Tuesday, April 30, 2013

7 Cara Mencari Barakah Dalam Perniagaan

“Mendapat barakah dalam setiap urusniaga merupakan impian setiap usahawan muslim..”

Ini adalah kerana manfaat barakah bukan sahaja dapat memakmurkan ekonomi pemiliknya, malah ianya lebih dari itu!

Barakah mengalir dalam setiap tubuh badan serta anggota yang sihat. Barakah juga melindungi peniaga daripada sebarang bencana dan menjadikan mereka, keluarga mereka serta para masyarakat sekitarnya lebih bahagia. 

Barakah dalam perniagaan membawa maksud bahawa benarnya setiap kata-kata, cukup walaupun sedikit tetapi membawa banyak manfaatnya kepada kehidupan. Inilah matlamat yang dicari-cari oleh setiap peniaga muslim. 

Beroleh Barakah bukanlah sesuatu yang mustahil, ini kerana sesiapa yang dekat dengan Allah serta patuh kepada sunnah rasul, kehidupannya pasti memperoleh serta dikurniakan barakah. 

Berikut 7 perkara yang boleh kita lakukan dalam kehidupan kita untuk mencari barakah dalam perniagaan kita.

1. Sentiasa menjaga niat berniaga 

Semua orang di dunia ini percaya mengenai kepentingan niat dalam kehidupan setiap insan. Niat merupakan lintasan gerak hati yang mendorong kepada kehendak serta azam untuk melakukan sesuatu. Dalam konteks ini ialah niat untuk berniaga. 

Berniagalah dengan niat kerana Allah SWT, tidak kiralah anda ingin berniaga untuk mencari rezeki sambil beramal atau sebagainya.Jagalah niat anda ketika berniaga, nescaya anda akan beroleh barakah. 

”Ya Allah, jadikan kami peniaga yang menjaga niat kami ikhlas hanya kepada Mu. Moga usaha niaga kami barakah.” 


2. Sentiasa menjaga Ketakwaan dalam berniaga 


Menjadi amalan peniaga membaca dan memahami ayat seribu dinar (Surah at-Thalaaq 65 : 2 – 3). Dari ayat berkenaan fahamilah kita akan tiga perkara yang dijamin Allah SWT: 

satu : jalan keluar masalah, 
kedua : rezeki yang datang tanpa disangka 
ketiga : kecukupan rezeki. 

Semuanya jelas berdasarkan kepada takwa dan tawakal. Maka bertakwalah anda kepada Allah SWT dan jauhkan diri daripada perkara yang menyesatkan serta mengambil hak orang lain. Sentiasalah mengingati Allah dalam setiap situasi dan sentiasalah bersyukur kepadaNYA. 

Ya Allah, jadikan kami peniaga yang bertakwa. Moga usaha niaga kami barakah.” 


3. Sentiasa percaya sesungguhnya Allah pemberi rezeki 


“Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kami lah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa (Taaha 20 : 132). 

Orang berniaga wajib percaya bahawa Allah SWT merupakan sumber rezeki yang sebenar-benar. Berusahalah sekuatnya, sekuat dengan iman (percaya) bahawa Allah SWT itu sumber rezeki seluruh kehidupan kita. 

Ya benar, peniaga mesti punya pembekal yang baik, pengurus yang efektif, harga yang menarik, pakej yang unggul, ayat yang berkuasa, taktik dan strategi yang ampuh, suasana ekonomi yang ideal, rakan kongsi yang berfungsi, pembiaya yang ikhlas dan bermacam lagi untuk dinyatakan. Cuma akhirnya, peniaga hanya ada Allah sebagai pemberi rezeki. 

”Ya Allah, jadikan kami peniaga yang benar-benar beriman kepada Mu yang memberi rezeki kepada kami. Moga usaha niaga kami barakah.” 


4. Sentiasa membaca al-Quran 


Secara asasnya, untuk berjaya dalam perniagaan, anda memerlukan jiwa yang kental dan semangat yang kuat. Al-Quran merupakan ubat serta penawar kepada jiwa serta semangat setiap peniaga. 

Sentiasalah mengamalkan bacaan al-Quran setiap hari dan sentiasalah istiqamah serta fahami setiap maksud yang tertulis dalam al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan. 

“Ya Allah, jadikan kami peniaga yang membaca dan mengamal al-Quran setiap hari. Moga usaha niaga kami barakah.” 


5. Sentiasa melazimi basmallah dalam urusan perniagaan 


Sebagai seorang peniaga, banyak situasi yang memerlukan kita untuk membuat keputusan. Maka terdedahlah kita kepada pujukan syaitan jika kita tidak kuat iman. 

