali selepas mandi pagi dan malam. 

100% halal dan dikilangkan oleh kilang bertaraf IMP ( ISLAMIC MANUFACTURING PRACTICE )


HARGA: RM22 (60ML)


Berminat?? 

ISI BORANG PESANAN

Friday, September 13, 2013

Tonik Rambut untuk rambut BOTAK, GUGUR, KELEMUMUR & BERUBAN.

ATASI MASALAH RAMBUT DENGAN TONIK RAMBUT RABAN EXTRA


Tonik Rambut untuk rambut BOTAK, GUGUR, KELEMUMUR & BERUBAN.

Raban Extra adalah minyak pelembab terbaik kerana ia mampu untuk menembusi ke bahagian dalam kulit kepala sehigga ke akar rambut..

Mengatasi:

✔ Psirosis pada kulit kepala
✔ Masalah kelemumur yang tebal
✔ Masalah rambut gugur dan botak
✔ Rambut berbuah
✔ Rambut perang dan kemerahan

Berminat???

ISI BORANG PESANAN

atau

SMS PN. MARIAM 019-5689346



Thursday, September 12, 2013

Rahsia Garam... Amalan sunnah yang tak diketahui...

Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam .Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka .

.Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam .Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.

Dari Abdullah Bin Umar

” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam”

Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .

Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam .

Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya:

1. Penyakit Ghaut – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut.

2. Kalau tinggal di bandar seperti , goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian yang bengkak atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain.

3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada tapak kaki.

4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan

5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat seperti bertani, bersukan dan seumpamanya – minum air suam dan sedikit garam.

6. Cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.

Petua berdasarkan kajian

Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.

Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.
Sumber : Kami Sayang Rasulullah S.A.W

Thursday, August 29, 2013

Kebaikan susu kambing untuk anak anda

Kebaikan SUSU KAMBING untuk anak anda

Tidak menyebabkan alahan

Susu Kambing tidak mengandungi jenis protein (Alpha-Casein protein & Beta-Casein protein) yang menyebabkan alahan sepertimana yang biasanya terdapat dalam susu lembu. Protein yang terdapat dalam susu kambing mengandungi 22 Asid Amino termasuklah 8 jenis Asid Amino penting.

Alahan laktosa

Sifat susu kambing yang mudah hadam membolehkan laktosa melalui usus dengan mudah. Susu kambing mempunyai kandungan Laktosa 7% lebih rendah berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk kanak-kanak yang mengalami masalah cirit-birit dan alahan kepada susu lembu dan susu tepung.

Membantu sistem imunisasi tubuh.

Meningkatkan daya tahan penyakit yang kuat. Ianya dapat mengurangkan anak anda dari mudah terkena penyakit.

Bersifat alkali.

Sama seperti susu ibu; pH susu kambing adalah beralkali berbanding susu lembu yang Asidik. Susu   kambing dapat meneutralkan asid dalam perut dan mewujudkan persekitaran yang lebih beralkali. Ianya baik untuk sistem penghadaman.

Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan.

Susu kambing dapat membantu menguatkan daya pemikiran anak anda. Ianya dapat mempermudahkan lagi sistem pembelajaran anak anda.

Membantu sistem penghadaman

Proses pencernaan untuk susu kambing hanya memerlukan 20 minit sahaja berbanding susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam. Molekul Lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah dihadam berbanding susu lembu.     

Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, otot, sendi, kulit & tisu saraf).

Gabungan Kalsium & Fosforus = Calciumphosphate, suatu komponen penting membentuk struktur dan kekuatan tulang serta beberapa fungsi tubuh yang lain.

Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu

Berikut adalah kandungan gizi dalam susu kambing :
  •  Protein 2.1 kali ganda
  •  Kalsium 2.2 kali ganda
  •  Zat Besi 2.0 kali ganda
  •  Potasium 2.1 kali ganda
  •  Vitamin A 3.8 kali ganda
  •  Garam Galian 2.0 kali ganda
  •  Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu
 Dapatkan Susu Suffy Goat terbaik untuk anak anda.

Monday, August 19, 2013

Prebiotic Halib's Goat Milk

Susu kambing berperisa coklat, sedap dan berkhasiat! 

Dapatkan Prebiotik Halib's Goat Milk sekarang!

Halib's kini memperkenalkan satu lagi produk susu terbaru berasaskan susu kambing. Prebiotik Halib's Goat Milk adalah susu kambing berperisa coklat yang kaya dengan protin, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, anti arthritis serta anti barah. 

Halib's Preboitic Goat Milk
mengandungi antibodi untuk membantu merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi serta pelbagai lagi penyakit kerana susu kambing merupakan makanan tambahan yang baik untuk kesihatan.

Halib's Preboitic Goat Milk juga mengandungi Vitamin A, Vitamin D, Riboflavin, Nicotinic Acid, Choline, Inositol dan Vitamin B1.

Kandungan: Susu kambing, Habbatus Sawda, Manna, Kismis, Kurma, Rumpai laut dan Madu

Berat: 25gram x 30sachet
Harga: RM40 sekotak

Saturday, July 27, 2013

Nuzul Quran 2013

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. 
 
Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.
 
Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Friday, July 26, 2013

KHASIAT KURMA yang MESTI KITA TAHU & AMALKAN!

Sabda Rasulullah S.A.W.:

"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

Monday, July 15, 2013

Pesanan Ramadhan

  • Tidak makan & minum ketika berpuasa.

  • Jaga pandangan mata.

  • Jangan bergaduh & berbalah.

