Friday, May 31, 2013

5 Bahan Mudah Untuk Bersihkan Toksin Dalam Hati

Jom kita cuci semula hati kita dengan bahan-bahan mudah yang boleh diperolehi di dapur atau pun di pasar.

1. Air Lemon Suam
Air lemon suam merupakan bahan terbaik untuk nyahtoksin daripada badan, terutamanya di waktu pagi. Ini bukan jus lemon, jadi jangan tambahkan gula atau bahan-bahan lain. Pakar pemakanan mengakui bahawa hati menghasilkan lebih banyak enzim jika bertindakbalas dengan air lemon suam.


2. Bawang Putih
Banyakkan bawang putih dalam masakan dan makanan anda lepas ini. Ini kerana bawang putih mengandungi sebatian sulfur yang boleh membantu mengaktifkan enzim dalam hati. Ianya juga mengandungi allicin dan selenium yang diakui baik untuk melindungi hati.





3. Avokado
Buah ini memang banyak fungsinya. Satu kajian di Jepun mendapati avokado mengandungi sebatian yang dapat melindungi hati daripada kerosakan. Jika dibandingkan dengan 21 jenis buah yang lain, avokado merupakan buah yang paling berpotensi tinggi untuk melindungi hati daripada "galactosamine", iaitu bahan toksin paling kuat dalam merosakkan fungsi hati.


4. Cilantro / Coriander
Cilantro ataupun Coriander juga dikenali sebagai Chinese Parssley, dhania. Herba ini boleh ditambahkan dalam diet pemakanan seharian kerana ianya dapat menyingkirkan logam berat dalam badan, sekaligus meringankan tugas hati semasa kerja pembersihan hati.




5. Kunyit
Satu lagi bahan penambah rasa dalam makanan yang mempunyai banyak khasiat. Kunyit bukan sekadar melindungi hati daripada rosak, tetapi juga menggalakkan penghasilan sel-sel baru hati. Ianya juga dapat meningkatkan penghasilan hempedu semulajadi, dan membantu dalam memastikan badan sentiasa berada dalam keadaan bebas dari toksin.


Sumber: lamankongsi.com

Thursday, May 30, 2013

Massage Oil

BORANG PESANAN

Harga: RM8.00 

Massage Oil dengan aromaterapi untuk sapuan dan urutan.

Melegakan sakit-sakit badan, sakit sendi, arthritis, sakit saraf dan lain-lain.

Dikilangkan dengan piawaian Amalan Pengilangan Islam (IMP).

Massage Oil dengan Kesegaran, Penyembuhan dan Kerehatan

Wednesday, May 29, 2013

Stellaris LAVENDER Shower Gel

BORANG PESANAN

Harga: RM9

Stellaris shower gel dengan haruman "LAVENDER" yang menyegarkan.

Produk Muslim yang diproses dengan piawaian Amalan Pengilangan Islam (IMP).

Dapatkan di KPHTP Berhad Sekarang.

Gunakan dengan yakin, tanpa was-was.

Stellaris ROSE Shower Gel


Harga: RM9 (750ml)

Stellaris shower gel dengan haruman "ROSE" yang menyegarkan.

Produk Muslim yang diproses dengan piawaian Amalan Pengilangan Islam (IMP).

Dapatkan di KPHTP Berhad Sekarang.

Gunakan dengan yakin, tanpa was-was.

Tuesday, May 28, 2013

Susu Khadim

BORANG PESANAN

Harga: RM29 (400gm)

Minuman berkhasiat yang dirumus dengan susu rendah lemak dan kalsium daripada rumpai laut

Membantu dalam menyelesaikan masalah kesakitan anda.

Mengandungi Manna, Bijirin, Malt, Rumpai laut, Mahkota Dewa, Biji Apricot, Goji dan Madu.


Cara Makan Sunnah Nabi SAW Terbukti Secara Saintifik

Tertarik dengan kenyataan Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa "perut adalah punca penyakit". Bagi orang Islam, Nabi SAW adalah contoh terbaik, setiap perbuatan Nabi SAW mempunyai sebab tersendiri, dilakukan atas jagaan ilmu Maha Mengetahui.

Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari.

1. Jangan Makan/Minum

Susu bersama salah satu (atau semua) berikut; Daging, Ikan, Ayam, Cuka, Buah

Ikan bersama salah satu (atau semua) berikut; Daging, Telur, Daun salad.


2. Cara Makan


Makan hanya cukup sekadar untuk menghilangkan lapar. Jika mahu makan lebih: sediakan 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk cecair/air, 1/3 untuk udara/bernafas.

Tidak makan buah selepas hidangan berat (eg: nasi, gandum, roti). Hanya makan buah sebelum menjamah makanan lain. Buah segar merupakan makanan pra-cerna,boleh masuk terus dari perut ke usus. Jika dimakan bersama makanan lain (eg: buah bertemu makanan lain dalam perut), buah akan terperangkap, bercampur dalam perut, biasanya mengakibatkan fermentasi (proses menghasilkan tenaga tanpa oksigen) buah dan segala makanan dalam perut berlaku secara sendiri.

Tidur sejam setelah makan tengahari (sebelum waktu zohor)

Dilarang meninggalkan makan malam. Jika abaikan? Kekurangan nutrisi menambah risiko penuaan (dimakan usia/aging) dan peningkatan berganda kolesterol dalam badan.

Kitab-kitab perubatan Islam melarang makan bersama/mencampur makanan darat (ion positif) bersama makanan laut (ion negatif). Menurut kajian, ion+ dan ion- menghasilkan tindakan biokimia yang boleh memudaratkan usus manusia.