Mulakanlah setiap urusan anda dengan lafaz Bismillah agar sentiasa diberkati. Semoga dapat dijauhkan dari sebarang malapetaka buruk serta sentiasa dimurahkan rezeki, bahagia dan selamat sentiasa. 

”Ya Allah, jadikan kami peniaga yang melazimi urusan niaga kami dengan menyebut nama Mu. Moga usaha niaga kami barakah.” 


6. Sentiasa memberi makanan serta bersedekah 


Memberi makanan kepada orang lain serta bersedekah merupakan amalan yang dituntut oleh Allah SWT kepada orang-orang yang soleh terutamanya para peniaga. Anda bukan sahaja mendapat ganjaran pahala, rezeki anda juga akan berlipat ganda. 

”Ya Allah, jadikan kami peniaga yang senang memberi makan orang lain. Moga usaha niaga kami barakah.” 


7. Sentiasa jujur dalam setiap urusniaga 


Nabi Muhammad SAW juga pernah menjadi peniaga. Baginda sangat jujur dan baginda meraih untung besar berganda kerana kejujuran beliau. Malah Nabi SAW pernah menjamin peniaga yang jujur dan amanah akan ditempatkan bersama para nabi, siddiqin dan syuhada’ di jannah nanti (mafhum hadis, hadis riwayat at-Tirmizi). 

Peniaga jujur akan bertahan lama dan sentiasa disukai pelanggan. Jujur juga menggalakkan peniaga menjadi kreatif. Khianat hanya menggalakkan peniaga menipu tetapi jujur pula menghalalkan usaha niaga. Jujur membawa kepada barakah, menuju jannah. 

“Ya Allah, jadikan kami peniaga yang jujur. Moga usaha niaga kami barakah.” 

Saya berpesan kepada diri yang menulis serta kepada para peniaga di luar sana mengenai kepentingan tujuh perkara ini. Sangatlah beruntung jika perniagaan kita bukan sahaja mendapat untungnya berganda, malah memperolah barakah juga.

Sumber: majalahniaga

Sabun Muka Cinnamon


Harga: RM9

Diperkaya dengan khasiat kulit kayu manis.

Dibuat daripada Glycerin, Minyak Kelapa Dara, Kulit Kayu Manis dan Madu.

Kulit kayu manis dan madu bukan sahaja digunakan dalam pembuatan makanan tetapi kombinasi  antara kulit kayu manis dan madu juga telah lama digunakan sejak sekian lama dalam rawatan tradisional dan Ayurveda untuk merawat kulit bermasalah seperti alergi, kegatalan dan kekeringan kulit. 

Sangat efektif dalam membantu mengawal masalah jerawat dan jeragat.

Memberi kesan pelembapan seterusnya melambatkan proses kedutan yang terjadi akibat peningkatan usia dan stress.

Dapat mencerahkan kulit wajah dan memudarkan parut jerawat.

Sabun muka cinnamon bukan sahaja sesuai untuk wanita, malah untuk lelaki pada pelbagai peringkat usia untuk menangani kulit bermasalah.

Cara pemakaian: 
Buihkan sabun dengan air, cuci muka dan bilas bersih.  

Monday, April 29, 2013

Burdah - Produk makanan kesihatan wanita

BORANG PESANAN

Burdah ~ Untuk kesihatan dalaman wanita

Makanan kesihatan dengan gabungan 22 herba dan makanan sunnah, rumusan terbaik untuk kesihatan wanita.

Diperkaya dengan khasiat Arabic Gum Acacia (Manna)

Harga: RM35
Saiz Pek : 22gm x 15 sachet

Dapatkan di KPHTP Berhad sekarang.



Saturday, April 27, 2013

Khasiat dan Kebaikan Oat

Kebaikan Oat

Apakah oat?

Oat adalah tanaman bijirin yang tahan lasak dalam keadaan tanah yang tidak subur dan cuaca yang buruk, tidak seperti tanaman lain. Bila dituai, sekam keras daripada oat perlulah dibuang sebelum ianya boleh dijual sebagai oat sepenuhnya, samada oat yang telah diproses atau berbiji. Selain sumber protein, oat tinggi kandungan mineral penting (mangan, selenium dan magnesium (yang merangsang penyerapan kalsium), Serat dan Vitamin B1 menjadikannya makanan tambahan yang baik untuk diet seharian. Oat bukan sahaja bagus untuk jantung kerana kandungan fibernya, tetapi juga sebagai pelindung yang bagus untuk saluran penghadaman. Oleh kerana semua nutrien penting terkandung di dalamnya, oat dikira penting untuk kesihatan secara keseluruhannya.

