Tuesday, February 19, 2013

Rasulullah Sebagai Perintis Usahawan Muslim Dunia



Sejarah keusahawanan Islam bermula semenjak Nabi Muhammad S.A.W di usia muda lagi. Ketika itu, Baginda bekerja sebagai pengembala kambing. Setelah dewasa beliau menjadi saudagar dan di lantik oleh Saidatina Siti Khadijah selaku pengarah urusan kepada syarikat perdagangannya. Sewaktu itu umur Baginda berusia lingkungan 24 tahun. Kepercayaan Siti Khadijah kepada Nabi Muhammad S.A.W. terbukti setelah mendapati Nabi Muhammad S.A.W mempunyai pengalaman di dalam bidang perniagaan sejak berumur 12 tahun lagi.

Sewaktu datuk Nabi Muhammad S.A.W., Abdul Mutalib meninggal dunia, Baginda di pelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib (bapa kepada Saidina Ali). Abu Talib ialah seorang tokoh korporat dan ahli perniagaan yang terkenal di Semenanjung Tanah Arab. Beliau telah melatih Nabi Muhammad S.A.W. di dalam bidang perniagaan, membawa ke Syria, Iraq dan lain-lain negara di Timur Tengah.

Kepandaian dan kehebatan Nabi Muhammad S.A.W. dalam hal-hal yang berkaitan dengan perniagaan dan perdagangan telah menyebabkan beberapa orang bapa saudaranya yang terdiri daripada tokoh-tokoh korporat jahiliah seperti Abu Lahab, Abu Sufian dan beberapa orang lagi ahli lembaga pengarah syarikat milik keluarga Bani Hashim telah bermesyuarat dan memutuskan menawarkan modal kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Apabila tawaran itu dikemukakan, Baginda menolaknya, kerana tawaran itu mempunyai motif eksploitasi terhadap Baginda dan mensyaratkan Nabi Muhammad S.A.W. mengakui berhala Latta dan Uzza sebagai tuhan. Penolakan itu dilakukan kerana Nabi Muhammad S.A.W. tidak mahu diperalatkan oleh para korporat feudalis untuk keuntungan peribadi mereka.

Berbeza dengan Siti Khadijah yang telah memberi kebebasan kepada Baginda menguruskan perniagaan tanpa syarat. Nabi Muhammad S.A.W. menerima tawaran itu kerana sifatnya selaku seorang yang jujur dan mempunyai tanggungjawab kemanusiaan. Lantaran kejujuran Baginda dengan dasar kemanusiaan itulah akhirnya Baginda terkenal bukan sahaja di Mekah dan semenanjung tanah Arab, bahkan di peringkat antarabangsa selaku tokoh korporat 'al-Amin' (yang dipercayai).

Justeru itulah nama, keturunan dan peribadi Baginda terkenal sehingga mendapat gelaran dan 
bintang selaku 'al-Amin' iaitu orang berwatak aman dan menyenangkan semua pihak.  Setelah di lantik 
sebagai Rasul, lalu menjadi mudahlah masyarakat dunia menerimanya dan mengakui kebenaran yang 
di bawa.  Demikianlah antara hikmah sebagai Rasul dan pemimpin.

Oleh itu jelas bagi penulis bagaimana pemasaran secara Islam iaitu ‘al-Amin’ ataupun jujur telah menjadikan Rasulullah S.A.W.  terkenal dan berjaya sebagai ikon usahawan Muslim dunia sehingga hari ini.

1 comment:

  1. Assalam tuan, saya ada ramai rakan2 usahawan yg berminat untuk menyertai kursus@seminar. Bolehkah sy berperanan sebagai penganjur? Berminat dgn kerjasama ini? Hubungi saya Putera Ahmad : zekas.resources@gmail.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...