Saturday, July 27, 2013

Nuzul Quran 2013

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. 
 
Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.
 
Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Friday, July 26, 2013

KHASIAT KURMA yang MESTI KITA TAHU & AMALKAN!

Sabda Rasulullah S.A.W.:

"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

Monday, July 15, 2013

Pesanan Ramadhan

  • Tidak makan & minum ketika berpuasa.

  • Jaga pandangan mata.

  • Jangan bergaduh & berbalah.

  • Jangan menipu, mengumpat dan memaki.

  • Tidak merokok.

  • Jangan buang masa dengan aktiviti tidak berfaedah.

  • Tidak mendengar muzik melalaikan. 

  •  Tambahkan pengetahuan Islam.

  • Banyakkan membaca al-Quran.

  • Banyakkan berdoa.

  • Banyakkan bersedekah.

  • Banyakkan berzikir.

  • Sembahyang fardhu pada waktunya.

 
 



Saturday, July 13, 2013

Berbuka ikut Sunnah

Dalam sunah, kita disunatkan berbuka puasa dengan rutab, jika tidak ada dengan tamar, jika tidak dengan air. Rutab ialah buah kurma yang masak sebelum menjadi tamar kering, ianya lembut dan manis. Adapun tamar adalah kurma yang sudah kering. (lihat: al-Mu‘jam al-Wasit 1/88). Faedah kesihatan juga terbukti secara saintifik berbuka dengan rutab atau tamar.

Sesetengah menganggap jika ada air zamzam itu lebih baik. Sebenarnya, dakwaan seperti ini tidak berteraskan hadis. Anas katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka dengan puasa sebelum bersolat dengan beberapa biji rutab, sekiranya tiada rutab maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar maka baginda minum beberapa teguk air. (Riwayat al-Imam Ahmad dan al-Tirmizi, Al-Diya al-Maqdisi menilai hadis ini sebagai sahih).

Kata al-Mubarakfuri (meninggal 1353H): Hadis ini menjadi dalil disunatkan berbuka puasa dengan rutab, sekiranya tiada maka dengan tamar, dan sekiranya tiada maka dengan air… Adapun pendapat yang menyatakan di Mekah disunatkan didahulukan air zamzam sebelum tamar, atau mencampurkan tamar dengan air zamzam adalah ditolak. Ini kerana ia menyanggahi sunah.

Adapun Nabi telah berpuasa (di Mekah) banyak hari pada tahun pembukaan kota Mekah namun tidak pernah diriwayatkan baginda menyalahi adat kebiasaannya mendahulukan tamar sebelum air. (al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi, 3/311, Beirut: Dar al- Kutub al-‘Ilmiyyah).

Demikian sesetengah kita, akan berhenti memakan sahur apabila melihat jadual waktu imsak yang disebarkan oleh kebanyakan pihak. Jadual itu biasanya akan menetapkan waktu berpuasa lebih awal dari masuknya waktu solat subuh. Padahal al-Quran menyebut: (maksudnya): Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putih dari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam (surah al-Baqarah: 187).

Dalam hadis al-Bukhari dan Muslim, Nabi menyebut dengan jelas: Makan dan minumlah sehingga azan Ibn Ummi Maktum, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh). Ibn Ummi Maktum adalah muazzin Nabi. Baginda mengajar kita dalam hadis ini agar kita boleh bersahur sehingga masuknya waktu solat subuh. Apabila waktu solat subuh, bererti waktu sahur berakhir.

Baginda tidak pula menyebut beberapa ketika atau setengah jam sebelum subuh. Bahkan dalam hadis Abu Daud dan Ahmad baginda memberikan kelonggaran yang lebih luas untuk umatnya. Baginda bersabda: Apabila seseorang kamu mendengar azan sedangkan bekas minuman berada di tangannya, maka janganlah dia meletakkannya sehingga selesai hajatnya (dinilai sahih oleh al-Albani).

Baginda tidak menyuruh seseorang meludah atau memuntahkan apa yang ada dalam mulut apabila mendengar azan seperti pendapat sesetengah orang. Islam itu mudah dan praktikal. Ada orang kata, dia tidak dapat terima pendapat ini. Saya katakan kepadanya: Ini hadis bukan pendapat. Dia kata: Saya pakai pendapat orang ramai. Saya katakan: Agama berdasarkan dalil, bukan emosi.

Dalam hadis disebut “Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah dengan makanan sebelum kamu menunaikan solat maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Dalam hadis yang lain baginda bersabda: Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesai. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Tujuan hadis ini agar solat tidak diganggu oleh ingatan kepada makanan. Makanlah dengan sederhana kemudian bersolatlah.