Manfaat Oat

Kerap makan oat boleh membantu menurunkan kadar kolesterol di dalam darah anda. Oat mengandungi Beta Glukan yang merupakan serat larut yang membantu menyerap kolesterol daripada badan semasa penghadaman. Kandungan karbohidratnya digelar "Frukto-oligosakarida" mampu merangsang pertumbuhan bakteria baik yang penting untuk merangsang kesihatan usus. 

Dengan jantung dan saluran penghadaman yang dijaga dengan baik, kita mengambil langkah yang lebih sihat berbanding mereka yang mengambil kurang bijirin penuh. Oat boleh dinikmati di dalam pelbagai cara, tetapi cara yang lebih mudah adalah dengan menikmati biskut Jacob's Oatmeal, yang penuh dengan kebaikan oat.



Tahukah Anda?
  • Makanan yang berserat tinggi ini juga merangsang pengeluran air liur, yang memudahkan kita menguyah dan lebih mudah dihadam selain membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan.
  • Mengamalkan pemakanan oat secara tetap dapat menurun dan memperbaiki tahap kolesterol ke tahap yang lebih baik.
  • Bagi penghidap diabetis, oat membantu mengatur kadar gula dalam darah. Hasil penelitian yang tercantum pada Asia Pacific Journal of Clinical Nutrition menunjukkan bahwa beta-glucan pada oat dapat membantu mencegah terjadinya peningkatan kadar gula darah secara drastis pada penhidap diabetes.
  • Pengambilan oat di dalam menu harian juga mampu memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Sekaligus mengurangkan pengambilan makanan harian dan menurunkan berat badan.
  • Oat juga mampu mengurangkan kadar tekanan(hypertension) mereka yang mempunyai kadar kolesterol yang tinggi. 
  • Oat juga sesuai dijadikan makanan pepejal permulaan untuk bayi.
  • Pemakanan oat dan barli juga akan merangsang sistem imuniti badan. 



Syn Off - Atasi Sinus (Resdung)


Harga: RM27

Hasil daripada gabungan herba terpilih ini membantu menangani masalah jerawat secara alami. 

Kolagen membantu dalam menghalang parut punca jerawat, membantu dalam mengurangkan tanda dan kejelasan kedutan serta memastikan keanjalan dan kesegaran kulit. Kolagen juga membantu menghalang parut yang berpunca dari jerawat. 

Membantu melambatkan proses penuaan. 

Gabungan herba yang digunakan dapat membantu dalam melancarkan peredaran darah sekaligus membantu meningkatkan tenaga serta memulihkan tenaga tubuh badan. 

Kandungan madu dan habbatussauda’ membantu dalam mengurangkan risiko penyakit kanser.

Kandungan:

Air, Kayu Manis, Cili Kering, Kunyit, Kolagen, Madu, Cuka Kurma, Minyak, Kelapa Dara (VCO), Habbatus Sauda.

Cara Guna:
Minum 1 sachet waktu pagi ketika perut kosong.

Gunakan produk di dalam botol untuk sapuan di muka pada waktu pagi dan malam.

Syn Off diformulasikan untuk mengembalikan dan mengekalkan kecantikan kulit anda, khusus untuk memelihara kulit anda dari masalah jerawat dan resdung.



Friday, April 26, 2013

Aswad Oat - Minuman Berkhasiat


BORANG PESANAN

Harga : RM22

Saiz Pek : 22gm x 15 packs

Aswad Oat adalah minuman berkhasiat dengan kebaikan Prebiotik.

Mengandungi Oats, Bijirin, Malt, Susu Penuh Krim, Rumpai laut, Habatussawda, Pegaga, Goji, AHA, DHA, Gula Perang, dan Gum Arabic Acacia (Manna) 

Dirumus khas untuk membantu perkembangan minda anak-anak anda.

Thursday, April 25, 2013

Aswad Oat Coklat - Minuman berkhasiat



Harga: RM22

Saiz Pek : 22gm x 15 Sachet

Aswad Oat Coklat dengan kebaikan Prebiotik.

Mengandungi Oat, Bijirin, Malt, Susu Penuh Krim, Kismis, Kurma, Badam, Rumpai Laut, AHA, DHA, Koko, Gula Perang dan Gum Arabic Acacia (Manna).

Aswad Oat Coklat dirumus khas untuk membantu perkembangan minda anak-anak anda.

Dapatkan di KPHTP Berhad sekarang.

