“Wahai manusia! Makanlah apa-apa sahaja yang ada di atas muka bumi dari yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut langkah-langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata.”
(Surah Al-Baqarah: 168)
==> Pertanyaan / Pembelian :
PM saya di : www.facebook.com/messages/kohalalthoyibba.eshop
==> FB Official Kohalalthoyibba E-Shop :
www.facebook.com/kohalalthoyibba.eshop
SMS PN. MARIAM ~ 019-5689346
KENAPA KITA PERLU MAKANAN YANG HALAL?
Persoalan yang mungkin timbul kepada manusia ialah mengapa Allah S.W.T. dan Nabi Muhammad S.A.W. menyeru agar umat Islam memilih makanan yang halal dalam kehidupan seharian. Sudah tentu adanya hikmah dan kelebihan yang dapat membantu manusia menjalani kehidupan sebagai hamba Allah S.W.T. dengan lebih baik sebagaimana berikut:
1. Supaya Doa Dimakbulkan Oleh Allah S.W.T.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Seorang lelaki bermusafir sehingga rambutnya menjadi kusut dan mukanya dipenuhi debu. Dia menadah tangannya dan berdoa kepada Allah S.W.T. sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakainnya haram dan mulutnya disuapi dengan sesuatu yang haram, bagaimana akan diperkenankan pemohonannya?” (Hadith Riwayat Muslim, Ahmad & Tirmizi).
2. Selamat Daripada Seksaan Api Neraka
Saad bin Abi Waqas bertanya kepada Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah, pintalah kepada Allah S.W.T. agar Dia menjadikan doaku mustajab. Jawab Rasulullah SAW: Wahai Saad, jagalah soal makanmu nescaya kau menjadi orang yang makbul doanya. Demi Allah yang nyawa Muhammad dalam tanganNya, jikalau seseorang lelaki memasukkan sesuap makanan haram dalam perutnya, doanya tidak akan diterima selama 40 hari. Sesiapa hamba yang dagingnya tumbuh dari makanan haram dan riba maka neraka lebih layak baginya" (Hadith Riwayat Ibnu Abbas).
3. Amal Ibadat Diterima Oleh Allah S.W.T.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Barangsiapa yang bersembahyang dengan mengenakan pakaian yang dibeli dengan sepuluh dirham dan satu dirham daripadanya dari sumber yang haram, Allah tidak akan menerima solatnya". Rasulullah SAW bersabda : "Allah itu suci dan Dia tidak akan menerima melainkan yang suci juga" (Hadith Riwayat Muslim).
4. Membentuk Darah Daging Yang Baik Dalam Badan
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Ingatlah bahawa di dalam tubuh badan manusia itu ada sepotong daging, yang apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh tubuhnya, dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuh itu, ingatlah bahawa yang dimaksudkan itu ialah hati" (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim).
Oleh yang demikian, adalah menjadi satu kewajipan dan tanggungjawab umat Islam pada hari ini untuk lebih berhati-hati dan mengambil berat berkaitan pemakanan halal ini. Hendaklah kita sentiasa memastikan bahawa setiap makanan yang diperoleh dan dimakan itu adalah halal menurut syariat Allah S.W.T. Sesungguhnya suruhan Allah S.W.T. ini adalah untuk tujuan dan kebaikan manusia bersama.
0 comments:
Post a Comment