Makan menggunakan tangan kanan dan dijilat jari. Jari menghasilkan enzim 10 kali ganda lebih banyak berbanding air liur dalam membantu dalam proses pencernaan makanan.

Tunggu makanan dimasak sejuk sedikit sebelum dimakan. Tiada keberkatan dalam makanan yang dimakan panas-panas.

Mengambil sedikit/secubit garam sebelum makan. Garam (NaCl) terdiri dari Natrium (sodium) klorida (chloride). Klorida yang terdapat dalam garam merupakan klorida yang sama dirembeskan dalam perut (klorida dalam asid hidroklorik, yang penting untuk pencernaan makanan). Jadi, pengambilan garam sebelum makan membolehkan badan menghasilkan hidroklorik asid mencukupi bagi mencernakan makanan. Kebanyakan efek negatif garam seperti diwarwarkan dunia kini adalah berpunca dari lebihan natrium, bukan klorida.


3. Cara Minum

Tidak minum air segelas dalam satu nafas sahaja. Sebaliknya minum seteguk-seteguk selang seli bernafas sambil duduk.

Tidak minum ketika sedang menjamah makanan. Sila minum sebelum/selepas makan.

Jika lalat jatuh dalam air minuman. Selamkan 100% lalat tersebut ke dalam air. Kemudian buang lalat tersebut. Terdapat sel longitudinal (sel yis) hidup menumpang (parasit) dalam badan lalat dengan sebahagian mencelah di setiap tubula (rongga) respirasi (pernafasan) lalat. Jika lalat diselam, perubahan tekanan osmosis air akan menyebabkan sel ini pecah/meletup membebaskan antidot bagi melawan patogen dalam badan lalat.


4. Lain-lain Sunnah Amalan Pemakanan Sihat

Bersugi sebelum dan selepas makan. Malah Nabi SAW juga bersugi sebelum setiap kali menunaikan solat fardhu.

Makan makanan "whole foods" (makanan yang mengekalkan sebatian asal, bukan makanan proses). Makan makanan yang ada dalam musimnya. Tidak mencampur sejenis makanan bersama sejenis makanan lain sesuka hati. Kini hanya 25% penduduk dunia yang masih makan "whole foods".

Tidak mencari kesalahan dalam hidangan. Jika suka, Nabi SAW akan makan. Jika tidak suka, Nabi SAW akan menolak dengan baik.



Monday, May 27, 2013

Oat's Dib ~ Makanan Kesihatan

BORANG PESANAN

Harga: RM29

Oat dengan khasiat Manna, Tunjuk Langit dan Mahkota Dewa

Saiz: 22gm x 15 pek

Khasiat dan Kebaikan Oat

" Halal Food, Barokah Life "

Dapatkan di KPHTP Berhad

Saturday, May 25, 2013

Oat untuk Adik

BORANG PESANAN

Harga: RM7

Minuman Oat Prebiotik

Bahan-bahan: Oat, Bijirin, Susu tepung penuh krim, Malt, Manna, Serbuk Madu, Kismis, Rumpai laut, Sukrosa dan Perisa vanilla.

Khasiat dan kebaikan oat

Cara penyediaan:
Campurkan 1 sachet dengan 150 - 180ml air panas.

Dapatkan di KPHTP Berhad sekarang.

Spesifikasi: 6sachet x 25 gm

Friday, May 24, 2013

MAKANAN SELAMAT, SIHAT & BERKUALITI MENGIKUT PERSPEKTIF HADIS

MAKAN CARA SIHAT IKUT SUNNAH NABI

Sunnah Rasulullah SAW boleh dijadikan panduan dan ikutan kerana baginda adalah contoh teladan yang terbaik buat semua umat manusia. Dalam hal berkaitan pemakanan sekalipun, Rasulullah SAW merupakan seorang yang mementingkan khasiat dan mutu makanan yang diambil agar dapat mengambil manfaat daripadanya.

Pemakanan baginda lebih banyak mengambil daripada jenis biji-bijian, sayur-sayuran dan buah-buahan. Sebagai umat Islam, seharusnya kita mencontohi amalan pemakanan yang telah dipamerkan oleh Rasulullah SAW kerana corak pemakanan baginda adalah sihat dan berkhasiat seperti mana yang disarankan oleh pakar pemakanan pada hari ini. Ini terbukti dari sudut pandangan sains bahawa pemakanan yang berasaskan bijirin, buah- buahan dan sayur- sayuran adalah baik dijadikan amalan.

Nabi Muhamad SAW biasa memakan bijirin seperti Habbatus Sawda’, barli dan oat.

Menurut Bukhari-Muslim, Nabi SAW bersabda: 

“Al-Habbah Al-Sawda’ mempunyai ubat bagi segala penyakit kecuali mati”. Pemakanan berasaskan bijian-bijian sememangnya berkhasiat kerana ia kaya dengan bahan phytonutrients. Phytonutrients adalah sejenis antioksidan yang berkuasa tinggi yang mampu meningkatkan sistem pertahanan badan, menyihatkan jantung, mengawal penyakit kencing manis dan kegemukan melampau (obesiti) serta juga mampu
mencegah kanser.

Al-Hakam Bin Uyainah berkata:

“Adapun Rasulullah SAW tidaklah Baginda tidur malam sehingga Baginda memakan Habbatus Sawda’ dan madu. Begitulah jua amalan Baginda pada awal pagi untuk tenaga, hafalan dan menghilangkan masalah lendir (lelah/asma).”

Nabi Muhammad ada menyebut "perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit". Selain kuantiti makanan, petua kesihatan Nabi turut mengambil kira isi padu makanan.