  • Jangan menipu, mengumpat dan memaki.

  • Tidak merokok.

  • Jangan buang masa dengan aktiviti tidak berfaedah.

  • Tidak mendengar muzik melalaikan. 

  •  Tambahkan pengetahuan Islam.

  • Banyakkan membaca al-Quran.

  • Banyakkan berdoa.

  • Banyakkan bersedekah.

  • Banyakkan berzikir.

  • Sembahyang fardhu pada waktunya.

 
 



Saturday, July 13, 2013

Berbuka ikut Sunnah

Dalam sunah, kita disunatkan berbuka puasa dengan rutab, jika tidak ada dengan tamar, jika tidak dengan air. Rutab ialah buah kurma yang masak sebelum menjadi tamar kering, ianya lembut dan manis. Adapun tamar adalah kurma yang sudah kering. (lihat: al-Mu‘jam al-Wasit 1/88). Faedah kesihatan juga terbukti secara saintifik berbuka dengan rutab atau tamar.

Sesetengah menganggap jika ada air zamzam itu lebih baik. Sebenarnya, dakwaan seperti ini tidak berteraskan hadis. Anas katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka dengan puasa sebelum bersolat dengan beberapa biji rutab, sekiranya tiada rutab maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar maka baginda minum beberapa teguk air. (Riwayat al-Imam Ahmad dan al-Tirmizi, Al-Diya al-Maqdisi menilai hadis ini sebagai sahih).

Kata al-Mubarakfuri (meninggal 1353H): Hadis ini menjadi dalil disunatkan berbuka puasa dengan rutab, sekiranya tiada maka dengan tamar, dan sekiranya tiada maka dengan air… Adapun pendapat yang menyatakan di Mekah disunatkan didahulukan air zamzam sebelum tamar, atau mencampurkan tamar dengan air zamzam adalah ditolak. Ini kerana ia menyanggahi sunah.

Adapun Nabi telah berpuasa (di Mekah) banyak hari pada tahun pembukaan kota Mekah namun tidak pernah diriwayatkan baginda menyalahi adat kebiasaannya mendahulukan tamar sebelum air. (al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi, 3/311, Beirut: Dar al- Kutub al-‘Ilmiyyah).

Demikian sesetengah kita, akan berhenti memakan sahur apabila melihat jadual waktu imsak yang disebarkan oleh kebanyakan pihak. Jadual itu biasanya akan menetapkan waktu berpuasa lebih awal dari masuknya waktu solat subuh. Padahal al-Quran menyebut: (maksudnya): Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putih dari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam (surah al-Baqarah: 187).

Dalam hadis al-Bukhari dan Muslim, Nabi menyebut dengan jelas: Makan dan minumlah sehingga azan Ibn Ummi Maktum, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh). Ibn Ummi Maktum adalah muazzin Nabi. Baginda mengajar kita dalam hadis ini agar kita boleh bersahur sehingga masuknya waktu solat subuh. Apabila waktu solat subuh, bererti waktu sahur berakhir.

Baginda tidak pula menyebut beberapa ketika atau setengah jam sebelum subuh. Bahkan dalam hadis Abu Daud dan Ahmad baginda memberikan kelonggaran yang lebih luas untuk umatnya. Baginda bersabda: Apabila seseorang kamu mendengar azan sedangkan bekas minuman berada di tangannya, maka janganlah dia meletakkannya sehingga selesai hajatnya (dinilai sahih oleh al-Albani).

Baginda tidak menyuruh seseorang meludah atau memuntahkan apa yang ada dalam mulut apabila mendengar azan seperti pendapat sesetengah orang. Islam itu mudah dan praktikal. Ada orang kata, dia tidak dapat terima pendapat ini. Saya katakan kepadanya: Ini hadis bukan pendapat. Dia kata: Saya pakai pendapat orang ramai. Saya katakan: Agama berdasarkan dalil, bukan emosi.

Dalam hadis disebut “Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah dengan makanan sebelum kamu menunaikan solat maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Dalam hadis yang lain baginda bersabda: Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesai. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Tujuan hadis ini agar solat tidak diganggu oleh ingatan kepada makanan. Makanlah dengan sederhana kemudian bersolatlah.

Namun ramai yang apabila hidangan berbuka puasa di hadapan matanya dan keinginannya pula tinggi, lalu dia meninggalkan hidangan pergi menunaikan solat dengan hati yang tidak fokus. Seakan itu petunjuk agama. Sebenarnya petunjuk Nabi bukan demikian. Baginda lebih memahami jiwa insan. Kata al-Nawawi (meninggal 676H): Di dalam hadis-hadis tersebut menunjukkan dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ianya boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk. (al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 4/208, Beirut: Dar al-Khair).

Apa yang ingin saya jelaskan, betapa pentingnya agama ini dibina di atas dalil. Sesiapa sahaja yang berbicara tentang agama, sehebat mana dia, mintalah kemukakan dalil syarak. Agar agama tidak menjadi jualan murah yang diberi lesen kepada sesiapa sahaja untuk mewakili Allah dan Rasul-Nya tanpa bukti. Contoh-contoh puasa adalah sempena Ramadan yang masih kita lalui. Banyak lagi contoh lain jika ingin dibicarakan. Semoga puasa kita mendekatkan kita kepada sumber yang agung; al-Quran dan al-sunah.

Jom hargai qiyamullail & tarawih dgn petua berbuka ikut sunnah..

Sumber: Ustaz Zahazan Mohamed

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...