Friday, June 28, 2013

5 Jenis Makanan yang Boleh Mengurangkan Kadar Kolesterol

1. Mil Oat dan Kulit Oat (Bran Oat)

Mil oat mengandungi serat mudah larut yang mengurangkan lipoprotein ketumpatan rendah (LDL), iaitu kolesterol tidak baik. Serat larut juga boleh didapati dalam makanan seperti kacang merah, epal, buah pear, psilium, barli dan buah prun.

2. Ikan dan Asid Lemak Omega-3








Kajian telah menyokong bahawa memakan ikan berlemak boleh merendahkan tahap kolesterol kerana asid lemak omega-3 yang tinggi. Asid lemak omega-3 juga mengurangkan tekanan darah dan risiko darah bergumpal. Bagi pesakit jantung, minyak ikan atau asid lemak omega-3 mampu mengurangkan risiko mati tiba-tiba.

3. Badam & Walnuts

                                     
Kajian telah membuktikan walnuts boleh mengurangkan kolesterol darah. Kaya dengan asid poli tak tepu lemak, walnuts juga membantu mengekalkan salur darah sihat dan anjal. Begitu juga dengan badam, menunjukkan satu peningkatan ketara dengan hanya empat minggu.

4. Minyak Zaitun

Minyak zaitun mengandungi campuran antioksida yang kuat yang boleh mengurangkan kadar kolesterol tidak baik (LDL) tanpa mengurangkan kadar kolesterol baik (HDL). Disarankan mengambil dua sudu makan (23gram) minyak zaitun sehari. Boleh juga gunakan minyak zaitun dalam masakan.

5. Makanan yang diperkuatkan dengan sterol tumbuhan atau stanol

Makanan yang diperkuatkan ini mampu menghalang penyerapan kolesterol. Marjerin, jus oren, dan minuman yogurt yang diperkuatkan dengan sterol tumbuhan boleh mengurangkan kolesterol LDL lebih 10%. Amaun sterol tumbuhan yang diperlukan setiap hari ialah sekurang-kurangnya 2 gram, sama dengan 237 mililiter jus oren yang diperkuatkan oleh sterol tumbuhan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...