Baginda lebih mengutamakan makanan lembut, terutama jika baru sembuh atau melalui proses pemulihan. Dalam satu hadis daripada Siti Aisyah r.a, beliau berkata: “Jika Rasulullah diberitahu si fulan sakit dan tidak ada nafsu makan, baginda bersabda: Berikanlah kepadanya, talbiinah‟! Kata baginda lagi, Demi Allah, ia mencuci perut seseorang seperti kamu membersihkan mukamu daripada kotoran!”.

Talbiinah ialah sejenis makanan masyarakatArab menyerupai bubur atau susu. Ia lembut dan tidak membebankan perut. Bagi kita di sini, mungkin oat dicampur susu sesuai sebagai makanan yang lembut dan tidak membebankan perut serta fungsi pencernaan.

Makanan ini juga kaya serat dan banyak membantu proses penghadaman.

Berdasarkan Al-quran dan Sunnah didapati Islam menyuruh manusia memakan makanan dan minuman yang baik, berkualiti,tidak membawa kemudaratan kepada fungsi tubuh dan mental manusia dan makanan itu selari dengan keperluan fitrah manusia.



Sumber : 
Pensyarah Bahagian Pengajian Islam , Pusat Pengajian Ilmu Kemanusian , USM

Thursday, May 23, 2013

KHASIAT CUKA KURMA MENURUT PERUBATAN ISLAM

Ibnu Sina dalam kitab beliau Al-Qanun Fi Al-Tib menyatakan bahawa “Cuka kurma dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan”. Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 - 909.

Ibnu Qaiyyim dalam kitab beliau Al-Tib Al-Nabawi menyatakan cuka kurma bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut, masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu), mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian. 

Cuka kurma dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid). Cuka kurma bermanfaat mengatasi masalah limpa, membersihkan usus (membuang toksik di perut), menguatkan sistem perut (masalah buasir), menghilangkan masalah dahaga (panas badan), mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya), membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun). Darul Kitab Al-Arabi, Bairut 1410 H, m.s 233.

Khall - Produk Cuka Kurma



Wednesday, May 22, 2013

Honey Pala - Makanan Kesihatan

BORANG PESANAN

Harga: RM25

Honey Pala - Madu dengan khasiat Buah Pala

Khasiat dan Kebaikan:

  • Membolehkan penumpuan yang lebih baik
  • Mengatasi masalah cirit-birit, kembung perut dan senak
  • Meningkatkan selera makan
  • Berkesan untuk mengatasi insomnia (sukar tidur)
  • Mengurangkan tahap tekanan darah tinggi
Dapatkan di KPHTP Berhad sekarang.



Tuesday, May 21, 2013

Susu Hawani ~ Rahsia Sihat, Muda dan Jelita

BORANG PESANAN


HAWANI - Susu Prebiotik Untuk Kecantikan, Kesihatan dan Kehamilan

HAWANI ialah susu pra-campur yang dibuat khusus sebagai penyelesaian kepada kesedaran umat Islam yang tercari-cari minuman untuk kecantikan dan kesihatan yang Halalan Thoyyiba, Semulajadi, Sunnah dan Barokah.

Produk Susu Hawani:

Hawani Hannah
Adunan susu kambing dengan kolagen halal dan prebiotik

Hawani Ruqyah 
Adunan susu kambing dengan ekstrak biji aprikot

Hawani Walidah
Adunan susu rendah lemak dengan ekstrak kulit manggis.
Dirumus khas untuk ibu mengandung: mengatasi masalah mual, muntah dan sembelit.





Monday, May 20, 2013

Honey Bunga lawang


Harga: RM25

Dengan khasiat madu dan bunga lawang.

Dapatkan di KPHTP Berhad sekarang.

Khasiat Bunga Lawang:



Buah: 
Mengeluarkan angin dari perut dan usus, merangsang dan melawaskan haid, merangsang dan melawaskan penghasilan susu, stimulant, tonik perut, membunuh atau menyingkirkan cacing dalam perut dan usus, merawat batuk kokol, cirit, demam panas, gastrik, gelisah, hernia, insomnia, konstipasi, kulit berminyak, lumbago, mual, mulas perut, muntah, penyakit kanak-kanak bengkak leher dan sukar bernafas, dan spasma. Buah dikunyah untuk menghilangkan nafas berbau busuk.

Daun, Kulit Kayu, dan Kayu: 
Merawat lumbago dan reumatisme.

Friday, May 17, 2013

Honey Cengkeh

BORANG PESANAN

Harga: RM27

Honey Cengkih

Madu dengan khasiat herba cengkeh.

Dapatkan di KPHTP Berhad

Khasiat Cengkeh:







Thursday, May 16, 2013

Minyak Aromatherapy Pelbagai

BORANG PESANAN

Harga: RM12 (110ml)


Memiliki aroma wangi, menyegarkan dan menenangkan.

Pelbagai guna.

Untuk mandian, urutan atau minyak wangi.

Jenis-jenis:

Sy-Rose Oil  RM15

Hot Legs Oil

Nutmeg Oil

Lavender Oil

Rosemary Oil

Cinnamon Oil

Peppermint Oil









Babi menurut perspektif Islam

PENGENALAN

Babi merupakan sejenis haiwan ciptaan Allah SWT. 

Dia lah (Allah) Yang menjadikan untuk kamu Segala Yang ada di bumi, (al-Baqarah : 29)

Ia termasuk dalam keluarga mamalia dari spesies Artiodactyla. Ia hidup di semua benua kecuali Antartika. Terdapat beberapa baka ternakan babi dalam dunia, antaranya; Baka Berkshire, Baka Duroc, Baka Hampshire dan Baka Yorkshire atau Large White.

