Wednesday, February 6, 2013

16 Persoalan Penting bagi Pengguna Islam yang Bijak



Persatuan Pengguna Islam Malaysia telah menyenaraikan beberapa soalan yang harus sentiasa ada pada diri setiap pengguna Islam yang bijak, iaitu:

1. Adakah produk ini HALAL dan BAIK?

2. Adakah produk ini membawa kemudaratan kepada kesihatan?
 
3. Adakah alternatif produk yang dikeluarkan oleh orang Islam? 

4. Adakah produk ini dikeluarkan oleh orang Islam 100%, 50%, 30%? 

5. Adalah produk ini disahkan atau dipantau oleh orang Islam? 

6. Adakah logo ini betul dan tulen? 

7. Adakah syarikat yang mengeluarkan produk ini menghormati masyarakat Islam?
 
8. Adakah produk ini mempunyai unsur-unsur menghina Islam? 

9. Adakah produk ini dimiliki oleh syarikat yang memusuhi Islam?
 
10. Adakah produk ini dikeluarkan atau dikilangkan di Malaysia atau import keseluruhannya?
 
11. Adakah produk ini membawa manfaat kepada umat Islam? 

12. Adakah produk yang sama dikeluarkan oleh masyarakat Islam tapi agak sukar diperolehi di pasaran?
 
13. Adakah syarikat yang mengeluarkan produk ini mempunyai dasar yang menghormati umat Islam dan agama Islam?

14. Adakah pekerja Islam diberikan kemudahan untuk mengamalkan Islam tanpa diskriminasi secara sedar ataupun tidak? 

15. Adakah syarikat mengamalkan diskriminasi terhadap syarikat pembekal-pembekal Islam yang cuba membekal bahan kepada syarikat mereka?
 
16. Adakah produk tersebut benar-benar perlu kepada kita dan tiadakah sebarang alternatif yang dikeluarkan oleh  masyarakat Islam?  

Sebagai pengguna Islam, mereka perlu bijaksana dalam menimbang dan memutuskan mana yang baik dan buruk, patut dibeli atau tidak, wajar digunapakai atau dihindari. Keputusan terletak di tangan pengguna itu sendiri.

Sumber: 
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...