Wednesday, April 24, 2013

Qamary - Atasi Masalah Senggugut


BORANG PESANAN


Harga: RM 27


Spesifikasi: 

30 ml & 7 x 20gm sachet

Atasi masalah senggugut anda dengan Qamary.

Qamary merangkumi adunan lebih 20 jenis herba terpilih, membantu para wanita yang mengalami masalah senggugut. 

Antara ramuan herba-herba terpilih itu termasuklah cengkih, bunga pala, cekur, jerangau, bunga Fatimah, pelaga, manjakani, glukos, madu, habatussauda. 

Selain dapat menghilangkan masalah senggugut, Qamary juga boleh meningkatkan metabolisme tubuh badan anda. 

Qamary ialah produk kesihatan yang diproses mengikut piawaian Amalan Pengilangan Islam (IMP) yang mengutamakan kebersihan, kesucian dan diiringi doa. 

Produk ini menepati piawai dan mendatangkan kesan baik kepada pengguna. Qamary merangkumi adunan pelbagai herba tradisional untuk membantu para wanita yang mengalami masalah senggugut. 

Khasiat utama Qamary:
- Memulihara sistem biologi wanita
- Memperbaiki, membersih dan melancarkan darah haid sekaligus mengurangkan derita senggugut
- Mengecut dan mengetatkan rahim, peranakan wanita dan menyembuhkan luka selepas bersalin
- Menangani masalah kembung perut, sebu dan senak perut serta menggalakkan pembuangan angin berlebihan serta merangsang pencernaan
- Melancarkan peredaran darah serta mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
- Memberi tenaga serta meningkatkan kekuatan tubuh badan
- Meningkatkan imuniti badan dalam melawan serangan penyakit 

4 sebab kenapa anda perlukan Qamary sekarang!

* Pek 2-dalam-1 terdiri daripada losyen sapuan luaran & minuman ekstrak untuk kesihatan dalaman
* Mengandungi gabungan lebih 20 jenis herba terpilih
* Dikilangkan mengikut piawaian Amalan Pengilangan Islam (IMP)
* Formula terbaik pada harga mampu beli

Cara pengambilan Qamary
Qamary sebaik-baiknya di ambil satu hari sebelum kedatangan haid atau senggugut. Anda hanya perlua ambil satu sachet dalam satu hari sama ada secara terus atau dicampur sedikit air panas suam. Pengambilan ini hendaklah berterusan sepanjang kedatangan haid dan senggugut. Sekiranya telah tamat tempoh kedatangan haid dan senggugut, maka hendaklah diberhentikan pengambilan qamary.

Qamary diperkaya dengan khasiat makanan sunnah.

Dapatkan di KPHTP Berhad sekarang.







Tuesday, April 23, 2013

T-3 Feminine Wash

BORANG PESANAN

Harga: RM9 (110ml)

T-3 Feminine Wash 

Dirumus dengan ekstrak Manjakani, Tea Tree, Centella asiatica (Pegaga), Menthol.

Memelihara diri dari bauan yang tidak menyenangkan serta menjaga kebersihan vagina tahap maksima.

Dapatkan di KPHTP Berhad Sekarang.


Caliph Goata


Harga: RM38 

(Termasuk Kos Penghantaran)

Caliph Goata - Minuman berkhasiat

SUSU KAMBING campuran GULA PERANG, KURMA dan KISMIS.

21gm x 15 sachet

Dapatkan di KPHTP Berhad

Monday, April 22, 2013

Puteri with Collagen


BORANG PESANAN 

Harga: RM17

Spesifikasi: 30 ml

Produk Kosmetik Halalan Thoyyiba

Spray Bedak Air

Diproses dengan piawaian Amalan Pengilangan Islam (IMP)

Dapatkan di KPHTP Berhad Sekarang

Saturday, April 20, 2013

Khasiat dan Kebaikan Kismis

Kismis sebenarnya berasal daripada buah anggur yang menjalani proses penyahidratan sama ada menggunakan matahari atau menggunakan ketuhar.

Terdapat beberapa jenis kismis yang popular seperti sultana, malaga, monukka dan muscat.

Kismis bebas kolesterol, rendah sodium dan bebas lemak. Ia menawarkan nutrisi yang diperlukan tubuh termasuk vitamin, mineral, zat besi, serat dan kalsium.

“Sesiapa yang ingin menghafal Hadith hendaklah ia kerap memakan anggur kering”
- Imam Zuhdi -

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Dalam Islam, kismis sudah lama disaran untuk pemakanan kanak-kanak kerana ia adalah makanan tambahan yang mampu merangsang minda dalam melahirkan generasi genius.