Dari segi linguistik dalam bahasa Melayu disebut babi dan ia dikatakan salah satu daripada tiga kosa kata asli Bahasa Melayu babi, padi, besi. Perkataan lain Bahasa Melayu merupakan kata-kata pinjaman dari Bahasa Arab yang pernah dipopularkan satu masa ialah khinzir.

Anak babi disebut nangoi. Babi hutan disebut juga babi baran.Tetapi babi alu ialah sebutan lain bagi tenuk. Ia tidak termasuk haiwan najis seperti babi laut.

Dalam bahasa Arab mufradnya (singular-kata tunggal ) disebut Khinzir manakala jamaknya (plural- kata jamak ) Khanazir. Dalam bahasa Inggeris pada umumnya disebut pig atau swine . Bahasa saintifiknya Suidae Babi betina dewasa disebut sow manakala yang jantan disebut boar.

Wild boar pula bermaksud babi hutan. Anak babi disebut piglet, manakala daging babi disebut pork. Bacon ialah bahagian daging yang banyak  daripada belakang atau sisinya yang digaramkan atau kadang-kadang diperasap. Lard bermaksud lemak babi. Bulunya dipanggil bristle.

DALIL-DALIL TENTANG BABI DALAM AL-QURAN

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang Yang disembelih tidak kerana Allah. (al-Baqarah : 173)


Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang Yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatangbinatang Yang disembelih kerana Yang lain dari Allah, dan Yang mati tercekik, dan Yang mati dipukul, dan Yang mati jatuh dari tempat Yang tinggi, dan Yang mati ditanduk, dan Yang mati dimakan binatang buas, kecuali Yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan Yang disembelih atas nama berhala; 
(al-Maidah : 3)

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang Yang disembelih tidak kerana Allah. (an-Nahl: 115)




Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku tidak dapati Dalam apa Yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu Yang diharamkan bagi orang Yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah Yang mengalir, atau daging babi - kerana Sesungguhnya ia adalah kotor - atau sesuatu Yang dilakukan secara fasik, Iaitu binatang Yang disembelih atas nama Yang lain dari Allah". kemudian sesiapa Yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka Sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-An'am : 145)

DALIL TENTANG BABI DALAM AL-HADIS

Hadis Jabir bin Abdullah r.a: Ketika pembukaan Kota Mekah, beliau mendengar Rasulullah s.a.w yang ketika itu berada di Mekah bersabda: Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya telah mengharamkan penjualan arak, bangkai, babi dan berhala. Kemudian baginda ditanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana dengan lemak bangkai yang digunakan untuk mengecat perahu, untuk dilumurkan di kulit supaya berminyak dan untuk menyalakan lampu? Baginda menjawab: Tidak boleh. Ianya tetap haram. Lalu baginda meneruskan kata-kata: Semoga Allah membinasakan orang-orang Yahudi. Sesungguhnya Allah s.w.t ketika mengharamkan lemak bangkai kepada mereka, mereka beralasan lalu menjualnya dan memakan hasil penjualan tersebut ( HR Muslim )

HUKUM DAGING BABI

Babi adalah satu-satunya haiwan dari spesies mamalia artiodactyla yang satu keluarga dengan haiwan domestik lainnya ( haiwan ternakan ) seperti unta, lembu, kambing dan kerbau yang dnyatakan dengan jelas oleh Allah SWT tentang hukum memakan dagingnya. Kesemua dalil daripada al-Quran seperti yang telah disebutkan di atas menerangkan bahawa lahm al-Khinzir atau daging babi itu diharamkan untuk kita umat Islam.

Berdasarkan nas ini, jumhur ulama menghukumkan semua yang ada pada babi itu, atau daripada keturunannya adalah haram dimakan termasuklah tulangnya, lemaknya, jeroannya dan lain-lain. Demikian pendapat keempat-empat imam mazhab yang masyhur, Hanafi, Maliki, Syafi'I dan Hanbali. Demikian juga menurut mazhab Ja’fariah ( Syiah ) dan Ibadhiah.

Namun, di sana ada pandangan yang syaz (ganjil) daripada sesetengah golongan al-Zahiriah yang berpendapat bahawa yang diharamkan hanya daging babi, bukan lemaknya kerana Allah secara khusus dalam ayat-ayat terzsebut menyatakan lahm al-Khinzir. Walaupun begitu, salah seorang pemuka mazhab al-Zahiri iaitu al-Imam Abu Muhammad bin Said bin Hazm al-Andalusi menganggap babi itu najis samada seluruh atau sebahagian. Dengan erti kata lain beliau juga bersetuju dengan jumhur bahawa apa sahaja daripada babi adalah haram.

Al-Imam Qurtubi dalam tafsirnya ketika mentafsirkan ayat ini, mengatakan, "Tiada perselisihan pendapat bahawa tubuh babi dan segala sudut daripadanya adalah haram." Demikian susunya dan apa sahaja Keturunan daripadanya. Samada disembelih atau tidak. Demikianlah pendapat jumhur ulama.

HUKUM KENAJISAN BABI

Di dalam al-Quran, Allah SWT menyatakan tentang hukum haramnya memakan daging babi sebagaimana dalam surah al-Baqarah: 173, al-Maidah : 3, al-An'am : 145, dan al-Nahl : 115. Hanya ayat 145 surah al-An'am sahaja yang menjelaskan bahawa ia adalah haiwan yang kotor. Firman Allah SWT dalam ayat tersebut ;


.. atau daging babi - kerana Sesungguhnya ia adalah ’rijsun’ - (al-An'am : 145.)

