Friday, May 24, 2013

MAKANAN SELAMAT, SIHAT & BERKUALITI MENGIKUT PERSPEKTIF HADIS

MAKAN CARA SIHAT IKUT SUNNAH NABI

Sunnah Rasulullah SAW boleh dijadikan panduan dan ikutan kerana baginda adalah contoh teladan yang terbaik buat semua umat manusia. Dalam hal berkaitan pemakanan sekalipun, Rasulullah SAW merupakan seorang yang mementingkan khasiat dan mutu makanan yang diambil agar dapat mengambil manfaat daripadanya.


Pemakanan baginda lebih banyak mengambil daripada jenis biji-bijian, sayur-sayuran dan buah-buahan. Sebagai umat Islam, seharusnya kita mencontohi amalan pemakanan yang telah dipamerkan oleh Rasulullah SAW kerana corak pemakanan baginda adalah sihat dan berkhasiat seperti mana yang disarankan oleh pakar pemakanan pada hari ini. Ini terbukti dari sudut pandangan sains bahawa pemakanan yang berasaskan bijirin, buah- buahan dan sayur- sayuran adalah baik dijadikan amalan.

Nabi Muhamad SAW biasa memakan bijirin seperti Habbatus Sawda’, barli dan oat.

Menurut Bukhari-Muslim, Nabi SAW bersabda: 

“Al-Habbah Al-Sawda’ mempunyai ubat bagi segala penyakit kecuali mati”. Pemakanan berasaskan bijian-bijian sememangnya berkhasiat kerana ia kaya dengan bahan phytonutrients. Phytonutrients adalah sejenis antioksidan yang berkuasa tinggi yang mampu meningkatkan sistem pertahanan badan, menyihatkan jantung, mengawal penyakit kencing manis dan kegemukan melampau (obesiti) serta juga mampu
mencegah kanser.

Al-Hakam Bin Uyainah berkata:

“Adapun Rasulullah SAW tidaklah Baginda tidur malam sehingga Baginda memakan Habbatus Sawda’ dan madu. Begitulah jua amalan Baginda pada awal pagi untuk tenaga, hafalan dan menghilangkan masalah lendir (lelah/asma).”

Nabi Muhammad ada menyebut "perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit". Selain kuantiti makanan, petua kesihatan Nabi turut mengambil kira isi padu makanan.

Baginda lebih mengutamakan makanan lembut, terutama jika baru sembuh atau melalui proses pemulihan. Dalam satu hadis daripada Siti Aisyah r.a, beliau berkata: “Jika Rasulullah diberitahu si fulan sakit dan tidak ada nafsu makan, baginda bersabda: Berikanlah kepadanya, talbiinah‟! Kata baginda lagi, Demi Allah, ia mencuci perut seseorang seperti kamu membersihkan mukamu daripada kotoran!”.

Talbiinah ialah sejenis makanan masyarakatArab menyerupai bubur atau susu. Ia lembut dan tidak membebankan perut. Bagi kita di sini, mungkin oat dicampur susu sesuai sebagai makanan yang lembut dan tidak membebankan perut serta fungsi pencernaan.

Makanan ini juga kaya serat dan banyak membantu proses penghadaman.

Berdasarkan Al-quran dan Sunnah didapati Islam menyuruh manusia memakan makanan dan minuman yang baik, berkualiti,tidak membawa kemudaratan kepada fungsi tubuh dan mental manusia dan makanan itu selari dengan keperluan fitrah manusia.



Sumber : 
Pensyarah Bahagian Pengajian Islam , Pusat Pengajian Ilmu Kemanusian , USM

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...