Khasiat Kismis:


Menajam minda

Gula ringkas dalam kismis telah dikenalpasti dapat meningkatkan daya pemikiran otak. Ini kerana otak memerlukan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak untuk berfungsi dengan baik dan kismis dapat menyediakan keperluan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak dan cepat.

Antioksida yang tinggi
Kajian mendapati fenol yang terdapat dalam kismis adalah antara sumber yang membolehkan ia dikategorikan sebagai antioksida. Antioksida melindungi tubuh daripada radikal bebas selain menjaga kesihatan kulit. Antara antioksidan itu adalah asid oleanolic, oleanolic aldehyde, betulin, asid betulin dan 5-(hydroxymethyl)-2-furfural.

Gigi sihat
Jangan membiarkan kemanisan dan rasa melekit kismis menipu anda. Kismis tidak menyebabkan kaviti dan penyakit gusi, bahkan mempromosi gigi yang sihat kerana mengandungi asid oleanolik. Asid ini sangat efektif dalam membunuh bakteria.

Mengurangkan risiko strok
Kismis boleh mengurangkan risiko strok dan melemahkan perkembangan penyakit-penyakit organ dalam badan.

Melawaskan pembuangan air besar

Melindungi hati

Kismis sangat sesuai terutama bagi mereka yang banyak mengerah tenaga untuk berfikir seperti kanak-kanak, guru dan pelajar, professional, pensyarah dan lain-lain.


Produk Susu Halib's mengandungi kismis:

Syn Talc with Collagen

BORANG PESANAN 

Harga: RM15 

Spesifikasi: 30 ml

Produk Kosmetik Halalan Thoyyiba

Diproses dengan piawaian Amalan Pengilangan Islam (IMP)

Dapatkan di KPHTP Berhad Sekarang









Thursday, April 18, 2013

Manna - Gum Arabic Acacia

Manna atau Gum Arabic Acacia adalah pre-biotik iaitu makanan pemberi makan kepada pro-biotik iaitu bakteria baik di dalam usus. Ia adalah 100% fermentasi. Manna menyediakan tubuh dengan tenaga dan membantu meningkatkan prestasi usus.

Banyak kajian saintifik ke atas Gum Arabic mendapati ia sangat berkesan digunakan sebagai Prebiotik.



Khasiat dan Kebaikan Gum Arabic:
  • Kesan penurunan tekanan darah pada pesakit darah tinggi.
  • Mengurangakan penghasilan radical oksigen bebas.
  • Meningkatkan paras butyrate dalam serum darah.
  • Memperbaiki tindakbalas sistem imun tubuh melalui rangsangan kepada sel dendritic di dalam lumen usus dan penghasilan cytosine.
  • Membantu penyerapan mineral seperti zink, sodium dan kalsium.
  • Mengurangkan paras urea dan menambah nitrogen dalam najis kepada pesakit yang mengalami kerosakan buah pinggang.
  • Kesan penyembuhan kepada pesakit buah pinggang teruk (chronic & end stage kidney disease).

Produk yang mengandungi Arabic Gum (Manna):
Susu Halib's




Baby Talc - Bedak cecair untuk bayi

BORANG PESANAN

Harga: RM12 (30ml)

Baby Talc - Bedak cecair untuk bayi

Aromatic Spray

Dapatkan di KPHTP Berhad Sekarang

Wednesday, April 17, 2013

Kordial Zaffron Honey Orange

BORANG PESANAN

Harga: RM23 (500ml)

Kordial Zaffron Honey Orange diperkaya dengan khasiat buah Oren, Saffron dan Garam Bukit.

Dapatkan di KPHTP berhad Sekarang

Diproses mengikut piawaian Amalan Pengilangan Islam (IMP)

Kos Penghantaran:
Semenanjung M'sia RM6
Sabah/Sarawak RM9

Tuesday, April 16, 2013

Betic Bar ~ Perbaiki Diabetes Anda

BORANG PESANAN

Harga: RM27

PERBAIKI DIABETES ANDA

BeticBar adalah adunan Beras, Oat, Kacang Tanah, Badam, Madu, Mahkota Dewa, Misai kucing, Halba, Buah tunjuk langit dan Gum Acacia Arab untuk memperbaiki kencing manis yang disebabkan oleh kegagalan pankreas (kilang gula) yang gagal menapis gula terus memasuki ke dalam aliran darah.

"Hanya satu ‘Betic Bar’ sehari, Ikhtiar untuk Menurunkan KADAR GULA dalam darah dengan cepat"
Betic Bar merupakan oatbar yang dirumus khas untuk golongan yang ingin mengurang kandungan gula dalam darah.