Perkataan al-rijsu bermaksud; Kekotoran, benda-benda yang kotor, perlakuan yang buruk, perkara yang
haram, laknat, kekufuran, siksaan, godaan (syaitan). Rijsun ialah perkara keji yang dijauhkan oleh akal yang sihat. Al-Zajjaj mengatakan al-rijsu ialah nama bagi segala yang dianggap kotor dan buruk.Maka segala sesuatu yang berbau busuk, tahi dan segala kekotoran disebut rijsun kerana semuanya adalah kotor dan najis. Kata Imam Tabari dalam Tafsirnya, ianya (babi) itu qazrun ( kotor) dan najasatun ( najis ).

Dalam Al-Fiqh wa Adillatuh, Dr.wahbah Zuhaili menyatakan kesepakatan para fuqaha tentang kenajisan daging babi walaupun disembelih mengikut syara' tetap najis, demikian bulu, tulang dan kulitnya walaupun kulitnya disamak.

Abdul Rahman Al-Jaziri dalam Kitabul Fiqh 'Ala Mazahibil-Arba'ah telah menukilkan pandangan keempat-empat Imam dalam masalah ini. Menurut Syafi'iah dan Hanabilah babi dan apa yang lahir daripadanya walaupun hasil kacukan dengan haiwan lain yang halal adalah najis. Demikian juga menurut pandangan al-Hanafiah. Dengan ini bermaksud kulit babi dan keturunannya tetap najis walaupun disamak.

Manakala menurut Malikiyah babi dan apa yang lahir daripadanya semasa hidup adalah suci keseluruhannya. Namun kulitnya tidak suci. Muhammad Jawad Mughniyah dalam kitabnya al-Fiqhu 'ala Mazahib al-Khamsah menukilkan pandangan Mazhab Ja'fariyah iaitu fikah pegangan Syiah Imamiah yang juga memandang najis pada babi.

Pemuka Mazhab Zahiri, al-Imam Abu Muhammad bin Said bin Hazm al-Andalusi dalam kitabnya al-Muhalla menyatakan, Babi adalah najis pada dirinya dan keseluruhannya adalah najis dan najis wajib dijauhi.Walau bagaimanapun beliau menyatakan kulit babi suci dengan disamak berdasarkan keumuman hadis Rasulallah
SAW tentang sucinya kulit bangkai dengan disamak. Demikian pendapat al-Syaukani dan sebahagian Malikiah menganggap boleh diguna setelah melalui proses dibagh (samak).

Abu Hanifah dan Malik membenarkan penggunaan bulu babi sebagai tali manik / butang, manakala Syafe’i melarang sedangkan Ahmad memakruhkannya. Menurut pendapat yang zahir dalam mazhab Syafi’i, najis babi dipanggil najis mughallazah, iaitu najis berat. Cara menyucikan najis tersebut adalah khusus.

PERANGAI BABI MEMPENGARUHI PERANGAI MANUSIA?

Satu masa ketika Imam Muhammad Abduh mengunjungi Perancis. Mereka bertanya kepadanya mengenai rahsia diharamkannya babi dalam Islam. Tanya mereka, "Kalian (umat Islam) mengatakan bahwa babi haram, karena ia memakan sampah yang mengandung cacing pita, mikrob-mikrob dan bakteria-bakteria lainnya. Hal itu sekarang ini sudah tidak ada. Karena babi diternak dalam peternakan modern, dengan
kebersihan terjamin, dan proses sterilisasi yang mencukupi. Bagaimana mungkin babi-babi itu terjangkit cacing pita atau bakteria dan mikrob lainnya.?"

Imam Muhammad Abduh tidak langsung menjawab pertanyaan itu, dan dengan kecerdikannya beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor ayam jantan beserta satu ayam betina, dan dua ekor babi jantan beserta satu babi betina. Mengetahui hal itu, mereka bertanya, "Untuk apa semua ini?" Beliau menjawab, "Penuhi apa yang saya pinta, maka akan saya perlihatkan suatu rahsia."

Mereka memenuhi apa yang beliau pinta. Kemudian beliau memerintahkan agar dilepaskan dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina dalam satu kandang. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling membunuh, untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri, hingga salah satu dari keduanya hampir tewas. Beliau lalu memerintahkan agar mengurung kedua ayam tersebut. 

Kemudian beliau memerintahkan mereka untuk melepaskan dua ekor babijantan bersama dengan satu babi betina. Kali ini mereka menyaksikan keanehan. Babi jantan yang satu membantu temannya sesama jantan untuk melaksanakan hajat seksualnya, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri atau keinginan untuk menjaga babi betina dari temannya.

Selanjutnya beliau berkata, "Saudara-saudara, daging babi membunuh 'ghirah' orang yang memakannya. Itulah yang terjadi pada kalian. Seorang lelaki dari kalian melihat isterinya bersama lelaki lain, dan membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan seorang bapak di antara kalian melihat anak perempuannya bersama lelaki asing, dan kalian membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan was-was, karena daging babi itu menularkan sifat-sifatnya pada orang yang memakannya."

Kemudian beliau memberikan contoh yang baik sekali dalam syariat Islam. Iaitu Islam mengharamkan beberapa jenis ternak dan unggas yang berkeliaran di sekitar kita, yang memakan kotorannya sendiri. Syariah memerintahkan bagi orang yang ingin menyembelih ayam, itik atau angsa yang memakan kotorannya sendiri agar mengurungnya selama tiga hari, memberinya makan dan memperhatikan apa yang ditelan oleh haiwan itu. Hinggalah perutnya bersih dari kotoran-kotoran yang mengandung bakteria dan mikrob. Karena penyakit ini akan berpindah kepada manusia, tanpa diketahui dan dirasakan oleh orang yang memakannya. Itulah hukum Allah, seperti itulah hikmah Allah.

