Thursday, January 24, 2013

Salam Maulidur Rasul 1434 Hijrah

" Mencintai Rasulullah dengan mengikuti Sunnahnya"




Mari berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.


Kelebihan-kelebihan berselawat ke atas Rasul :-

1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda – (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu. 

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah. 

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu. 

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain. 

8 ) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalm dirinya. 

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW. 

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya. 

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya. 

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain. 

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya. 

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – HR Abu Naim.

30) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – HR Thabrani 

Monday, January 14, 2013

Saffron Sparkling


Harga: RM3

Minuman berkarbonat rendah yang dirumus khas mengandungi Garam Bukit, Pegaga, Saffron, Glukosa, Sukrosa, Asid Sitrik dan Air RO.

Khasiat Saffron
Saffron berasal dari perkataan Arab bermaksud kuning (yellow), sejenis tumbuhan herba dengan nama saintifiknya Crocus Sativus Linneaus.

Disamping warnanya yang cukup menarik serta baunya yang harum, maka ianya digunakan secara meluas dalam pemakanan, kecantikan dan perubatan. Ianya memang terkenal dengan khasiat serta kuasa pengubatnya (excellent stimulant) sejak dari dulu lagi.

Saffron kaya dengan karbohidrat, minerals, mucilage serta vitamin B1 dan B2 (riboflavin dan tiamin), disamping banyak lagi bahan lain yang berkhasiat farmaseutikal yang cukup tinggi.

Antara keistimewaan saffron:
  • boleh membantu proses penghadaman
  • menguatkan ingatan
  • agen anti barah
  • merawat amenia (kekurangan zat besi)
  • mengawal tekanan darah dan kolesterol
  • mengurangkan risiko serangan penyakit jantung
  • melancarkan pengaliran darah (haid)
  • merawat penyakit saraf, keletihan, sembelit, bisa-bisa sendi
  • merawat penyakit saluran kencing (renal colic)
  • merawat kesuburan ( fertility )
  • menambah selera makan untuk kanak-kanak (increase appetite) 
  • digunakan sebagai perangsang tebaga batin dan penenang (sedative)

Saturday, January 12, 2013

Cocoa Gold

BORANG PESANAN

Harga: RM17.00 (950gm)

Cocoa Gold adalah minuman coklat bersama mahkota dewa.

Mahkota dewa atau nama saintifiknya Phaleria macrocarpa atau nama lain Phaleria papuana boleh dijumpai di halaman rumah sebagai tanaman hiasan atau juga di kebun-kebun sebagai tanaman peneduh.

Khasiat Mahkota dewa:
Kulit buah dan isi buah dikatakan boleh digunakan untuk merawat psoriasis dan jerawat.
Daun dan bijinya pula dikatakan boleh digunakan untuk merawat penyakit kulit seperti ekzema dan gatal-gatal.
Mengandungi zat antihistamin yang diketahui merupakan penyembuh alahan. Ia juga mengandungi khasiat yang menghilangkan gatal dan anti kanser. (Via K.Kosmetik)
   
                                                                                 


Thursday, January 10, 2013

~ Susu Penuh Krim Halib's Gold

BORANG ORDER

~ Susu Penuh Krim

~ Susu dengan khasiat makanan sunnah

Bahan-bahan:
Susu tepung penuh krim, Kalsium, AHA, DHA, L-lysine, Kurma, Kismis, dan Goji. 

Khasiat:
  • Halib’s Gold diperkaya dengan empat makanan berkhasiat iaitu Kismis,Kurma,Kalsium dan Goji.
  • Selain dari rasanya yang sedap, Halib’s Gold dapat membantu dalam memudahkan penghadaman dan perkumuhan kanak-kanak.
  • Kurma adalah makanan sunnah yang sangat digalakkan,kajian sains telah membutikan bahawa kurma kaya dengan unsure-unsur zat besi dan kalsium. 
  • Halib’s Gold diperkaya lagi dengan campuran biji goji. Goji dapat menyediakan kira-kira 370 kalori bagi setiap 100gm hidangan. Goji adalah antara buah paling berkhasiat dibumi.

Cara Penyediaan:
Campurkan 4 (30gm) sudu dengan 200ml air suam.


