Tuesday, June 24, 2014

Dapatkan Yang "HALAL LAGI BAIK"


“Wahai manusia! Makanlah apa-apa sahaja yang ada di atas muka bumi dari yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut langkah-langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata.”
(Surah Al-Baqarah: 168)

==> Pertanyaan / Pembelian :
PM saya di : www.facebook.com/messages/kohalalthoyibba.eshop

==> FB Official Kohalalthoyibba E-Shop :
www.facebook.com/kohalalthoyibba.eshop

SMS PN. MARIAM ~ 019-5689346

KENAPA KITA PERLU MAKANAN YANG HALAL?

Persoalan yang mungkin timbul kepada manusia ialah mengapa Allah S.W.T. dan Nabi Muhammad S.A.W. menyeru agar umat Islam memilih makanan yang halal dalam kehidupan seharian. Sudah tentu adanya hikmah dan kelebihan yang dapat membantu manusia menjalani kehidupan sebagai hamba Allah S.W.T. dengan lebih baik sebagaimana berikut:

1. Supaya Doa Dimakbulkan Oleh Allah S.W.T.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Seorang lelaki bermusafir sehingga rambutnya menjadi kusut dan mukanya dipenuhi debu. Dia menadah tangannya dan berdoa kepada Allah S.W.T. sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakainnya haram dan mulutnya disuapi dengan sesuatu yang haram, bagaimana akan diperkenankan pemohonannya?” (Hadith Riwayat Muslim, Ahmad & Tirmizi).

2. Selamat Daripada Seksaan Api Neraka

Saad bin Abi Waqas bertanya kepada Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah, pintalah kepada Allah S.W.T. agar Dia menjadikan doaku mustajab. Jawab Rasulullah SAW: Wahai Saad, jagalah soal makanmu nescaya kau menjadi orang yang makbul doanya. Demi Allah yang nyawa Muhammad dalam tanganNya, jikalau seseorang lelaki memasukkan sesuap makanan haram dalam perutnya, doanya tidak akan diterima selama 40 hari. Sesiapa hamba yang dagingnya tumbuh dari makanan haram dan riba maka neraka lebih layak baginya" (Hadith Riwayat Ibnu Abbas).

3. Amal Ibadat Diterima Oleh Allah S.W.T.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Barangsiapa yang bersembahyang dengan mengenakan pakaian yang dibeli dengan sepuluh dirham dan satu dirham daripadanya dari sumber yang haram, Allah tidak akan menerima solatnya". Rasulullah SAW bersabda : "Allah itu suci dan Dia tidak akan menerima melainkan yang suci juga" (Hadith Riwayat Muslim).

4. Membentuk Darah Daging Yang Baik Dalam Badan

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Ingatlah bahawa di dalam tubuh badan manusia itu ada sepotong daging, yang apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh tubuhnya, dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuh itu, ingatlah bahawa yang dimaksudkan itu ialah hati" (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim).

Oleh yang demikian, adalah menjadi satu kewajipan dan tanggungjawab umat Islam pada hari ini untuk lebih berhati-hati dan mengambil berat berkaitan pemakanan halal ini. Hendaklah kita sentiasa memastikan bahawa setiap makanan yang diperoleh dan dimakan itu adalah halal menurut syariat Allah S.W.T. Sesungguhnya suruhan Allah S.W.T. ini adalah untuk tujuan dan kebaikan manusia bersama.

Wednesday, June 11, 2014

Testimoni Susu Halib's

 
 "Saya dah cuba dalam 3 hari, tgk anak saya dah kurang merengek malam2, dah tak nangis2 macam selalu.." 
-Puan Hasneyza, Johor


"Alhamdulillah anak sy suka minum susu ni, sy dalam proses cerai susu badan, macam2 jenama susu sy try bg anak taknak minum, now dia minum susu ni 3x sehari dan campur juga lg dgn susu badan, anak sy setahun 8 bulan" 
- Puan Izwani, Kuala Terengganu


 "Alhamdulillah selepas 1 tahun 4 bulan, baru anak sy boleh terima susu.. sy cuba bg Halib's biasa dan alhamdulillah dia tak muntah2 lagi seperti dulu "
- Puan Ira Kulai Johor


 "Sejak dia minum Susu Halibs ni, dia jarang sakit kak..badan sihat, semakin aktif. Sebelum tukar Susu Halibs dia kena lung infection, lepastu berak2, tukar susu macam2, tapi tak ok juga tahi dia.. masih cirit-birit. Bila dapat tahu susu ini, saya terus beli dan bagi dia minum, 2 hari dah baik, tak ada cirit-birit. Sejak tu sampai sekarang dia sihat, tak ada sakit. Saya takut tukar susu lain, takut dia sakit, sebab bila diasakit dia susah nak makan ubat, nanti ulang alik masuk hospital, saya yang letih.." 
- Puan Ain, Johor

"Alhamdulillah, anak-anak amalkan susu ini banyak perubahannya, makin cerdik, cergas, ceria dan lain-lain, cuba try deh.. "

- Puan Riey, Kelantan


"Saya pengguna Susu halibs Penuh Krim, sejak menggunakan susu ini alhamdulillah.. berat badan anak saya bertambah. Selsama, batuk jarang datang... Kesihatan bertambah baik dengan izin dariNya dan yang paling penting, rasanya yg sangat sedap... ibu dan anak pun berkongsi :)" 
- Puan Sahaida, Cheras KL


"Susu ibu tetap yang terbaik, selepas cukup tempoh susuannya, dicadangkan Susu Halibs, malah untuk orang dewasa dan warga emas juga. Banyak pilihannya, ambil yang mana sesuai, diuji secara klinikal dan terbukti khasiat dan kelazatannya. Sudah 2 tahun Pak Cik menjadikannya minuman harian, nak tahu kelebihannya, cubalah mulai hari ini, Inshaallah bagus" 
- En. Ismail, Kedah


"Baru sehari bagi anak cuba minum tadi, dia cepat kenyang... tak merengek macam selalu, pengasuh yg beritahu td. Selalu guna susu formula lain dia lambat minum, nangis2 bila bau nak minum. Bila bagi Susu Halibs, dia bau terus je minum.Sekali minum habis.. susu dulu tak habis. Senang hati saya tengok anak serasi dengan susu Halibs, baru senang hati bekerja, hehe" 
- Puan Shaz, Negeri Sembilan


"Anak saya menyusu badan sampailah sekarang. Umur 3 tahun. Bila lama menyusu badan, susah nak ceraikan susu..Kami dah test bagi minum susu mahal sampailah susu murah. Anak minumlah dua tiga kali. Tu pun tak habis...

Susu Zhulian - dah try
Susu Enfagrow - dah try
Susu Dumex - dah try
Susu Fernleaf - dah try

Semua anak tak habiskan. Alhamdulillah saya beli starter pek Halibs Kismis-Kurma-Manna. Anak habiskan segelas. Dan sekarang dah pandai minta susu plak. Suka Sangat!"

   - En. Naza & Puan Nurul, Kulim Kedah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...