Oleh:
Rumaizi bin Ahmad, SHI.
Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor.


WHY MUSLIMS DON'T EAT PORK AND BACON








Wednesday, May 15, 2013

Minyak Batooka Gold


Harga: RM10.00 (8ml)

Untuk bayi yang masih kecil ubat batuk tidak digalakan untuk diambil kerana kesan yang tidak elok untuk kesihatan mereka.

Minyak ini cuma sapu di bahagian dada, tengkuk, belakang dada dan tapak kaki selepas itu di pakaikan stokin untuk kesan yang lebih baik dan cepat.

Minyak ini tidak boleh di langkah kerana mempunyai terapi ayat-ayat Al-Quran.

Kandungan:
Caryophyllus Flower Oil, Cinnamon Camphora Leaf Extract, Eugenia Hydrogenated Sunflower Seed Oil, Lavandula Angustifolia Folwer Extract, Mentha Piperita Leaf Extract, Menthol, Eucalyptus Globulus Leaf Oil, Mondia Whitei Root Extract, NutmegKernel Oil, Cinnamomun Casia leaf oil.


Testimoni IbuBabaHani
Saya sendiri telah menggunakan untuk anak-anak saya dan anak-anak di rumah baby sitter anak saya Alhamdulillah dalam 2 hari batuk yang berminggu-minggu tidak sembuh beransur kurang dan hilang.

Sangat elok untuk siap sedia sebotol Batooka Gold di dalam handbag anda sebab minyak ini juga elok untuk dewasa. 




Tuesday, May 14, 2013

Cocoa Beuty - Khas untuk wanita

BORANG PESANAN

Harga: RM25 (400 gm)

Coco Beauty dengan Susu Rendah Lemak plus Kacip Fatimah dan Manjakani

Mengandungi campuran koko dan susu rendah lemak dan diperkayakan dengan kacip fatimah, manjakani dan herba terpilih untuk kesihatan wanita.

Dapatkan di KPHTP Berhad sekarang.

Monday, May 13, 2013

Aromatherapy Plus

BORANG PESANAN

Harga: RM10.00

Kaedah Herbaterapi dan Aromaterapi

Melegakan batuk, resdung, selsema, pening kepala dan penat (asthma)

Sangat sesuai untuk anda sekeluarga

Kelebihan Aromaterapi Plus:
Merupakan rumusan herba dan aromaterapi
Menggunakan minyak sebagai asas
Cara penggunaan yang sangat mudah - SAPU SAHAJA
Melegakan pening atau sakit kepala dengan cepat
Mudah di bawa ke mana-mana

Diproses mengikut piawaian Amalan Pengilangan Islam


Saturday, May 11, 2013

Prinsip Perniagaan dalam Islam

1. Perniagaan yang HALAL
- Prinsip utama dalam perniagaan menurut perspektif Islam yang perlu dipatuhi oleh usahawan muslim.
- Tidak bertentangan dengan hukum Islam iaitu tidak bercanggah dengan kehendak agama dan mendapat keredhaan Allah s.w.t.
- Tidak bercanggah dengan kehendak agama merujuk kepada perniagaan haram seperti arak, judi, khinzir, riba, maksiat atau yang meragukan (syubhah) iaitu tidak dapat dipastikan halal haramnya.

2. Kebebasan
- Tiada paksaan dikenakan dalam jual beli tersebut dan mereka diberikan tempoh masa untuk memilih bagi meneruskan atau membatalkan sesuatu urusniaga.
- Kebebasan untuk mencari keuntungan keduniaan semata-mata amat ditegah di dalam Islam
- Ini telah diterangkan dalam Surah ali-Imran ayat 196 yang bermaksud:

“Jangan sekali-kali kamu terpedaya dengan kebebasan orang-orang kafir bergerak dan kelancaran mereka membina kemajuan perdagangan dan perusahaan di dalam negeri di dunia ini. Semua itu hanya kesenangan sementara. Kemudian (di akhirat) tempat tinggal mereka di dalam neraka Jahannam”

3. Kerelaan kedua-dua pihak
- Persetujuan dari sudut harga yang dikenakan oleh penjual dan kerelaan pembeli untuk menerima harga berkenaan
- Dapat menghindarkan mereka dari sebarang pertelagahan di masa hadapan.
selaras dengan firman Allah s.w.t. dalam Surah an-Nisa’ ayat 29 yang bermaksud: 

“Janganlah kamu makan hasil pendapatan perniagaan yang dilakukan secara salah, kecuali ianya dilakukan dengan keredhaan kedua-dua pihak yang terbabit”

4. Keadilan di dalam perniagaan
- Amat penting bagi menjamin hubungan baik di antara peniaga dan pelanggan terus berkekalan.
- Keadaan ini dapat diwujudkan sekiranya kedua-dua belah pihak bersifat jujur, ikhlas dan amanah sewaktu melaksanakan urusan perniagaan tersebut.
- Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Bila mana dua pihak (penjual dan pembeli) bercakap benar dan berterus terang, jual beli ini akan diberkati, tetapi jika mereka menyembunyikan (sesuatu dari pihak lain) dan melakukan pembohongan, keberkatan akan terhapus dari jual beli tersebut”. 

