Thursday, April 11, 2013

Kepentingan Makanan Halal ~ Kisah Saidina Abu Bakar r.a dan Hambanya

Tingkah laku dan budi pekerti para sahabat seelok-eloknya dijadikan contoh oleh umat Islam semuanya kerana mereka telah dipilih oleh Allah s.w.t untuk menjadi sahabat kekasihNya Muhammad s.a.w.

Saidina Abu Bakar r.a mempunyai seorang hamba yang menyerahkan kepadanya sebagai tuan, sebahagian daripada pendapatan hariannya. Pada suatu hari hambanya telah membawa makanan yang dimakannya sedikit oleh Saidina Abu Bakar r.a. Hambanya berkata:

"Kamu selalu bertanya tentang sumber makanan yang aku bawa tetapi hari ini kamu tidak berbuat demikian."

Saidina Abu Bakar r.a menjawab:

"Aku terlalu lapar sehingga aku lupa bertanya. Terangkanlah kepada aku dimana kamu dapat makanan ini."

Hamba: "Sebelum aku memeluk Islam aku menjadi tukang tilik. Orang-orang yang aku tilik nasibnya kadang-kadang tidak boleh membayar wang kepada aku. Mereka berjanji akan membayarnya apabila sahaja memperolehi wang. Aku telah berjumpa dengan mereka hari ini. Merekalah yang memberikan aku makanan ini."

Mendengar kata-kata hambanya Saidina Abu Bakar r.a memekik:

"Ah!! Nyaris-nyaris kau bunuh aku."

Kemudian dia cuba mengeluarkan makanan yang telah ditelannya. Ada orang yang mencadangkan supaya dia mengisi perutnya dengan air dan kemudian memuntahkan makanan yang ditelannya tadi. Cadangan ini telah diterima dan dilaksanakannya sehinggalah makanan itu dimuntah keluar.
.
Kata seorang pemerhati:

"Semoga Allah mencucuri rahmat atas mu. Kamu telah bersusah payah kerana makanan yang sedikit."

Kepada orang ini Saidina Abu Bakar r.a menjawab:

"Aku sudah pasti memaksanya keluar walaupun dengan berbuat demikian aku mungkin kehilangan jiwa ku sendiri. Aku mendengar Nabi berkata: "Badan yang tumbuh subur dengan makanan haram akan merasai api neraka. Oleh kerana itulah maka aku memaksa makanan itu keluar takut kalau-kalau ia menyuburkan badanku."

Kisah ini mengenai Saidina Abu Bakar r.a yang sangat teliti tentang haram halalnya makanan yang dimakan.

Bagaimana kita???

Nabi telah menyebut tentang seorang manusia yang permintaannya tidak ditunaikan oleh Allah walaupun dia sering menadahkan tangannya dan menyebut-yebut.

"Ya Allah! Ya Allah!" Pada lahirnya doa orang ini sudah sepatutnya diterima oleh Allah. Tetapi apabila diteliti, semua makanannya, minumannya serta pakaiannya telah diperolehi dari sumber-sumber yang haram. Jadi Allah tidak menghiraukan doanya.

Oleh itu berhati-hatilah..

Pengajaran: 
Lihatlah betapa sifat teliti yang ada pada  Saidina Abu Bakar r.a begitu hebat sekali sehingga beliau tidak rela membiarkan harta yang syubhah itu menyubur dalam badan beliau. 

Kita kadangkala perkara yang nampak remeh dalam soal sumber makanan, kita sering menganggap ia satu perkara yang biasa. Semoga selepas ini, soal halal dan haram kita dapat mengambil perhatian dengan sewajarnya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...