Monday, April 1, 2013

Khasiat dan Kebaikan Madu

Lebah adalah salah satu bukti dalam Al Quran akan ketaatan makhluk selain manusia yang patuh dan taat kepada perintah Allah. Di dalam surah An Nahl, perintah Allah kepada Sang Lebah memberi manfaat kepada manusia sebagai penawar dirakam.
 “Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan serta buah-buahan (yang engkau sukai) dan turutilah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNYA kepadamu. Dengan itu keluarlah dari badannya minuman (Madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi PENAWAR bagi manusia (dari pelbagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir”. (Surah An-NAhl: 69)

Madu dijelaskan di dalam Al Quran sebagai penawar secara rasmi. Dan ia diperkuatkan lagi dengan pesanan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan sifatnya sebagai penawar atau penyembuh dalam sabda baginda:

"Ambillah, pergunakanlah olehmu sekalian, akan dua PENAWAR yakni MADU dan AL QURAN"
(Riwayat Ibnu Majah)

Keunikan Madu Menjadi Pilihan Terbaik 

Madu antara adalah makanan yang paling popular di kalangan pakar kesihatan kerana keunikannya memberi yang terbaik untuk kesihatan manusia. 

Madu PENAWAR Barah (Cancer)

Sel-sel kanser berupaya dibunuh melalui fungsi asid retionik yang bertukar dari beta-carotene setelah melalui proses di dalam tubuh sebagai ANTIOKSIDA (antioxidant). 

Tinggi sifat ANTIOKSIDA

Madu umpama bahan pembersih untuk tubuh manusia atas sifatnya yang tinggi antioksida. Ini bermaksud ia memerangkap radikal bebas di dalam tubuh yang boleh mencetus sel rosak di dalam badan yang boleh membiak sebagai sel kanser. 


Antiseptik dan Antibiotik 

Madu berupaya menghentikan aktiviti bakteria yang menyerang luka serta menghalang jangkitan daripada terus merebak menurut kajian universiti Wales. 

Pun begitu, ujian saintifik ke atas Madu wujud di kemudian hari yakni pada masakini. Sebagai umat Islam kita perlu mendahului berpegang kepada Al Quran dan As Sunnah samada wujud fakta sains mahupun tidak. Sepertimana penulis jelaskan di atas, perintah Allah kepada Lebah di dalam Al Quran dan menjadi Sunnah baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sebagai contoh ikutan kita umat baginda. 

Adalah sesuatu yang membelakangi tuntutan Islam apabila kita mendahulukan hujah dan fakta sains melebihi hujah Al Quran dan As Sunnah. Malah ada juga di kalangan kita yang mana apabila dinasihati oleh pakar kesihatan untuk meninggalkan makanan sunnah bagi mereka yang menghidapi masalah gula di dalam badan, hanya kerana madu bersifat manis sedangkan Al Quran dan As Sunnah menyatakan sebaliknya. Pesan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam buat kita umat baginda dalam sabdanya; 

"Ambillah, pergunakanlah olehmu sekalian, akan dua PENYEMBUH yakni MADU dan AL QURAN" (Riwayat Ibnu Majah)
Sumber: Qhazanah

Produk Berkaitan:

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...