Harga:
RM 37.00 (550gm)

Wednesday, January 9, 2013

~ Hot Choc @ Hot Chocolate Drinks


BORANG PESANAN

Harga: RM15 (950gm)

Minuman yang kaya dengan protein yang diperlukan oleh tubuh untuk memperbaharui tisu badan.

Mengandungi Magnesium, iaitu mineral yang diperlukan untuk menguatkan tulang.

Ramuan: Susu rendah lemak, Ekstrak malt, Dextrose, Kalsium, dan Goji.


Saturday, January 5, 2013

KONSEP ASAS HALAL DAN HARAM DI DALAM ISLAM

Rasulullah S.A.W. menjelaskan konsep asas HALAL dan haram di dalam Islam dengan sabda Baginda;

Maksudnya:
“Sesungguhnya yang HALAL itu jelas dan yang haram itu juga jelas. Namun di antara keduanya ada perkara-perkara yang syubhah (yakni samar-samar antara HALAL dan haram), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia (sama ada HALAL atau haram). Oleh itu, sesiapa menjaga dirinya dari segala yang syubhah itu, maka sesungguhnya ia memelihara agama dan kehormatan dirinya. 

Dan sesiapa terjatuh dalam perkara syubhah, kemungkinan ia terjatuh ke dalam yang haram seperti seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, maka dikhuatiri binatang-binatang ternakannya akan masuk (dan makan rumput) di dalam kawasan larangan itu. Ketahuilah! Sesungguhnya bagi setiap raja ada kawasan larangan dan kawasan larangan Allah ialah segala yang diharamkan olehNya. 

Ketahuilah! Sesungguhnya di dalam jasad manusia ada seketul daging. Jika baik baik seketul daging itu, baiklah seluruh jasad dan jika rosak, maka akan rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah! Seketul daging yang aku maksudkan itu ialah HATI”. (Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Abi Abdillah an-Nu’man bin Basyir r.a.) 

Dari hadis di atas kita dapat mengambil beberapa ketetapan hukum; 

1. Yang HALAL dan yang haram adalah jelas di dalam Islam 
Penetapan HALAL dan haram di dalam Islam adalah terang dan jelas. Setiap butiran yang HALAL dan yang haram terkandung di dalam al-Quran dan juga as-Sunnah. Oleh demikian, setiap umat Islam wajib merujuk kepada para ulamak yang mengetahui ilmu al-Quran dan as-Sunnah untuk mengetahui apa yang HALAL dan apa yang haram. Lebih utama untuk melakukan rujukan tersebut ialah para pengeluar dan para peniaga kerana kesilapan mereka akan turut membabitkan orang lain dalam menikmati makanan atau barangan yang haram atau tidak HALAL. 

Panduan mengenali makanan dan barangan HALAL 

Menurut ulamak, HALAL atau tidaknya suatu makanan dan barangan itu bergantung kepada 2 faktor; 
  • Zat makanan dan barangan itu sendiri; hendaklah tidak tergolong dalam perkara yang disenarai-haramkan oleh Syarak. 
  • Cara pemerolehan makanan dan barangan tersebut. Sekalipun zat suatu barang itu HALAL, namun jika diperolehi dengan jalan riba, penipuan dan sebagainya, maka ia adalah haram di sisi Syarak. 
Lebih terperinci, semua makanan dan barangan yang hendak diisytiharkan HALAL hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut; 
  • Ia tidak mendatangkan mudarat kepada akal dan badan. 
  • Ia bebas dari najis 
  • Ia bukan produk yang diperolehi dari sumber babi atau anjing. 
  • Bagi produk yang diperolehi dari sumber binatang-binatang lain yang HALAL dimakan (khususnya binatang darat) hendaklah dipastikan ianya disembelih mengikut hukum Syarak. 
  • Ia diperolehi melalui sumber yang diharuskan. 
Oleh demikian, dalam pengeluaran barang-barang HALAL, para pengeluar hendaklah memastikan bahan mentah dan ramuan yang digunakan hendaklah HALAL. Binatang yang HALAL untuk dimakan seperti lembu, kambing dan sebagainya mestilah disembelih mengikut hukum Islam, di mana penyembelihannya itu dilakukan oleh orang Islam dengan memetuhi syarat-syarat penyembelihan yang ditetapkan. Bahan ramuan HALAL tidak boleh bercampur atau menyentuh bahan-bahan haram seperti produk daripada sumber babi atau anjing sewaktu menyimpan, mengangkut, memasak dan menghidangkannya. 

