Friday, January 4, 2013

Pengenalan IMP & Produk IMP

Apa itu IMP?
IMP adalah singkatan daripada perkataan “Islamic Manufacturing Practice” atau “Amalan Pengilangan Islam”. IMP ialah suatu piawaian “HALALAN THOYYIBA”; iaitu suatu proses pengilangan yang bukan sahaja suci dari sudut jasmaninya malahan juga suci dari sudut ruhaninya. Ia merupakan satu piawaian atau “standard” bagi mengilangkan produk-produk yang bukan sahaja halal malah mendapat keberkatan dari Allah S.W.T.

Piawaian IMP diuruskan oleh sebuah NGO yang dikenali sebagai Sekretariat Komuniti IMP yang berpusat di Kuala Kangsar,Perak dengan dianggotai oleh sekumpulan pakar yang berpengalaman luas di dalam industi pengilangan.

Firman Allah S.W.T.:
Sumber: IMP Utara
“Wahai manusia! Makanlah apa-apa sahaja yang ada di atas muka bumi dari yang halal lg baik, dan janganlah kamu ikut langkah-langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata.”
(Surah Al-Baqarah: 168)



Visi IMP

Menjadi suatu piawaian Islam yang diyakini Umat Islam sejagat melalui moto : 
“ Bukan Sekadar Halal Tetapi Halalan Toyyiba "


Objektif

Memartabatkan Amalan Pengilangan Islam untuk melahirkan generasi seperti “ Salahuddin Al-Ayyubi ”


Kepentingan IMP 
IMP merupakan suatu standard atau lambang penting yang dapat memberi keyakinan dan jaminan kepada pengguna terhadap KUALITI, EFIKASI dan KESELAMATAN. IMP membawa konsep fizikal dan spiritual bagi mematuhi piawaian Halalan Toyyiba.

Umat Islam perlukan makanan bukan sekadar HALAL tapi HALALAN THOYYIBA. Pada masa kini, 80% makanan halal diusahakan oleh orang bukan muslim. Kalau bukan KITA siapa lagi? Dan mulai dari hari ini, kita sebagai UMAT ISLAM perlu mengambil inisiatif untuk menyediakan segala keperluan yang benar-benar HALAL bagi melahirkan umat manusia yang bertaqwa, beriman, solah dan solehah. Kita juga perlu memastikan generasi yang akan datang adalah generasi yamg mampu memikul AMANAH Allah dan Rasulnya.

Produk IMP 
Produk IMP adalah produk yang dijual di pasaran dengan harga yang berpatutan, berkualiti tinggi serta selamat digunakan. Sehingga kini, produk yang telah mencapai piawaian serta mendapat pensijilan IMP semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Jenis produk yang mendapat pensijilan IMP
ü  Produk makanan dan minuman Halal
ü  Produk kegunaan harian
ü  Produk kosmetik
ü Produk Makanan Kesihatan  

Ciri-ciri Produk IMP:
ü Diiktiraf HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM).
ü Dikilang mengikut standard “Good Manufacturing Practice” (GMP).
ü Diluluskan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK).
ü Bersih lagi suci dan digunakan tanpa was-was.
ü Penerapan amalan pengilang Islam dalam proses penghasilan produk seperti semua pekerja diwajibkan
    berwuduk, menutup aurat, membaca Asma-ul Husna, mengamalkan doa dan zikir harian serta solat dhuha
    sebelum memulakan pekerjaan.

Antara Produk-produk IMP
ü Susu Penuh Krim Halib’s
ü Susu Penuh Krim Halib’s Gold
ü Baroka Café
ü Goata Café
ü Hot Choc
ü Cocoa Gold
ü Mawaddah
ü Khall
ü Madu Halia
ü Madu Kayu Manis
ü Air Mutiara
ü Saffron Sparkling
ü Kordial Rumpai Laut
ü Sos Kantan
ü Stellaris Shower Gel
ü Lavender Body Wash
ü Stellaris Shampoo
ü Tea Tree Hair Shampoo
ü Tea Tree Feminine Wash
ü Vagine Soff
ü Batooka
ü Batooka Gold



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...