Tuesday, June 25, 2013

Jerebu & Masalah Kesihatan

Malaysia menjadi mangsa jerebu akibat hutan terbakar di Sumatera dan juga satu kebakaran kecil hutan di Serdang. Ini tentunya satu pengajaran kepada manusia agar tidak rakus dalam mengaut keuntungan sehingga mengabaikan keadaan alam sekitar.

Orang ramai dinasihatkan untuk mengurangkan sebarang aktiviti luar dan jika perlu, gunakan penapis pernafasan dan banyakkan juga meminum air.

Jerebu adalah satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu, habuk, asap dan lain-lain zarah mencemar kejelasan langit.  Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan.

Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada:
  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain
  • Perokok

Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:
  • Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
  • Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
  • Iritasi di mata serta mata yang merah
  • Kulit terasa gatal

Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah:
  • Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
  • Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
  • Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
  • Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi
  • Selalu minum air
  • Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...