Pada tahun 2001 umat Islam di Malaysia dan Indonesia digemparkan dengan berita mengenai enzim babi digunakan dalam pengeluaran bahan penambah perisa MSG. Bahan yang menimbulkan kontroversi itu ialah Bactosoytone iaitu nutrien yang digunakan untuk membiakkan bakteria yang akan digunakan sebagai medium pembiakan ibu dalam proses penapaian. Bactosoytone dihasilkan apabila protein soya diuraikan oleh enzim yang diekstrakkan daripada pankreas babi. Oleh itu, penggunaan Bactosoytone dalam pengeluaran MSG adalah haram kerana ia dihasilkan daripada sumber yang haram. 

2. Jauhi yang syubhat 
Di persimpangan antara yang HALAL dan yang haram tersebut terdapat yang samar-samar yang belum dipasti statusnya; apakah ianya HALAL atau haram, iaitulah perkara-perkara syubhat. Perkara syubhat ialah perkara yang diragui HALAL-haramnya. Langkah terbaik menurut Rasulullah ialah dengan meninggalkannya. 

Rasulullah S.A.W. menegaskan dalam hadis di atas; “…sesiapa menjaga dirinya dari segala yang syubhah itu, maka sesungguhnya ia memelihara agama dan kehormatan dirinya. Dan sesiapa terjatuh dalam perkara syubhah, kemungkinan ia terjatuh ke dalam yang haram…”

Sebagai contoh; penggunaan gelatin. Gelatin dihasilkan daripada kulit dan urat binatang seperti babi dan lembu. Namun sekalipun gelatin diperolehi daripada lembu, ini tidak bermakna ianya HALAL kerana kita tidak tahu sama ada lembu tersebut telah disembelih mengikut hukum Islam atau tidak. Di banyak negara bukan Islam, hanya terdapat segelintir rumah sembelihan yang memenuhi keperluan orang Islam. Tambahan pula, kebanyakan makanan bergelatin tidak menyatakan sama ada gelatin yang digunakan itu diperolehi dari sumber babi atau lembu. Jadi, gelatin secara umumnya termasuk dalam perkara syubhat. Oleh demikian, penggunakan bahan bergelatin perlu dielakkan oleh umat Islam kecuali yang benar-benar jelas pengesahan HALALnya oleh pihak yang dapat dipercayai. 

3. Kaitan penjagaan HALAL dan haram dengan hati 
Dihujung hadis, Rasulullah menyebutkan tentang hati dan pengaruhnya terhadap perlakuan manusia sama ada baik atau buruk. Apa kaitan hati dengan konsep HALAL dan haram yang disebut di awal hadis? Persoalan ini dapat dijelas dengan dua tafsiran; 

Pertama; Kesedaran untuk menjaga HALAL dan haram bergantung kepada hati. Hanya orang yang memiliki hati bertakwa dan takutkan Allah akan memerhati makanan atau barangan yang digunanya; apakah HALAL atau haram? Adapun orang yang fasik dan memiliki hati kotor, baginya tidak penting sama ada rezki yang dinikmatinya HALAL atau tidak. Yang penting adalah memenuhi selera dan nafsunya. 

Kedua; Bersih dan sucinya hati berkait dengan makanan dan penggunaan barangan yang HALAL. Jika seseorang itu sentiasa melazimi yang HALAL, akan terjagalah hatinya. Akan tetapi jika ia mula terlibat dengan yang haram, akan kotor dan rusaklah hatinya. 


Friday, January 4, 2013

MAKANAN HALAL DAN PENSYARIATANNYA

Umat Islam perlu kepada makanan yang halal. Halal bermaksud penggunaan sesuatu makanan atau barangan yang tidak mengandungi perkara-perkara yang ditegah oleh syarak seperti khinzir, anjing, arak dan sebagainya. Ia juga mestilah diperoleh daripada sumber rezeki yang halal. Makanan yang halal mestilah baik daripada segala segi kerana sifat bagi sesuatu yang halal itu adalah baik. 

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik (halalan toyyiba) dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; Kerana Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu" (Surah al-Baqarah, 2:168). 

