Thursday, March 23, 2017

Apa terjadi bila susu dididihkan?


Anda boleh cuba dan buat sendiri di rumah.

1. Bila susu asli dididihkan akan terdapat satu lapisan nipis seperti plastik berada di permukaan susu. Lapisan ini dipanggil filem.

2. Tempoh masa dididihkan lebih lama, air susu menggelegak dan berbuih atau meruap sehingga boleh terkeluar daripada periuk.

Keputusan di atas menunjukkan susu tepung tersebut adalah susu sebenar/susu asli (susu lembu/susu kambing)

Kalau susu yang dididihkan tidak meruap, sila periksa kandungan protein susu tersebut. Lihat fakta nutrisi pada kotak seperti yang kami beritahu dalam artikel sebelum ini.

Tuesday, March 7, 2017

Video ujian ringkas dalam mengenalpasti tindakbalas susu asli, krimer, maltodextrin, whey protein dan susu tidak asli yang dibiarkan semalaman


Video ujian ringkas dalam mengenalpasti tindakbalas susu asli, krimer, maltodextrin, whey protein dan susu tiruan yang dibiarkan semalaman.

Hasil :
Susu asli akan membentuk seperti dadih dan berbau masam serta melekat pada bekas.

Ada juga susu tiruan yang membentuk seperti dadih apabila kandungannya mengandungi tepung dadih. Macamana nak kenalpasti? Lihat pada label kandungan susu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...