Thursday, February 2, 2017

Penjelasan mengenai fasa pengenalan susu Puremil



🔵🔵🔵🔵🔵

Penjelasan mengenai fasa pengenalan susu Puremil
(Susu Puremil mula dipasarkan pada pertengahan Januari 2017)

Susu ini terhasil atas isu susu tepung yang kebanyakan dicampur dengan bahan tidak bermanfaat. Sebahagian susu tepung bukan susu tepung asli seperti mana yang didakwa, baik susu lembu mahupun susu kambing (tidak termasuk susu formula, susu soya dan lain-lain susu yang bukan berasaskan susu lembu/kambing). Kenyataan ini dibuat bagi memberitahu kepada masyarakat supaya ambil berat terhadap apa yang anda minum/makan.

Sebagai alternatif susu Puremil ini dihasilkan dengan mengambil kira aspek-aspek perundangan, nutrisi, kualiti dan keselamatan produk di samping harga yang tidak membebankan pengguna.

Aspek Perundangan : kita mempunyai Akta Makanan sebagai satu bentuk garis panduan untuk menghasilkan sesuatu produk yang selari dengan kehendak Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memastikan produk ini terkawal dari segi penggunaan bahan mentah terutamanya.

Aspek Nutrisi : rujukan Recommended Nutrition Intake (RNI) Malaysia 2005

Kualiti : Sebahagian ahli kumpulan kami merupakan pegawai kawalan kualiti di kilang susu Puremil ini dihasilkan. Sebahagiannya lagi pula merupakan bekas pekerja dan juga bekas pegawai kawalan kualiti di kilang tersebut. Jadi kami sangat-sangat mengenali bahan mentah dan kaedah bagaimana produk ini dihasilkan. Ini juga merupakan sebab utama kenapa pihak kami tidak menghasilkan susu ini di kilang-kilang yang lain kerana pihak kami belum tentu tahu apakah bahan-bahan yang dimasukkan ke dalam produk kami. Selain itu kilang ini juga mempunyai piawaian IMP* (Islamic Manufacturing Practice).
*Rujukan : http://halalmanufacturing.com/islamic-manufacturing-practice-imp/

Keselamatan : Bahan mentah susu yang kami gunakan ini tidak mengandungi bahan-bahan yang boleh memudaratkan kesihatan seperti krimer bukan tenusu dan penggunaan maltodextrin. Produk ini juga tidak mengandungi gula sukrosa. Kami amat tidak menggalakkan kanak-kanak seawal usia 1 tahun diajar dengan minuman/makanan manis lebih-lebih lagi susu yang mereka minum setiap hari.

Kaedah jualan juga tidak menggunakan sistem ejen/stokis. Ini kerana bagi mengawal maklumat yang tidak betul disebarkan oleh ejen kepada pengguna terutamanya apabila melibatkan bayi berusia 6 bulan ke bawah. Buat masa sekarang, produk ini hanya boleh didapati secara online melalui unit jualan kami sahaja dan di beberapa outlet terpilih (akan dipasarkan secara berperingkat)

Walaupun produk ini mempunyai piawaian IMP di mana bahan mentah terjamin halal namun sijil Halal perlu diperoleh bagi melayakkan produk ini menggunakan logo Halal Jakim. Produk ini belum mempunyai logo Halal di kotak kerana masih dalam proses permohonan sijil Halal yang mengambil masa untuk diluluskan.  Produk ini masih baru dikeluarkan pada pertengahan Januari 2017 tahun ini. Sebanyak 2000 kotak tanpa logo halal telah dicetak terlebih dahulu. Ini kerana menjadi kesalahan sekiranya kotak susu Puremil ini mempunyai logo halal tetapi tidak mempunyai sijil Halal, maka pihak KPDNKK boleh merampas produk susu Puremil ini.

Terdapat sedikit kesalahan sewaktu cetakan awal dibuat. Sebanyak 1000 kotak pertama terdapat kesalahan pada fakta nutrisi di mana sebahagian nama nutrisi tidak muncul, hanya keluar nilainya sahaja.

*Rujukan penuh fakta nutrisi di dalam gambar

Harga :
Susu Puremil mempunyai dua harga sahaja iaitu rm35 (runcit) dan rm30 (harga borong 12kotak). Kami mewujudkan belian secara borong supaya pengguna dapat berbelanja dengan baik dalam menguruskan stok susu anak-anak . Perlu anda ketahui susu Puremil tidak dicampurkan dengan ekstrak bahan lain, bahan pemberat seperti campuran tepung lain, gula dan maltodextrin, tiada campuran susu skim dan krimer. Hampir 100% adalah susu penuh krim dan hanya ditambah DHA. Bahan mentah susu sememangnya mahal dan harga yang kami pasarkan insyaallah bersesuaian dengan kualiti produk. Tiada margin yang tinggi untuk kami pasarkan/iklankan susu ini dengan cepat (sistem ejen/pasaran besar dll). Anda boleh lihat pada bancuhan susu Puremil yang sangat jimat 3skop (20gm) susu untuk 180ml air (cadangan 3x sehari) sudah melengkapi keperluan nutrisi kalsium, protein dan Vit D yang diperlukan kanak-kanak. Rasa susu yang sedap seperti susu segar, lemak berkrim ini lebih mengenyangkan. Bukanlah susu lemak berkrimer yang kemungkinan memberi kesan yang tidak baik untuk kesihatan jangka panjang.

Dari segi khasiat, susu Puremil memberikan khasiat sebenar susu sepertimana susu merupakan satu hidangan di dalam piramid makanan yang penting bagi tubuh badan untuk mendapatkan gizi yang seimbang. Susu secara semulajadinya merupakan minuman/makanan yang paling tinggi kandungan kalsium dan memainkan peranan penting untuk setiap peringkat umur bermula dari kanak-kanak hingga dewasa termasuk ibu hamil, ibu menyusu dan orang tua.

*susu ibu adalah susu terbaik di dunia. Namun demikian, bagi kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas hingga dewasa, keperluan kalsium sangat penting untuk keperluan tubuh badan. Di samping mengamalkan pemakanan yang baik dan seimbang, susu segar atau susu Puremil boleh dijadikan minuman berkhasiat sebagai pelengkap gizi yang seimbang.

Kami pengguna seperti anda, dan inilah yang kami inginkan untuk anak-anak dan keluarga kami. Semoga susu Puremil membawa manfaat untuk kita semua.

Nota:
Design kotak akan ditambahbaik pada masa akan datang terutamanya pada bahagian kandungan bahan.
Kami berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada umum baik dari segi produk serta penyampaian maklumat.
Jika ada kesilapan dalam post kami, pihak kami mengalu-alukan komentar daripada mereka yang "ahli" untuk membetulkan kesilapan tersebut secara inbox supaya kami tidak terlepas pandang dan dapat berbincang dengan lanjut.
Jika ada sebarang pertanyaan, juga boleh pm kami di inbox.

Terima kasih

http://susupuremil.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...