5. Kebajikan
- Sebarang bentuk penipuan atau monopoli dalam perniagaan amat ditegah kerana ianya zalim dan menekan kesejahteraan masyarakat
- Sebarang bentuk penipuan dari sudut sukatan, ukuran, jaminan, kerosakan dan sebagainya adalah perbuatan terkutuk dan balasan untuk mereka yang melakukan perkara ini telah diperjelaskan dalam Surah an-Nisa’ ayat 145 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang munafik (ditempatkan) di tingkat yang paling bawah dari neraka dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka”.

6. Kesopanan dalam perniagaan
- Hubungan yang baik, berbudi bahasa, bertolak ansur dan bertimbang rasa akan memberikan perasaan yang tenang dan menggembirakan bagi kedua-dua pihak.
- Perniagaan di dalam Islam bukanlah sekadar proses pertukaran di antara wang dan barang semata-mata sebaliknya di dalam proses tersebut Allah s.w.t. mahukan hambanya memberikan layanan yang baik sesama mereka seperti dalam Surah al-Baqarah ayat 83 yang bermaksud:

“Dan ucapkanlah kata-kata yang menarik kepada manusia dan berbuat baiklah kerana Allah menyukai orang yang berbuat baik”.







Friday, May 10, 2013

Capsicum Oil - Slimming Oil


Harga: RM25

Spesifikasi : 30ml

Kandungan:
Sunflower Oildecyl Ester, Olea Europaea (Olive) Fruit Extract, Cinnamon Zeylanicum, Bark Oil Eugenia Caryophyllus (Clove) Flower Oil, Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Leaf Oil, Myristica Fragrans (Nutmeg), Kernel Oil, Citrus Lemon (Lemon) Fruit Extract, Capsicum Annuum Seed Oil.

Kegunaan:
  • Menyingkirkan lemak berlebihan dalam badan anda.
  • Capsicum oil membantu untuk membakar lemak, meleburkan lemak, dan membuang lemak.
  • Mengurangkan rekahan kulit selepas bersalin.
  • Mengurangkan sakit perut dan sembelit.
  • Memberikan rasa sejuk dengan kesan penyembuhan yang sangat baik.
  • Untuk kegunaan luar sahaja.
Cara guna:
Saranan penggunaan adalah 2 kali sehari iaitu selepas bersihkan permukaan kulit. Sapu Capsicum Oil pada bahagian yang berlemak, urut 8-9 minit sehingga diserap sepenuhnya.


Thursday, May 9, 2013

Amalan Perniagaan Dalam Islam

Al Quran telah menyebutkan mengenai matlamat hidup manusia iaitu untuk beribadat kepada Allah SWT (Surah az-Zaariat, ayat 56). 

Justeru tujuan manusia dihidupkan di dunia adalah untuk beribadat kepada Allah SWT, tetapi jangan menyempitkan makna ibadat tersebut. Ibadat bukan sahaja bermakna mengerjakan puasa, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan haji atau sebagainya, tetapi ibadat sebagaimana yang dimaksudkan di dalam ayat yang di atas adalah ibadat am sebagaimana yang telah didefinisikan oleh para ulamak iaitu ibadat yang meliputi segala bentuk aktiviti, asal saja mengharapkan keredhaan, kasih sayang dan rahmat Allah SWT sama ada di dalam bentuk perbuatan atau ucapan yang zahir atau yang batin; kesemuanya itu adalah ibadat kepada Allah SWT. 

Sebagai manusia, sudah pasti kita tidak dapat memisahkan diri daripada kegiatan-kegiatan muamalat khasnya dalam bidang perniagaan (tijarah). Manusia amat memerlukan hal yang sedemikian, malah Allah SWT menyuruh supaya manusia menceburi bidang perniagaan. Allah SWT telah berfirman di dalam Surah an-Nisa', ayat 29 maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu di antara kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan (jalan) perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu"

Rasulullah SAW telah menegaskan bahawa kedudukan perniagaan adalah merupakan suatu kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT sebagaimana sabdanya yang bermaksud: "Sembilan persepuluh sumber rezeki (boleh diperolehi) melalui perniagaan"(Hadis Riwayat Tirmizi)

Oleh yang demikian, sesiapa yang menjalankan urusan perniagaan sama ada kecil atau besar tetapi masih di dalam lingkungan perniagaan, mempunyai kedudukan dan darjat yang tinggi di sisi Allah SWT. Rasulullah SAW juga telah bersabda maksudnya: 
"Peniaga-peniaga yang jujur dan amanah (akan ditempatkan) beserta dengan para nabi, siddiqin dan para syuhada"(Hadis Riwayat Tirmizi). 

Bagaimanapun, tijarah yang dimaksudkan adalah yang mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh syarak, yang juga disertai dengan sifat benar dan amanah. Sifat-sifat sedemikian adalah merupakan ciri-ciri yang akan menempatkan mereka bersama-sama dengan para nabi dan rasul. 

Rasulullah SAW telah menghalang orang yang melakukan jual beli daripada bersumpah dan mengatakan sesuatu yang tidak benar. Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya:
"Sumpah itu melariskan barang dagangan akan tetapi menghapuskan keberkatannya" (Hadis Riwayat Bukhari). 

Di samping itu para peniaga hendaklah sentiasa bersedia memberi kemudahan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan. Mereka perlu ingat bahawa tujuan perniagaan bukan hanya untuk mendapatkan keuntungan tetapi juga terselit konsep memberi kemudahan dan membantu pihak lain, khasnya pengguna. 

Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya: "Sesiapa yang memberi tangguh kepada orang yang susah, mahupun dilangsaikan hutang tersebut, Allah SWT akan memayungkannya di hari kiamat di bawah bayangan arashNya"(Hadis Riwayat Kaab bin Umar).

