Serat yang tinggi dalam buah-buahan
tertentumempunyai khasiatnya yang tersendiri selain membantu pencernaan.
Tanpa serat, makanan mengambil masa 70 – 80 jam untuk melalui saluran
penghadaman. Artikel ringkas ini menyenaraikan 8 jenis buah yang sangat
berkhasiat untuk meningkatkan kecerdasan dan kesihatan secara
menyeluruh.
Limau ini mengandungi antioksidan dinamakan
naringenin yang boleh membantu membaiki kerosakan DNA disebabkan mutasi
berpunca daripada sel barah prostat. Antioksidan ini meransang enzim
yang membaiki tisu DNA.
[ Baca - Nenas: Antara Enak dan Kesan Sampingan ]
Semua jenis limau gedang mengandungi
antioksidan limonoid. Kajian menunjukkan limonoid mempunyai ciri-ciri
antibarah terutama paru-paru, payudara dan usus.
>> 2 Plum
Plum adalah sumber vitamin C, K, A (beta
karotena), serat, kalium dan kumpulan antioksidan fenol. Plum kaya
dengan antioksidan, terbukti dapat memulihkan penyakit mata. Kandungan
kalori dalam plum adalah sangat rendah menjadikannya pilihan baik untuk
menurunkan berat badan.
>> 3 Manggis
Manggis adalah sumber antioksidan yang
mujarab dinamakan polifenol. Hasil kajian menunjukkan ciri-ciri
antioksidan polifenol jauh lebih mujarab daripada vitamin C, E dan
karetonoid.
Antioksidan yang mujarab dan berkualiti ini
menjadikan manggis buah untuk mencegah kerosakan akibat radikal bebas
dan menguatkan daya tahan melawan penyakit.
[Baca - Rahsia Buah Mangga untuk Seks dan Kecantikan]
Pakar penyelidik berminat dengan kulit
manggis kerana ia kaya khasiat xanthone dan kesannya terhadap barah,
masalah pernafasan, sistem imun dan kesihatan usus.
>> 4 Buah Naga
Pakar sains Jerman menerbitkan satu kajian pada 2007 mengenai kandungan antioksidan magenta buah naga.
Buah ini juga mengandungi kalsium diperlukan
untuk menguatkan tulang dan gigi selain menstabilkan tekanan darah. Ia
juga mengandungi vitamin B, zat besi, fosforus, vitaminC dan A. Semua
nutrien ini menyokong proses metabolisme penting untuk kesihatan.
Nektarin sama dengan buah pic, tetapi kulit
luarnya licin berbanding pic yang berbulu gebu. Ia mengandungi banyak
vitamin penting dan zat galian. Satu cawan nektarin membekalkan 186 mg
lutein sejenis antioksidan yang semakin mendapat perhatian dalam
penyelidikan kesihatan mata.
Satu lagi nutrien memainkan peranan antioksidan ialah vitamin C bertindak menguatkan sistem imun badan
Satu kelebihan durian belanda dari segi
pemakanan ialah kandungan seratnya yang tinggi. Hidangan 1 cawan durian
belanda membekalkan 7 gm serat. Ini bersamaan 1/3 serat diperlukan orang
dewasa.
Jika anda mengalami tekanan darah tinggi,
anda boleh mengambil buah ini. Kalium juga membantu mencegah kekejangan
otot kerana itu ia juga baik untuk dijadikan snek sebelum bersenam.
>> 7 Ceri
Kaya dengan antioksidan penting dalam
pencegahan penyakit berpunca daripada radang seperti penyakit jantung,
artritis dan gout. Ini kerana ceri mengandungi sebatian terhasil secara
semulajadi iaitu antosianin berfungsi untuk menyekat peningkatan enzim
yang menyebabkan kesakitan berpunca daripada keradangan.
Selain antioksidan, ceri kaya dengan sumber
vitamin B, khususnya tiamin (B1), riboflavin (B2), asid pantotenik (B5),
B6 dan B12. Vitamin B memainkan peranan aktif bagi metabolisme tenaga.
Vitamin B6 dan B12 khususnya amat penting dalam mengekalkan tahap
homosisteina yang sihat.
Ceri juga mengandungi melatonin. Bahan ini
dihasilkan secara semulajadi oleh manusia dalam otak, khususnya semasa
gelap untuk membantu mendapat ketenangan dan tidur lena.
Pakar mengesyorkan pengambilan ceri sebelum
tidur untuk membantu menaikkan tahap melatonin bagi memberi ketenangan
dan memudahkan anda tidur
Dari segi pemakanan, pisang kaki baik untuk pertumbuhan dan kesihatan sel dalam mata khususnya untuk menjaga penglihatan.
Buah ini kaya dengan antioksidan Zeaxantin baik dalam penjagaan lapisan retina mata.
Sumber – Berita Harian
0 comments:
Post a Comment