Namun ramai yang apabila hidangan berbuka puasa di hadapan matanya dan keinginannya pula tinggi, lalu dia meninggalkan hidangan pergi menunaikan solat dengan hati yang tidak fokus. Seakan itu petunjuk agama. Sebenarnya petunjuk Nabi bukan demikian. Baginda lebih memahami jiwa insan. Kata al-Nawawi (meninggal 676H): Di dalam hadis-hadis tersebut menunjukkan dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ianya boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk. (al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 4/208, Beirut: Dar al-Khair).

Apa yang ingin saya jelaskan, betapa pentingnya agama ini dibina di atas dalil. Sesiapa sahaja yang berbicara tentang agama, sehebat mana dia, mintalah kemukakan dalil syarak. Agar agama tidak menjadi jualan murah yang diberi lesen kepada sesiapa sahaja untuk mewakili Allah dan Rasul-Nya tanpa bukti. Contoh-contoh puasa adalah sempena Ramadan yang masih kita lalui. Banyak lagi contoh lain jika ingin dibicarakan. Semoga puasa kita mendekatkan kita kepada sumber yang agung; al-Quran dan al-sunah.

Jom hargai qiyamullail & tarawih dgn petua berbuka ikut sunnah..

Sumber: Ustaz Zahazan Mohamed

Friday, July 12, 2013

Pesan Rasulullah S.A.W. di Bulan Ramadhan

  •  Bermohon kepada Allah dengan hati yang tulus dan ikhlas.
  • Celakalah orang yang tidak mendapat keampunan dalam bulan ini. Kenanglah rasa lapar dan hausmu, kehausan dan kelaparan di hari kiamat.
  • Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu kerana itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah memandang hamba-hambaNya dengan penuh kasih sayang.
  • Sesungguhnya diri-dirimu tergadai kerana amal-amalmu, maka bebaskanlah ia dengan istighfar.

  •  sesiapa yang membaguskan akhlaknya pada bulan ini, ia akan berhasil melewati titian sirath pada hari ketika kaki-kaki tergelincir.
  • Sesiapa yang mengerjakan solat fardhu dalam bulan ini, umpama melakukan 70 solat fardhu di bulan lain.

Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Bacalah Al-Quran kerana ia akan datang sebagai pemberi syafaat (pertolongan)" 
(H.R. Muslim dari Abi Umamah)

Thursday, July 4, 2013

Pemakanan Untuk Pesakit Diabetes

Makanan yang BEBAS dimakan:

1. Teh/kopi O' tanpa gula, teh hijau, air mineral, air limau (tanpa gula), air barli (tanpa gula) dan sup cair.

2. Sayur-sayuran : sawi, kobis, ulam, bayam, kailan, kangkung, kacang panjang, kacang bendi, daun salad, bunga kobis, peria, pucuk paku, tomato, taugeh, cendawan, terung, dsb (kecuali sayuran berkanji).

3. Perasa dan perencah semulajadi: bawang putih/merah, kunyit, halia, serai, cuka, serbuk kari, herba, akar kayu, cili, daun pandan, ketumbar, pasli dan lain-lain.


Makanan yang perlu DIKAWAL

1. Bijirin dan hasilnya: nasi, roti, biskut, oat, bihun, mee, kuay teow, capati, tosai, putu mayam, idli, macaroni, spaghetti, tepung dan makanan berasaskan tepung.

2. Sayuran berkanji: Ubi kayu/keledek/kentang, lobak, labu, jagung, kacang peas, kacang kuda, dhal, kacang panggang.

3. Susu: Susu tepung (skim/rendah lemak), susu segar, susu sejat, yogurt.

4. Buah-buahan: Semua jenis buah.


Makanan yang perlu DIELAK :    

1. Gula ringkas: gula putih/melaka/batu, gula-gula, glukosa.

2. Madu, jem, kaya, susu pekat manis, sirap, minuman ringas, dan minuman kordial.

3. Biskut manis, roti manis, kuih manis, kek, aiskrim, coklat.

4. Air tebu, air kelapa muda dan nira.

5. Minuman/makanan yang ditambah gula.                                                                       

Wednesday, July 3, 2013

Manna (Gam Arab)

Kaya dengan fiber diet boleh larut yang memudahkan sistem pencernaan. Membantu proses gastrointestinal badan. Mengandungi serat yang membantu mengurangkan gas dalam badan. Menggalakan pembiakan bakteria sihat di dalam perut dan ia mencegah kanser kolon, sembelit, dan cirit-birit. Membantu melawan penyakit kencing manis dan jantung. Membaeri rasa kenyang yang berpanjangan.

Produk-produk yang mengandungi Manna:
Produk Susu Halib's, Susu Khadim, Mawaddah, 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...