Saiz Pek : 12 gm x 10 bar
Berat : 120 gm

Kos Penghantaran:
Semenanjung M'sia RM6
Sabah/Sarawak RM9

              

Stellaris Shower Gel

BORANG PESANAN

Harga: RM9

Stellaris shower gel dengan haruman yang menyegarkan.

Diproses dengan piawaian Amalan Pengilangan Islam (IMP).

Dapatkan di KPHTP Berhad Sekarang.

Gunakan dengan yakin, tanpa was-was.


Kos Penghantaran:
Semenanjung M'sia RM6
Sabah/Sarawak RM9




Monday, April 15, 2013

Bedak Permata Puteri

BORANG PESANAN

Harga: RM15

Bedak Permata Puteri dirumus khas dengan Bio Energy Water, Aloe Vera, Saffron, Mutiara, Tea Tree & Rosemary

Bedak Air Aromaterapi

Lebih lembut dan menyeimbangkan kulit dengan khasiat herba Tea Tree dan Rosemary

 Kegunaan:

  • Bertindak cepat ke atas jerawat
  • Melicinkan kulit muka
  • Mengatasi masalah kulit muka berjeragat
  • Pelembab dan pelindung kulit
  • Melegakan campak dan ruam pada bayi dan kanak-kanak
  • Mengatasi masalah kayap dan kulit kepanasan

                                                         Rosemary                          Tea Tree



Thursday, April 11, 2013

Kepentingan Makanan Halal ~ Kisah Saidina Abu Bakar r.a dan Hambanya

Tingkah laku dan budi pekerti para sahabat seelok-eloknya dijadikan contoh oleh umat Islam semuanya kerana mereka telah dipilih oleh Allah s.w.t untuk menjadi sahabat kekasihNya Muhammad s.a.w.

Saidina Abu Bakar r.a mempunyai seorang hamba yang menyerahkan kepadanya sebagai tuan, sebahagian daripada pendapatan hariannya. Pada suatu hari hambanya telah membawa makanan yang dimakannya sedikit oleh Saidina Abu Bakar r.a. Hambanya berkata:

"Kamu selalu bertanya tentang sumber makanan yang aku bawa tetapi hari ini kamu tidak berbuat demikian."

Saidina Abu Bakar r.a menjawab:

"Aku terlalu lapar sehingga aku lupa bertanya. Terangkanlah kepada aku dimana kamu dapat makanan ini."

Hamba: "Sebelum aku memeluk Islam aku menjadi tukang tilik. Orang-orang yang aku tilik nasibnya kadang-kadang tidak boleh membayar wang kepada aku. Mereka berjanji akan membayarnya apabila sahaja memperolehi wang. Aku telah berjumpa dengan mereka hari ini. Merekalah yang memberikan aku makanan ini."

Mendengar kata-kata hambanya Saidina Abu Bakar r.a memekik:

"Ah!! Nyaris-nyaris kau bunuh aku."

Kemudian dia cuba mengeluarkan makanan yang telah ditelannya. Ada orang yang mencadangkan supaya dia mengisi perutnya dengan air dan kemudian memuntahkan makanan yang ditelannya tadi. Cadangan ini telah diterima dan dilaksanakannya sehinggalah makanan itu dimuntah keluar.
.
Kata seorang pemerhati:

"Semoga Allah mencucuri rahmat atas mu. Kamu telah bersusah payah kerana makanan yang sedikit."

Kepada orang ini Saidina Abu Bakar r.a menjawab:

"Aku sudah pasti memaksanya keluar walaupun dengan berbuat demikian aku mungkin kehilangan jiwa ku sendiri. Aku mendengar Nabi berkata: "Badan yang tumbuh subur dengan makanan haram akan merasai api neraka. Oleh kerana itulah maka aku memaksa makanan itu keluar takut kalau-kalau ia menyuburkan badanku."

Kisah ini mengenai Saidina Abu Bakar r.a yang sangat teliti tentang haram halalnya makanan yang dimakan.

Bagaimana kita???

Nabi telah menyebut tentang seorang manusia yang permintaannya tidak ditunaikan oleh Allah walaupun dia sering menadahkan tangannya dan menyebut-yebut.

"Ya Allah! Ya Allah!" Pada lahirnya doa orang ini sudah sepatutnya diterima oleh Allah. Tetapi apabila diteliti, semua makanannya, minumannya serta pakaiannya telah diperolehi dari sumber-sumber yang haram. Jadi Allah tidak menghiraukan doanya.