Bagi menghuraikan maksud halalan toyyiba dalam ayat di atas, Jalaluddin Muhammad dalam Kitab Tafsir al-Jalalain, menyebut bahawa perkataan toyyiba (baik) itu adalah sifat kepada halal itu sendiri. Maka dapatlah di fahami bahawa setiap makanan yang halal itu mestilah juga baik daripada pelbagai segi sama ada bahan campurannya, bersih dalam proses penyediaan dan dapat memberi manfaat kepada tubuh badan manusia. 

Selain itu, pensyariatan pemilihan makanan yang halal juga adalah jelas di nyatakan oleh Allah S.W.T. Terdapat banyak dalil yang menyebut berkaitan dengan hal ini, antaranya ialah: 

"Hai orang-orang yang beriman, makanlah diantara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah" (Surah al-Baqarah, 2:172). 

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya" (Surah al-Maidah, 5:87-88).
Sumber: KOEDAR 



FALSAFAH PEMAKANAN ISLAM

Islam merupakan agama yang syumul (menyeluruh). Ia mengajar umatnya dalam segala aspek kehidupan samada di dunia mahupun di akhirat. Dalam hal pemakanan, Islam telah menggariskan beberapa etika yang perlu diamalkan oleh umat manusia seperti berikut: 

Makan Apabila Lapar Dan Berhenti Sebelum Kenyang 
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan kecuali apabila lapar dan apabila kami makan tidak sampai terlalu kenyang” (Hadith Riwayat Abu Dawud). 

Memilih Makanan Yang Halal Lagi Baik 
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Hak anak ke atas bapa ialah bapa itu hendaklah memberi nama yang elok, mengasuhnya dengan budi pekerti yang baik, mengajarnya menulis, berenang dan memanah. Janganlah berikan kepadanya rezeki selain yang baik (halal) dan hendaklah mengahwinkannya apabila telah layak berkahwin" (Hadith Riwayat Hakim). 

Membaca Bismillah, Ambil Dengan Tangan Kanan & Makanan Yang Terdekat 
Sabda Rasulullah S.A.W.: “Bacalah Bismillah (jika kamu hendak makan), dan makanlah dengan tangan kananmu, dan ambillah makanan yang terdekat” (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim). 

Menghormati Orang Lain 
Diriwayatkan oleh al-Baihaqi, sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Jikalau seseorang daripada kamu makan bersama-sama dengan orang ramai dan sudah berasa kenyang, maka janganlah kamu mengangkat tangan (berhenti dahulu), sehingga orang ramai sama berhenti (iaitu berhenti makan bersama-sama), ini kerana jika kamu berhenti dahulu sebelum orang lain, hal itu dapat memalukan kawanmu". 

Tidak Membazir 
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan" (Surah al-A'raaf, 7:31). Maksud berlebih-lebihan di sini ialah janganlah melampaui batas dalam mengambil makanan. Makanan perlu diambil berdasarkan keperluan tubuh badan dan dipastikan ianya adalah halal.

Sumber: KOEDAR

KENAPA KITA PERLU MAKANAN YANG HALAL?

Persoalan yang mungkin timbul kepada manusia ialah mengapa Allah S.W.T. dan Nabi Muhammad S.A.W. menyeru agar umat Islam memilih makanan yang halal dalam kehidupan seharian. Sudah tentu adanya hikmah dan kelebihan yang dapat membantu manusia menjalani kehidupan sebagai hamba Allah S.W.T. dengan lebih baik sebagaimana berikut:

1. Supaya Doa Dimakbulkan Oleh Allah S.W.T. 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Seorang lelaki bermusafir sehingga rambutnya menjadi kusut dan mukanya dipenuhi debu. Dia menadah tangannya dan berdoa kepada Allah S.W.T. sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakainnya haram dan mulutnya disuapi dengan sesuatu yang haram, bagaimana akan diperkenankan pemohonannya?” (Hadith Riwayat Muslim, Ahmad & Tirmizi). 

2. Selamat Daripada Seksaan Api Neraka 

Saad bin Abi Waqas bertanya kepada Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah, pintalah kepada Allah S.W.T. agar Dia menjadikan doaku mustajab. Jawab Rasulullah SAW: Wahai Saad, jagalah soal makanmu nescaya kau menjadi orang yang makbul doanya. Demi Allah yang nyawa Muhammad dalam tanganNya, jikalau seseorang lelaki memasukkan sesuap makanan haram dalam perutnya, doanya tidak akan diterima selama 40 hari. Sesiapa hamba yang dagingnya tumbuh dari makanan haram dan riba maka neraka lebih layak baginya" (Hadith Riwayat Ibnu Abbas). 

