Kebaikan SUSU KAMBING untuk anak anda
Tidak menyebabkan alahan
Susu Kambing tidak mengandungi jenis protein (Alpha-Casein protein
& Beta-Casein protein) yang menyebabkan alahan sepertimana yang
biasanya terdapat dalam susu lembu. Protein yang terdapat dalam susu
kambing mengandungi 22 Asid Amino termasuklah 8 jenis Asid Amino
penting.
Alahan laktosa
Sifat susu kambing yang mudah hadam membolehkan laktosa melalui usus
dengan mudah. Susu kambing mempunyai kandungan Laktosa 7% lebih rendah
berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk kanak-kanak yang
mengalami masalah cirit-birit dan alahan kepada susu lembu dan susu
tepung.
Membantu sistem imunisasi tubuh.
Meningkatkan daya tahan penyakit yang kuat. Ianya dapat mengurangkan anak anda dari mudah terkena penyakit.
Bersifat alkali.
Sama seperti susu ibu; pH susu kambing adalah beralkali berbanding
susu lembu yang Asidik. Susu kambing dapat meneutralkan asid dalam
perut dan mewujudkan persekitaran yang lebih beralkali. Ianya baik untuk
sistem penghadaman.
Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan.
Susu kambing dapat membantu menguatkan daya pemikiran anak anda. Ianya
dapat mempermudahkan lagi sistem pembelajaran anak anda.
Membantu sistem penghadaman
Proses pencernaan untuk susu kambing hanya memerlukan 20 minit sahaja
berbanding susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam. Molekul Lemak dalam
susu kambing lebih halus & mudah dihadam berbanding susu lembu.
Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, otot, sendi, kulit & tisu saraf).
Gabungan Kalsium & Fosforus = Calciumphosphate, suatu komponen
penting membentuk struktur dan kekuatan tulang serta beberapa fungsi
tubuh yang lain.
Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu
Berikut adalah kandungan gizi dalam susu kambing :
- Protein 2.1 kali ganda
- Kalsium 2.2 kali ganda
- Zat Besi 2.0 kali ganda
- Potasium 2.1 kali ganda
- Vitamin A 3.8 kali ganda
- Garam Galian 2.0 kali ganda
- Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu
0 comments:
Post a Comment