Oleh itu berhati-hatilah..

Pengajaran: 
Lihatlah betapa sifat teliti yang ada pada  Saidina Abu Bakar r.a begitu hebat sekali sehingga beliau tidak rela membiarkan harta yang syubhah itu menyubur dalam badan beliau. 

Kita kadangkala perkara yang nampak remeh dalam soal sumber makanan, kita sering menganggap ia satu perkara yang biasa. Semoga selepas ini, soal halal dan haram kita dapat mengambil perhatian dengan sewajarnya.

Wednesday, April 10, 2013

Kordial Ros Buah Pala

BORANG PESANAN

HARGA: RM8 (650ml)

Kordial Ros Buah Pala diperkaya dengan khasiat Buah Pala, Cengkih, dan Garam Bukit.

Dapatkan di KPHTP Berhad






Tuesday, April 9, 2013

Premix Coffee - Acacia Prebiotic Honey Cafe'

BORANG PESANAN

HARGA: 18.00 (25gm x 15 pack)


Acacia Honey Cafe' adalah campuran kopi arabika, gam arabica (manna), stevia dan madu.


Minuman kesihatan untuk anda dan keluarga anda.

Diproses dengan piawaian Amalan Pengilangan Islam (IMP)

Dapatkan di KPHTP Berhad Sekarang.


Monday, April 8, 2013

Al-Barakah ~ Honey Booster For Your Health

BORANG PESANAN

HARGA: RM40.00

Madu dijelaskan didalam Al Quran sebagai penawar secara rasmi. Dan ia diperkuatkan lagi dengan pesanan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan sifatnya sebagai penawar atau penyembuh dalam sabda baginda:

"Ambillah, pergunakanlah olehmu sekalian, akan dua PENAWAR yakni MADU dan AL QURAN". (Riwayat Ibnu Majah)


Friday, April 5, 2013

Khasiat dan Kebaikan Kurma

Buah kurma terbukti membantu mengembalikan tenaga yang hambar, kehilangan darah yang banyak, membina kekuatan otot intim dan keseluruhan, membina minda yang cerdas serta penemuan terkini sains mengenai kurma iaitu;

Membina Ketenangan Emosi / Perasaan 

Kajian sains membuktikan bahawa kandungan bahan di dalam kurma mampu membina ketenangan emosi atau ketenangan perasaan. Ini memberi panduan kepada umat Islam akan ayat di dalam petikan surah Maryam yakni;

“..serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan”. (Surah Maryam : Ayat 25) 

Maka amatlah rugi umat Islam sekadar mengamalkannya di bulan Ramadhan semata-mata di musim bulan puasa sahaja.


Makanan Hamba Allah Yang Beriman 


Memakan kurma juga memenuhi tuntutan sunnah baginda yang sewajarnya kita contohi. Maka dengan itu kita menghampiri amalan-amalan rutin Nabi. Mengamalkan memakan kurma juga mendapat pahala orang yang beriman sepertimana sabda baginda;

“Sebaik-baik makanan sahur orang yang beriman adalah buah kurma”. (Riwayat Abu Daud)


Kurma: Makanan Yang Barakah


Allah melimpahkan barakah kepada buah kurma sepertimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam; 

Daripada Salman Ibn ‘Aamir, Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : “Jika salah seorang di antara kamu ingin berbuka puasa, maka berbukalah dengan kurma, sebab kurma itu barakah, jika tiada maka dengan air kerana air itu bersih dan suci”. (Riwayat Abu Daud dan At Tirmidzi) 

Makanan Barakah Untuk Anak 

Amalan membelah mulut atau bertahnik juga diambil daripada sunnah baginda; 

Daripada Abu Musa Radiallahu Anhu katanya: “Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, seraya baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma (sambungan dalam penjelasan Imam Al Bukhari) ..maka baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mendoakan kebaikan dan keberkatan baginya lalu menyerahkan kembali kepadaku”. (Riwayat Al Bukhari dan Muslim) 

Ternyata kurma terus mendapat perhatian pakar kesihatan seluruh dunia samada dalam keperluan diet atau mengatasi penyakit-penyakit yang tidak dapat diatasi dengan ubat-ubatan moden.


