Monday, October 24, 2016

Cara untuk menggalakkan anak anda minum susu setiap hari



Cara untuk menggalakkan anak anda minum susu setiap hari
========================================

* Ingat bahawa susu dan produk tenusu lain adalah sumber utama kalsium dan pelbagai nutrien penting yang sangat diperlukan untuk pertumbuhan.

* Galakkan keluarga  minum susu. Susu bukan untuk bayi tetapi penting untuk semua peringkat umur, anak anda pasti meniru perbuatan anda

* Jangan memberikan terlalu banyak minuman manis seperti jus buah atau minuman berperisa sehingga menggantikan pengambilan susu.

* Untuk kanak kanak yang tidak menggemari susu, hidangkan bersama cereal ketika sarapan pagi atau sebagai snek.

* Tambah buahan atau ditambah perisa menjadi susu kocak.

* Pilih pencuci mulut berasaskan atau dicampur susu seperti agar agar susu, puding susu, yourgurt, dan kastard. Gunakan susu segar adan elakkan susu sejat atau susu pekat manis.
   
* Sekiranya tidak menyukai susu, pilih makanan lain yang berasaskan susu seperti keju  untuk dicampur di dalam makanan harian seperti dimakan bersama roti atau ditabur di atas pizza.
   
* Berkongsi dengan anak khasiat susu ketika mereka minum.
   
* Sekiranya anak tidak menggemari susu suam, berikan susu sejuk.
   
* Benarkan anak anda memilih perisa susu yang digemari. Anak anda mungkin lebih gemar minum susu yang berperisa.
   
* Belikan susu dalam paket kecil dan comel untuk menggalakkan anak minum setiap hari.
   
* Gunakan daya kreatif untuk menghidangkan susu sebagai contoh, kisar dengan ais krim untuk menyediakan susu kocak. Kisar bersama buah-buahan atau jus buah-buahan atau bersama ais bagi menambah keenakan susu.

Sumber: tateh.com.my

*****************
.
Dapatkan Susu Kanak-kanak Keluaran Bumiputera Islam di Kohalalthoyibba E-Shop :)

#susuhalibs #suffy #irfan #lazz #khalish

Layari website: www.kohalalthoyibba.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...