3. Amal Ibadat Diterima Oleh Allah S.W.T. 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Barangsiapa yang bersembahyang dengan mengenakan pakaian yang dibeli dengan sepuluh dirham dan satu dirham daripadanya dari sumber yang haram, Allah tidak akan menerima solatnya". Rasulullah SAW bersabda : "Allah itu suci dan Dia tidak akan menerima melainkan yang suci juga" (Hadith Riwayat Muslim). 

4. Membentuk Darah Daging Yang Baik Dalam Badan 

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Ingatlah bahawa di dalam tubuh badan manusia itu ada sepotong daging, yang apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh tubuhnya, dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuh itu, ingatlah bahawa yang dimaksudkan itu ialah hati" (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim).

Oleh yang demikian, adalah menjadi satu kewajipan dan tanggungjawab umat Islam pada hari ini untuk lebih berhati-hati dan mengambil berat berkaitan pemakanan halal ini. Hendaklah kita sentiasa memastikan bahawa setiap makanan yang diperoleh dan dimakan itu adalah halal menurut syariat Allah S.W.T. Sesungguhnya suruhan Allah S.W.T. ini adalah untuk tujuan dan kebaikan manusia bersama.

Sumber: KOEDAR 


Pengenalan IMP & Produk IMP

Apa itu IMP?
IMP adalah singkatan daripada perkataan “Islamic Manufacturing Practice” atau “Amalan Pengilangan Islam”. IMP ialah suatu piawaian “HALALAN THOYYIBA”; iaitu suatu proses pengilangan yang bukan sahaja suci dari sudut jasmaninya malahan juga suci dari sudut ruhaninya. Ia merupakan satu piawaian atau “standard” bagi mengilangkan produk-produk yang bukan sahaja halal malah mendapat keberkatan dari Allah S.W.T.

Piawaian IMP diuruskan oleh sebuah NGO yang dikenali sebagai Sekretariat Komuniti IMP yang berpusat di Kuala Kangsar,Perak dengan dianggotai oleh sekumpulan pakar yang berpengalaman luas di dalam industi pengilangan.

Firman Allah S.W.T.:
Sumber: IMP Utara
“Wahai manusia! Makanlah apa-apa sahaja yang ada di atas muka bumi dari yang halal lg baik, dan janganlah kamu ikut langkah-langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata.”
(Surah Al-Baqarah: 168)



Visi IMP

Menjadi suatu piawaian Islam yang diyakini Umat Islam sejagat melalui moto : 
“ Bukan Sekadar Halal Tetapi Halalan Toyyiba "


Objektif

Memartabatkan Amalan Pengilangan Islam untuk melahirkan generasi seperti “ Salahuddin Al-Ayyubi ”


Kepentingan IMP 
IMP merupakan suatu standard atau lambang penting yang dapat memberi keyakinan dan jaminan kepada pengguna terhadap KUALITI, EFIKASI dan KESELAMATAN. IMP membawa konsep fizikal dan spiritual bagi mematuhi piawaian Halalan Toyyiba.

Umat Islam perlukan makanan bukan sekadar HALAL tapi HALALAN THOYYIBA. Pada masa kini, 80% makanan halal diusahakan oleh orang bukan muslim. Kalau bukan KITA siapa lagi? Dan mulai dari hari ini, kita sebagai UMAT ISLAM perlu mengambil inisiatif untuk menyediakan segala keperluan yang benar-benar HALAL bagi melahirkan umat manusia yang bertaqwa, beriman, solah dan solehah. Kita juga perlu memastikan generasi yang akan datang adalah generasi yamg mampu memikul AMANAH Allah dan Rasulnya.

