- Prinsip utama dalam perniagaan menurut perspektif Islam yang perlu dipatuhi oleh usahawan muslim.
- Tidak bertentangan dengan hukum Islam iaitu tidak bercanggah dengan kehendak agama dan mendapat keredhaan Allah s.w.t.
- Tidak bertentangan dengan hukum Islam iaitu tidak bercanggah dengan kehendak agama dan mendapat keredhaan Allah s.w.t.
- Tidak bercanggah dengan kehendak agama merujuk kepada perniagaan haram seperti arak, judi, khinzir, riba, maksiat atau yang meragukan (syubhah) iaitu tidak dapat dipastikan halal haramnya.
2. Kebebasan
- Tiada paksaan dikenakan dalam jual beli tersebut dan mereka diberikan tempoh masa untuk memilih bagi meneruskan atau membatalkan sesuatu urusniaga.
- Kebebasan untuk mencari keuntungan keduniaan semata-mata amat ditegah di dalam Islam
- Ini telah diterangkan dalam Surah ali-Imran ayat 196 yang bermaksud:
“Jangan sekali-kali kamu terpedaya dengan kebebasan orang-orang kafir bergerak dan kelancaran mereka membina kemajuan perdagangan dan perusahaan di dalam negeri di dunia ini. Semua itu hanya kesenangan sementara. Kemudian (di akhirat) tempat tinggal mereka di dalam neraka Jahannam”
3. Kerelaan kedua-dua pihak
- Persetujuan dari sudut harga yang dikenakan oleh penjual dan kerelaan pembeli untuk menerima harga berkenaan
- Dapat menghindarkan mereka dari sebarang pertelagahan di masa hadapan.
selaras dengan firman Allah s.w.t. dalam Surah an-Nisa’ ayat 29 yang bermaksud:
“Janganlah kamu makan hasil pendapatan perniagaan yang dilakukan secara salah, kecuali ianya dilakukan dengan keredhaan kedua-dua pihak yang terbabit”
4. Keadilan di dalam perniagaan
- Amat penting bagi menjamin hubungan baik di antara peniaga dan pelanggan terus berkekalan.
- Keadaan ini dapat diwujudkan sekiranya kedua-dua belah pihak bersifat jujur, ikhlas dan amanah sewaktu melaksanakan urusan perniagaan tersebut.
- Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Bila mana dua pihak (penjual dan pembeli) bercakap benar dan berterus terang, jual beli ini akan diberkati, tetapi jika mereka menyembunyikan (sesuatu dari pihak lain) dan melakukan pembohongan, keberkatan akan terhapus dari jual beli tersebut”.
5. Kebajikan
- Sebarang bentuk penipuan atau monopoli dalam perniagaan amat ditegah kerana ianya zalim dan menekan kesejahteraan masyarakat
“Sesungguhnya orang yang munafik (ditempatkan) di tingkat yang paling bawah dari neraka dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka”.
6. Kesopanan dalam perniagaan
- Hubungan yang baik, berbudi bahasa, bertolak ansur dan bertimbang rasa akan memberikan perasaan yang tenang dan menggembirakan bagi kedua-dua pihak.
- Perniagaan di dalam Islam bukanlah sekadar proses pertukaran di antara wang dan barang semata-mata sebaliknya di dalam proses tersebut Allah s.w.t. mahukan hambanya memberikan layanan yang baik sesama mereka seperti dalam Surah al-Baqarah ayat 83 yang bermaksud:
“Dan ucapkanlah kata-kata yang menarik kepada manusia dan berbuat baiklah kerana Allah menyukai orang yang berbuat baik”.
0 comments:
Post a Comment