Bagi peniaga Muslim inilah peluang yang boleh direbut kerana sesiapa yang memberi hutang dan melanjutkan tempoh bayaran balik hutang tersebut, Allah SWT telah berjanji akan memberinya bayangan arasy di akhirat kelak. Ini menunjukkan peluang untuk mendapat keredhaan Allah SWT melalui perniagaan. 

Islam juga menyuruh manusia berlaku adil dalam perniagaan di samping memberikan layanan yang baik kepada pelanggan. Ini bersesuaian dengan konsep persaudaraan dalam Islam, seperti dalam sebuah hadis Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya: "Seseorang Muslim itu adalah bersaudara kepada seorang Muslim yang lain" (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim). Baginda Rasulullah SAW telah diriwayatkan sebagai seorang ahli perniagaan yang sentiasa memberi senyuman kepada pelanggan dan meletakkan harga jualan yang sama kepada semua pelanggan yang hendak membeli barangan yang sama. Keistimewaan yang dimiliki Baginda ini membuatkan setiap perniagaan atau jualannya sentiasa laris dan mendapat keuntungan yang besar. Perkara ini telah diakui oleh pekerja Saidatina Khadijah iaitu Maisarah. 

Islam melarang umatnya daripada melakukan "monopoli" dan menyorok barangan (ihtikar) kerana perbuatan tersebut boleh menaikkan harga sesuatu barangan akibat kesukaran mendapatkannya di pasaran. Rasulullah SAW bersabda maksudnya, "Sesiapa yang menyorok (barangan), dia telah melakukan kesalahan"(Hadis Riwayat Abu Daud, at-Tirmizi & Muslim)

Unsur-unsur tipu daya atau helah juga patut dielakkan oleh peniaga, ini kerana ia boleh menghilangkan keberkatan di dalam perniagaan. Rasulullah SAW telah bersabda yang berbunyi: "Barangsiapa yang menipu kami, dia bukanlah daripada golongan kami" (Hadis Riwayat Muslim). Hadis ini timbul daripada satu peristiwa yang berlaku di sebuah pasar di zaman Rasulullah SAW, di mana Baginda telah mendapati seorang peniaga telah melakukan penipuan dengan meletakkan gandum yang basah di bahagian sebelah bawah dan gandum yang kering di bahagian atasnya. 

Pengguna perlu dilindungi daripada ditipu oleh peniaga melalui kadar sukatan dan timbangan. Perkara ini telah ditegaskan di dalam Al-Quran dalam Surah al-Isra' ayat 35. Allah akan mencela mereka yang mengurangkan sukatan dan timbangan di dalam jual beli (Surah al-Mutaffifin ayat 1-6). Ibrahim Adham, seorang ulamak tasawuf yang terkenal mengingatkan bahawa ["syaitan akan menggoda seseorang manusia yang berniaga melalui beberapa cara; di antaranya ialah melalui timbangan atau mizan, dan juga semasa peniaga tersebut mengambil dan memberi barangan kepada pelanggan"]. 

Amalan riba juga perlu dijauhi kerana riba tergolong di dalam dosa-dosa besar (Surah al-Baqarah ayat 275). Ini ketara dalam amalan perniagaan biasa di mana pinjaman wang diberikan dengan dikenakan faedah yang ditetapkan. Islam juga melarang elemen gharar bila berniaga. Gharar ialah sesuatu yang tidak pasti, tidak tentu dan tidak jelas. Contohnya menjual ikan semasa ikan masih di laut, menjual burung yang belum ditembak atau memajak buah semasa ia masih berputik atau berbunga. Ia dianggap sebagai judi dan judi itu adalah haram. 

Akhir sekali, melalui akhlak yang mulia dan pergaulan yang baik, peniaga Islam boleh menggunakan kesempatan itu untuk berdakwah kepada mereka yang selalu mendampinginya. Sejarah Islam telah membuktikan bahawa sesetengah dakwah Islamiah yang telah bertapak kukuh di rantau ini adalah hasil dari usaha golongan saudagar Islam.



Sumber: IKIM

Saturday, May 4, 2013

SALTY - Prebiotic Water for Energy

BORANG PESANAN

Harga: RM2.50


SALTY adalah air minuman galian yang dibuat daripada air garam rumpai laut, garam gunung himalaya, air Zam Zam dan gam arabic acacia (manna).

Mempunyai khasiat galian yang tinggi sesuai untuk keperluan tubuh badan, sama ada seorang ahli sukan atau seorang yang sentiasa kuat bekerja atau yang sering keletihan akibat kerja berlebihan.

Khasiat Air Minuman SALTY:
- Mengawal kandungan air di seluruh badan anda.
- Mengimbangi keasidan yang berlebihan dari sel-sel anda, terutamanya sel otak.
- Membuang lendir dan kahak berlebihan.
- Melegakan kesesakan dalam sinus anda, kerana ia adalah antihistamin semulajadi yang kuat.
- Mencegah kekejangan otot.
- Membuat struktur tulang anda lebih kukuh
- Menstabilkan dugupan jantung yang tidak teratur.
- Penting untuk pengawalan tekanan darah anda.

Dapatkan di KPHTP Berhad Sekarang.








Friday, May 3, 2013

Harga Baru Susu Halib's Mulai 1 May 2013




Susu Halib's Penuh Krim 

Harga: RM28

Spesifikasi: 500gm






Susu Halib's Cocoa

Harga: RM28

Spesifikasi: 550gm








Susu Halib's Prebiotik

Harga: RM17.50

Spesifikasi: 300gm








Susu Halib's Gold

Harga: RM35

Spesifikasi: 550gm











Susu Halib's Fruitti

Harga: RM46

Spesifikasi: 550gm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...