Produk IMP 
Produk IMP adalah produk yang dijual di pasaran dengan harga yang berpatutan, berkualiti tinggi serta selamat digunakan. Sehingga kini, produk yang telah mencapai piawaian serta mendapat pensijilan IMP semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Jenis produk yang mendapat pensijilan IMP
ü  Produk makanan dan minuman Halal
ü  Produk kegunaan harian
ü  Produk kosmetik
ü Produk Makanan Kesihatan  

Ciri-ciri Produk IMP:
ü Diiktiraf HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM).
ü Dikilang mengikut standard “Good Manufacturing Practice” (GMP).
ü Diluluskan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK).
ü Bersih lagi suci dan digunakan tanpa was-was.
ü Penerapan amalan pengilang Islam dalam proses penghasilan produk seperti semua pekerja diwajibkan
    berwuduk, menutup aurat, membaca Asma-ul Husna, mengamalkan doa dan zikir harian serta solat dhuha
    sebelum memulakan pekerjaan.

Antara Produk-produk IMP
ü Susu Penuh Krim Halib’s
ü Susu Penuh Krim Halib’s Gold
ü Baroka Café
ü Goata Café
ü Hot Choc
ü Cocoa Gold
ü Mawaddah
ü Khall
ü Madu Halia
ü Madu Kayu Manis
ü Air Mutiara
ü Saffron Sparkling
ü Kordial Rumpai Laut
ü Sos Kantan
ü Stellaris Shower Gel
ü Lavender Body Wash
ü Stellaris Shampoo
ü Tea Tree Hair Shampoo
ü Tea Tree Feminine Wash
ü Vagine Soff
ü Batooka
ü Batooka Gold



Thursday, January 3, 2013

Goata Cafe

KANDUNGAN:
Biji Kopi Arabica, Krimer Tanpa Tenusu, Susu Kambing, Fruktosa

KHASIAT:
Goata café adalah kopi pracampur yang berasaskan susu kambing. Biji kopi yang digunakan adalah dari jenis biji kopi arabika. Sedia maklum bahawa susu kambing adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu. Ia juga mempunyai tahap pencernaan yang tinggi dan kurang menyebabkan alergi.

PENYEDIAAN 
1 sachet untuk setiap 200 ml air panas



FAKTA NUTRISI

Item
Per Serving (25g)
Per Serving(100gm)
Energy              
110 kcal
440 kcal
Totol fat              
3.0 gm
12.0  gm
Carbohydrate     
16.3 gm
65.2 gm
Totol sugar  
7.6 gm
30.5 gm
Protein                      
1.3 gm
5.0 gm

Susu Halibs Penuh Krim


PRODUK IMP

Susu formula yang dirumus khas untuk kanak-kanak:

>> Mengandungi kismis, kurma dan kalsium yang diekstrak daripada rumpai laut

>> Meningkatkan kecerdasan minda

>> Melancarkan proses penghadaman

>> Menambah tenaga untuk proses tumbesaran

>> Menceriakan emosi kanak-kanak

>> Sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas dan juga orang dewasa


HARGA : RM28.00 (500GM)

Susu Penuh Krim (susu lembu) dgn Kalsium, Kismis, Kurma, Rumpai Laut, AHA, DHA dan L- Lysine

Susu Penuh Krim Halib'sesuai untuk kanak-kanak bermula setahun ke atas dan dewasa (termasuk ibu mengandung /menyusu). Boleh juga diambil bagi bawah setahun (6 bulan ke atas)sbg alternatif menggantikan susu ibu namun bancuhan perlulah dicairkan mengikut kesesuaian anak. 


Cadangan bancuhan:
  • 1 skop 50ml utk setahun ke atas
  • 1 skop 60ml utk bwh setahun

 Khasiat:
  • Meningkatkan selera makan
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan melawan penyakit
  • Pembentukan gigi dan tulang yang kuat
  • Memberi tenaga dan mencegah badan lesu
  • Mengatasi masalah kembung perut,batuk,asma dan penat
  • Mencegah cirit-birit dan sembelit
  • Meningkatkan ketajaman minda
  • Menguatkan jantung dan melembutkan hati

Kos penghantaran :
Semenanjung : Sekotak RM7, 2 kotak ke atas RM10
Sabah & Sarawak : Sekotak RM12, 2 kotak ke atas ikut timbangan berat dan jenis pos



T&C pos Semenanjung sahaja
Diskaun RM1 untuk pembelian 3 kotak ke atas
1 karton 12 kotak RM310 (termasuk kos penghantaran citylink)
2 karton 24 kotak RM600 (free pos felda Selasa/Khamis shj)

BORANG ORDER

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...