Buah kurma terbukti membantu mengembalikan tenaga yang hambar, kehilangan darah yang banyak, membina kekuatan otot intim dan keseluruhan, membina minda yang cerdas serta penemuan terkini sains mengenai kurma iaitu;
Membina Ketenangan Emosi / Perasaan
Kajian sains membuktikan bahawa kandungan bahan di dalam kurma mampu membina ketenangan emosi atau ketenangan perasaan. Ini memberi panduan kepada umat Islam akan ayat di dalam petikan surah Maryam yakni;
“..serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan”. (Surah Maryam : Ayat 25)
Maka amatlah rugi umat Islam sekadar mengamalkannya di bulan Ramadhan semata-mata di musim bulan puasa sahaja.
Makanan Hamba Allah Yang Beriman
Memakan kurma juga memenuhi tuntutan sunnah baginda yang sewajarnya kita contohi. Maka dengan itu kita menghampiri amalan-amalan rutin Nabi. Mengamalkan memakan kurma juga mendapat pahala orang yang beriman sepertimana sabda baginda;
“Sebaik-baik makanan sahur orang yang beriman adalah buah kurma”. (Riwayat Abu Daud)
Kurma: Makanan Yang Barakah
Allah melimpahkan barakah kepada buah kurma sepertimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam;
Daripada Salman Ibn ‘Aamir, Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : “Jika salah seorang di antara kamu ingin berbuka puasa, maka berbukalah dengan kurma, sebab kurma itu barakah, jika tiada maka dengan air kerana air itu bersih dan suci”. (Riwayat Abu Daud dan At Tirmidzi)
Makanan Barakah Untuk Anak
Amalan membelah mulut atau bertahnik juga diambil daripada sunnah baginda;
Daripada Abu Musa Radiallahu Anhu katanya: “Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, seraya baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma (sambungan dalam penjelasan Imam Al Bukhari) ..maka baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mendoakan kebaikan dan keberkatan baginya lalu menyerahkan kembali kepadaku”. (Riwayat Al Bukhari dan Muslim)
Ternyata kurma terus mendapat perhatian pakar kesihatan seluruh dunia samada dalam keperluan diet atau mengatasi penyakit-penyakit yang tidak dapat diatasi dengan ubat-ubatan moden.
Produk yang mengandungi KURMA:
Susu Halib's Prebiotik
Susu Halib's Cocoa
Susu Halib's Fruitti
Susu Halib's Suffy
0 comments:
Post a Comment