Produk yang mengandungi KURMA:

Susu Penuh Krim Halib's Gold
Susu Halib's Prebiotik
Susu Halib's Cocoa
Susu Halib's Fruitti
Susu Halib's Suffy







Thursday, April 4, 2013

Ginger Honey - Produk Makanan Kesihatan

BORANG ORDER
HARGA: RM27

Madu dijelaskan di dalam Al Quran sebagai penawar secara rasmi. Dan ia diperkuatkan lagi dengan pesanan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan sifatnya sebagai penawar atau penyembuh dalam sabda baginda:

"Ambillah, pergunakanlah olehmu sekalian, akan dua PENAWAR yakni MADU dan AL QURAN"
(Riwayat Ibnu Majah)

Khasiat Ginger Honey
  • Merawat sakit perut.
  • Membantu penghadaman.
  • Mengubati batuk dan selsema.
  • Membuang angin dalam usus.
  • Membuangkan lendir dan kahak yang melekat di bahagian halkum.
  • Menghilangkan bau mulut.
  • Dapat memberikan kehangatan dan meningkatkan kadar metabolisme badan.
  • Mengurangkan sakit sendi dan otot.
  • Merendahkan kadar kolesterol dalam darah.
  • Menguatkan badan bagi yang berumur.




Tuesday, April 2, 2013

Cinnamon Honey


HARGA: RM27

Madu dijelaskan di dalam Al Quran sebagai penawar secara rasmi. Dan ia diperkuatkan lagi dengan pesanan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan sifatnya sebagai penawar atau penyembuh dalam sabda baginda:

"Ambillah, pergunakanlah olehmu sekalian, akan dua PENAWAR yakni MADU dan AL QURAN"
(Riwayat Ibnu Majah)


Produk berasaskan madu:
Ginger Honey
Al-Barakah

Monday, April 1, 2013

Khasiat dan Kebaikan Madu

Lebah adalah salah satu bukti dalam Al Quran akan ketaatan makhluk selain manusia yang patuh dan taat kepada perintah Allah. Di dalam surah An Nahl, perintah Allah kepada Sang Lebah memberi manfaat kepada manusia sebagai penawar dirakam.
 “Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan serta buah-buahan (yang engkau sukai) dan turutilah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNYA kepadamu. Dengan itu keluarlah dari badannya minuman (Madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi PENAWAR bagi manusia (dari pelbagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir”. (Surah An-NAhl: 69)

Madu dijelaskan di dalam Al Quran sebagai penawar secara rasmi. Dan ia diperkuatkan lagi dengan pesanan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan sifatnya sebagai penawar atau penyembuh dalam sabda baginda:

"Ambillah, pergunakanlah olehmu sekalian, akan dua PENAWAR yakni MADU dan AL QURAN"
(Riwayat Ibnu Majah)

Keunikan Madu Menjadi Pilihan Terbaik 

Madu antara adalah makanan yang paling popular di kalangan pakar kesihatan kerana keunikannya memberi yang terbaik untuk kesihatan manusia. 

Madu PENAWAR Barah (Cancer)

Sel-sel kanser berupaya dibunuh melalui fungsi asid retionik yang bertukar dari beta-carotene setelah melalui proses di dalam tubuh sebagai ANTIOKSIDA (antioxidant). 

Tinggi sifat ANTIOKSIDA

Madu umpama bahan pembersih untuk tubuh manusia atas sifatnya yang tinggi antioksida. Ini bermaksud ia memerangkap radikal bebas di dalam tubuh yang boleh mencetus sel rosak di dalam badan yang boleh membiak sebagai sel kanser. 


Antiseptik dan Antibiotik 

Madu berupaya menghentikan aktiviti bakteria yang menyerang luka serta menghalang jangkitan daripada terus merebak menurut kajian universiti Wales. 

Pun begitu, ujian saintifik ke atas Madu wujud di kemudian hari yakni pada masakini. Sebagai umat Islam kita perlu mendahului berpegang kepada Al Quran dan As Sunnah samada wujud fakta sains mahupun tidak. Sepertimana penulis jelaskan di atas, perintah Allah kepada Lebah di dalam Al Quran dan menjadi Sunnah baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sebagai contoh ikutan kita umat baginda. 

Adalah sesuatu yang membelakangi tuntutan Islam apabila kita mendahulukan hujah dan fakta sains melebihi hujah Al Quran dan As Sunnah. Malah ada juga di kalangan kita yang mana apabila dinasihati oleh pakar kesihatan untuk meninggalkan makanan sunnah bagi mereka yang menghidapi masalah gula di dalam badan, hanya kerana madu bersifat manis sedangkan Al Quran dan As Sunnah menyatakan sebaliknya. Pesan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam buat kita umat baginda dalam sabdanya; 

"Ambillah, pergunakanlah olehmu sekalian, akan dua PENYEMBUH yakni MADU dan AL QURAN" (Riwayat Ibnu Majah)
Sumber: Qhazanah

Produk Berkaitan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...